hari terakhir bulan November sudah tiba.
SELAMAT HARI LAHIR pada mereka² yang menjadi bayi terakhir bulan November.
sayonara November.
aku gelak tawa dengan banyak walaupun ada sedikit tangisan.
terima kasih.
Jumpa lagi tahun depan, kalau aku masih bernafas :)
selamat datang December :)
Monday, November 30, 2009
wake me up, when NOVEMBER ends.
Sunday, November 29, 2009
game
aku ni cukup susah nak addict main game. taktahu la.
pernah addict maen game pet society dengan rocklegend,
tapi aku benci nak maen semula lepas profile aku hilang.
sebab tu farmville, cafe world bagai aku tak main pun.
paling² aku maen pun happy pet kot, tu pun gara² Gina ajak.
baru-baru ni, satu game ni mmg buat aku khusyuk juga.
main game ni buat teringat benda benda indah dalam life aku bfore this.
buat aku tersenyum sendiri.
game ini takde beza sgt dengan game yang dia maen dulu.
aku belajar sendri maen game ni berbanding dulu.
kelakar masa die ajar aku maen dulu.
mmg kelakar bila fikir gaye aku maen benda ala tu dulu.
buat aku tergelak², tersengih² sorang².
main game ni sambil layan, mmg berpinau ah mate.
ini semua NabilA punye pasal. haha.
Thursday, November 26, 2009
Aidil-adha
Esok Jumaat.
Esok penghulu segala hari.
Esok raya korban.
Esok banyak binatang jadi korban.
Esok pastinya banyak lauk daging.
Esok harapnya cerah & damai.
Selamat Hari Raya Aidiladha kawankawan.
apa yang anda korban kan tahun ini ?
Monday, November 23, 2009
dingin malam
dingin malam hari
seribu kisah terbuku
ada rahsia terpendam
terbeku dalam hati
bagaikan tubuh yang membeku
kelu untuk bersuara
mencairkan segala rasa
Friday, November 20, 2009
bagaikan roda yang berputar
hidup bagaikan roda.
jangan bongkak bila di atas.
jangan malu bila di bawah.
Wednesday, November 18, 2009
Sijil Penulisan Malaysia [SPM]
bakal bermula esok! chaiyok chaiyok.
eh SIJIL PELAJARAN MALAYSIA. jgn slh phm.
satu satunye adek lelaki aku akan jadi antara pelajar yang berperang dengan SPM esok.
tapi, masih boleh bermain dota pula. naseb la kau masih reti nak menghadap note kau tu budak!
all the best oke bro !
papa, mama, aku, ano & elly will be praying for you!
do your best macam masa PMR.
ano is waiting. HAHA.
i know u can do it :)
best of luck untuk semua budak SPM :)
Monday, November 16, 2009
degil
bukan kotoran degil ya.
tapi sifat degil kepala batu yang wujud dalam diri aku.
orang kata : jangan mandi hujan, nnti demam.
aku kata : dah mandi hujan, semakin demam.
degil kn?
cuaca musim tengkujuh ni mmg menguji kesabaran.
sudahla air hujan tu indah. indah ke?
indahla kot, tp kl punye penuh pencemaran. jaga jaga.
mandi hujan tu macam heaven okey.
ape lagi mandi hujan dengan BAJU KURUNG & HEELS.
hebat kan ? tu tahun lepas punya kisah. hehe!
dua kali sengaja cari pasal mandi hujan mmg padan muka.
sekarang saya menjadi tidak begitu degil dengan sweater dan selimot disekeliling.
jangan degil degil ye.
Thursday, November 12, 2009
take me
there's wall between us
and i cant see over there
life taught me to be strong
and i just listen to your rhymes
only time will tell
for how long
i need to wait
take me to the sky
and let me watch over you
take me to the moon
let me light up your night
i promise to be good
Wednesday, November 11, 2009
Hi I'm Jade
nice to meet you. :p
Jade is an ornamental stone. The term jade is applied to two different metamorphic rocks that are made up of different silicate minerals.
nak lebih? google sudah!
mungkin sebab tu Gina bagi name Jade kot ?
*idea idea, plis come to me. i need you badly baby.
Monday, November 9, 2009
how ?
macam mana nak lupakan satu ayat yang memang memedihkan hati kau sangat sangat ?
macam mana nak lupakan satu perkataan yang memang menusuk jantung kau tepat tepat ?
macam mana nak buang jauh sedangkan asyik tergiang-giang dekat mata dan kepala aku ?
ah. damn la.
aku taknak sakit lagi la!
Sunday, November 8, 2009
blackout
twice in one day !
bodoh punye tnb. kau repair ape?
haihh
dkat2 subuh, blackout satu tmn.
masa magrib, blackout lagi skali.
kena pula baru balek.
asal masa kuar tanak blackout
arituh pun blackout jugak
kalau nk repair ape ape
kasila notis ke hebohkan ke
hishhh
oh lupe, nak potong dahan pokok dkat2 wayar
reti plak pass notice.
Saturday, November 7, 2009
jalan berliku
jalan itu masih panjang rupanya
jalan itu penuh berduri rupanya
jalan ini penuh kaca rupanya
tak semudah yang terzahir
jalan itu berliku
jalan itu menguji sungguh
silap langkah kau rebah
silap pijak kau terluka
masih,
jalan itu perlu dilalui
untuk sampai ke destinasi yang satu
hey hati,
mari,
tabahkan jiwa
langkah dengan penuh waja
dan akhirnya mungkin
aku kan tiba
di bandar impian dengan senyuman
Wednesday, November 4, 2009
lahir tahun ulang
tajuk pening? bace saje secara terbalek.
hari lahir saya
tahun ini tiada celebration :)
tahun ini tiada jalan kaki bersama amy ke 7e mencari coke & keropok
tahun ini tiada air mata jatuh.
tahun ini dibelanja makan oleh kawan rapat.
tahun ini mama buat kek vanilla yg biasa tu.
tahun ini dapat tiramisu :)
tahun ini tak terkira kawan kawan rapat yg wish.
tahun ini dapat entri blog special dkat blog Gina :)
tahun ini tiada kesakitan.
tahun ini hanya gelak dan ketawa sampai pagi.
tahun ini tak bergayut sambil menangis macam tahun lepas.
tahun ini saya tenang.
tahun ini tidak bersama mereka di KL bukan kerana enggan ditepung
tapi sudah aku katakan tahun lepas, aku takmahu ada sambutan.
maaf ya kawan kawan :)
tahun ini saya sayang sangat.
terima kasih banyak banyak pada mereka yang wish dari sms, facebook, email, ym and so on.
terima kasih pada mama sebab dapat kiss n hug :)
*rindu kawan sekolah si cina yang sama tarikh lahir.
happy birthday to me :)
*credit free x begitu berguna kot taun ni? haha
Tuesday, November 3, 2009
kunci hati
sudah hilang entah di mana.
kalau ada sesiapa ketemu, minta dipulangkan.
supaya aku tidak lagi kabur tentang hati aku sendiri.
Monday, November 2, 2009
tempat rahsia
aku rasa macam mahu bersembunyi di tempat rahsia aku.
jauh dari semua yang aku kenal.
biar semuanya indah indah sahaja.
tapi,
HIDUP BUKAN SEMUANYA indah bukan?
november , buat aku senyum sampai bila bila ya? :)
Sunday, November 1, 2009
november sayang
helo november!
kita bertemu lagi.
aku rindu november.
bulan ke11 dalam kalendar.
bulan kedua terakhir sbelum tahu baru.
bulan peperangan SPM pelajar sekolah.
bulan kelahiran si comel comel.
bulan melarikan diri mungkin. ;)
helo november,
bisakah kau berikan aku kenangan terindah tahun ini ?
*happy birthday sizu sayang .. muah!
