dalam sedar tak sedar , dalam kalut malut , dalam sengal sengal ubi, rupanya februari dah habis. nice!
semoga february bawak pergi semua berita buruk yang aku taknak dengar langsung lagi. harapnya!
march datang lagi, permulaan bulan march yang aku harapkan lebih baik dari sebelumnya, mungkin lah!
siapa tahu apa akan jadi esok lusa kan? merancang tapi bertawakkal & berdoa saja lah yang semuanya akan baik-baik sahaja. semoga semangat aku masih kuat dan bertahan kerana aku masih ada misi yang dalam perlaksanaan.
moga dipermudahkan segala urusan kita. amin ;)
bienvenue mars :)
Monday, February 28, 2011
au revoir fevrier .. bienvenue mars ;)
Thursday, February 24, 2011
hati
hati, sesuatu yang boleh buat kau senyum riang tawa nangis berduka lara sakit apa semua la kan ?
hati boleh jadi macam
hati yg susah (susah hati)
hati yang lara (lara hati)
hati yang sedang jatuh (jatuh hati)
hati yang kecil menjadi lebih kecil (kecil hati)
hati yang berkecai-kecai ikut kepingan (patah hati)
hati yang menyanyi riang ria tak ingat dunia (senang hati @ suka hati)
hati yang kau tatau ke mana hilang nya ianya. (pencuri hati)
macam-macam kan ? kadang-kadang kita tak sedar pun semua tu kecuali tang hati yang susah kot. mungkin. entah, kalau tak mungkin kau takde hati kot. taktahu lah. so kategori mana kah kau? tepuk dada tanya hati :)
Wednesday, February 23, 2011
pengutus khabar
atau nama lainnya, SURAT aka LETTER.
surat masih relevan la weh walaupun zaman canggih manggih tahap tak ingat sekarang. bil-bil pon still pakai surat, surat peringatan pon still pakai surat. haha. tapi memang lah tak banyak sangat sekarang. tipulah kalau korang semua tak pernah main utus-utus surat dengan kawan-kawan ke, pakwe makwe ke dedulu. hahaha, tipu tipu. tapi dulu surat tu famous weh, mengutus surat menguntungkan posmen sbb banyak kerja, tapi posmen sekarang duk boikot je kerja sampai surat-surat tak sampai dah kat orang yang sepatutnya. teruk kan?
sebenarnya tangan aku gatal pergi selongkar kotak lama yang penuh surat-surat dan juga kad raya dulu dulu. tergelak jugak sensorang baca, tapi la ni mana ada main tulis-tulis surat dah sampai berita. sekarang semua nak gune SMS takpon EMAIL takpon MMS takpon YM, SKYPE TELEPHONE terus lah senang cita. dulu-dulu orang kenal mengenal guna surat bukan guna wall or inbox fesbuk macam sekarang ni. haha. pendek kata, karang lah bape helai muka surat untuk kau ceta segalanya yang kau nak ceta, responsnya kau tunggu lah dalam seminggu dua lepas tu. lambat lah kan? tapi tu dulu lah. aku pon tergelak baca surat-surat lama.
zaman-zaman dulu, surat menyurat tu kira salah satu cara orang luah feeling juga weh, sebab dah malu sesangat nak berdepan la katakan. hantar surat tunggu reply lama sikit pun takpa, janji dah sampaikan. tipulah kalau korang semua tak pernah main utus-utus surat atau poskad. ya, poskad tapi poskad tak privacy sangat lah sebab abg posmen tu sahih la duk baca apa kawan kau atau kau tulis kat situ kan? tipulah kalau tak baca, aku takpercaya langsung. haha :p
bila tengok balik surat-surat lama, aku pening pon ada, tergelak pon ada. kelakar kot. dulu-dulu penpal tu kira orang kau kenal secara jauh-jauh, sekarang ni fesbuk kira pengganti penpal kot. orang kat sepanyol pon kau boleh kenal kalau kau nak. add or approve pastu wall la sembang takpun inbox. canggih bukan? nak lagi up, ym ke skype ke, video call ke. hebat gila teknologi. tapi, aku bila tengok kad-kad raya, rasa tahun ni nak buat la pos pos kad raya balik. mcm best ja. jgn abg posmen duk sorokkan kad raya aku sudah. haree betul tahun before this hantar ada kawan aku xdpt. T__T
lagipon setem kan mahal sekarang sebab nilai setem kat surat dah bertambah, sapa lagi nak hantar surat yang sampai 50 sen 60sen. baik diorg sms yang tak sampai 30sen pon takpun inbox je fesbuk ke email. apa susah, ye tak?
Monday, February 21, 2011
kerana insomnia ..
ya, insomnia. penyakit yang menghantui ramai manusia sekarang termasuk aku.
kerana insomnia yang mana aku alami sejak zaman sekolah yang mana aku berjaga kononnya study & siapkan assignment memang menghantui sampai sekarang. masa kerja kena bangun awal pagi pon aku masih insomnia. tapi sekarang bukan psal insomnia yang aku nak coretkan, tapi pasal yang berkaitan rapat ngan insomnia.
dulu, kalau insomnia, aku masih boleh habiskan masa dengan ditemani mycomot, sebuah laptop kesayangan yang menemani aku selama 6tahun tak kira masa susah senang happy sedih nangis ketawa, semua dia dah jadi saksi la katakan. tapi, sejak pemergian mycomot yang aku masih lagi terkedu dan bersedih, tiada lagi la peneman aku, yang mana segala coretan rasa luahan hati hasil contengconteng aku lesap bersama semua termasuk kenangan dari tahun 2007.
akibatnya semalam, angkara insomnia, aku selongkar segalanya, asingkan semua yang mahu & takmahu lagi, lalu terjumpa sesuatu yang aku kira aku dah lupuskan, haih. tapi aku kira bersyukur juga lah, sebab akhirnya aku punya kekuatan mahu buang semuanya yang tiada lagi kaitan, yang mana orang kata tak relevan lagi dalam kehidupan aku. banyak juga yang tidak relevan lagi yang aku buangkan. akhirnya rasa lega dapat bersihkan khazanah yang bernilai & tak bernilai. haha!
dan kerana insomnialah, aku cuma mampu bertemankan ipod kecil yang aku tak boleh nak update lagi dengan lagu lain angkara tiada backup .. haih !
apa payah benau nak backup ipod ni, apple jangan la rumit bebenau! eish~
Friday, February 11, 2011
penduduk jalanan
seringkali kita melabelkan penduduk jalanan itu sebagai orang kurang siuman atau nama mudahnya orang gila yang merbahaya. ya, mungkin, tapi bukan semua dari mereka bahaya.
dari dalam kereta di persimpangan aku lihat seorang lelaki menegur seorang lelaki lain, seolah bertanya khabar. lelaki yang bertanya itu kelihatan seperti tidak siuman atau mungkin lebih tepat aku katakan, penduduk jalanan. lelaki yang menjawab mesra itu barangkali seorang pekerja pejabat berdekatan. dengan senang hati dia menjawab teguran lelaki jalanan tadi.lelaki jalanan itu kemudiannya berlalu ke arah yang aku sendiri tak pasti kemana tujuannya. tapi setengah dari kita akan lari atau memandang dengan pandangan sinis atau takut dengan mereka. aku juga tak nafikan setengah masa memang aku menggelak dari bertemu orang sebegini kerana takut. haha.
orang sebegini kau boleh temui dekat bus station, percayalah. dulu bus station lama dekat melaka ada orang kurang siuman. dia tak pakai compangcamping, segak bergaya kot pakaian, muka boleh tahan, tapi gila. yang menakutkan dia tarik-tarik tangan kalau kita cuba lari. teruk juga nak menggelak tiap kali kena turun situ untuk tukar bus. aku lagi rela duduk dalam bus lelama dan panas dari berdiri teman berangin tapi kena ganggu. aku lagi takut mengadap mereka yang sebegini dari orang yang berpakaian compangcamping dan kadangkala mengemis demi sesuap nasi.
malah ada juga kanak-kanak yang terbiar dijalanan, menganggu mereka-mereka yang lalu lalang dengan kerenah dia. aku kurang pasti sama ada dia waras atau tidak. mungkin tidak waras di tahap kurang bahaya. ada juga makcik-makcik yang tidak waras yang berkeliaran di sana sini. tapi bukan semua yang menyelongkar tong sampah itu tidak waras, itu aku pasti la !
tapi pernahkah kita terfikir mengapa mereka jadi begitu? mengapa mereka berbahaya dan setengah darinya tidak berbahaya ? dengan pakaian compang camping seolah tidak mandi sebulan serta rambut yang serabai mengundang bau tidak menyenangkan, aku tertanya-tanya, bagaimana mereka hidup ? makan kah mereka? tempat tidur usah cakaplah, mereka pasti tidur tepi jalan kaki lima kedai-kedai dimana-mana saja. pernah juga tertanya-tanya, tiada keluarga kah mereka? tapi persoalan itu tinggal tidak berjawab langsung. mungkin satu hari nanti aku akan dapat jawapannya.
*ketensionan menyiapkan kerja, inilah jadinya, merapu!*
Thursday, February 10, 2011
kanak - kanak
aku rindu sekumpulan kekanak yang aku hadap 4 hari masa pergi johor untuk kerja.
kanak-kanak mungkin memeningkan kau, aku mahupun sesiapa saja yang melayan mereka. dalam lingkungan umur 2 hingga 9 tahun, pasti pening untuk melayan mereka yang petah bertanya itu ini tentang semua lebih-lebih lagi tentang alat yang mereka tak pernah biasa bermain bersama. apa kegunaan itu, kenapa macam itu, kenapa kena macam ini. itu normal. melayan kerenah anak saudara bernama zaheen aleesa sudah cukup memeningkan tapi seronok kerana dia sangat comel dan petah. taklupa kerenah nabil yang hyperactive tapi kini dah macam malu-malu dengan makcik sndiri. ces!
percaya atau tidak, kanak-kanak insan paling jujur yang kau akan jumpa dalam hidup. mengapa? sebab mereka takkan pandai menipu, cara mereka jujur dan polos walaupun kadangkala buat kau geram dan rasa ingin makan mereka. benar kan ? tapi kanak-kanak, mereka ini naif & suci. indahnya dunia mereka takperlu berfikir itu ini yang merumitkan. hanya permainan dan bergembira selain pergi sekolah dapat baju & mainan baru, itu sudah cukup. tak perlu risau tentang hal itu bil itu bil ini. malah, pergaduhan kanak-kanak hanya seketika, mereka akan berbaik-baik semula. kutuk mengutuk antara mereka hanya sementara, tapi kita tak mampu kan begitu ? sedangkan kawan pun boleh jadi seperti orang asing yang seolah kau takpernah kenal & lepak bersama bergurau senda.?
kanak-kanak yang aku hadap selama 4 hari cukup memeningkan, ada yang banyak bertanya, ada yang suka main pukul curi, ada yang buat aku geram rasa nak gigit-gigit. benda yang kau marah itu lah yang akan dia ulang hingga kau geram sangat. haha. tapi kerenah mereka sedikit sebanyak buat aku rindu zaman kanak-kanak yang mana aku takperlu merasai stress. well, stress itu kehidupan juga bukan? pasrah saja dong! :)
bukan senang nak melayan kanak-kanak, perlu ada kesabaran yang tinggi. tapi, bukan semua orang sayang dan suka pada kanak-kanak. tidakkah begitu ? mungkin kau akan puji dia comel dan sebagainya tapi untuk menjaganya, kau sanggup? tepuk dada tanya hati :)
Wednesday, February 9, 2011
rahsia setiap kita
kita semua ada cerita yang tersorok dalam jiwa
cerita yang tak siapa kan pernah tahu
terselit kukuh tanpa ketahuan mereka yang akrab
mengapa ?
kerana kita semua ada rahsia hanya kita saja yang tahu
perit atau pedih, hanya kita yang rasai
akan ada mata-mata yang mempersoalkan
mengapa tidak berkongsi ?
biar susah sama susah, senang sama senang
tapi tanya hati kamu sendiri
apakah kau tak punya rahsia yang mereka tahu ?
tepuk dada tanya hati
bicara dengan akal dan jiwa kamu
kita semua ada cerita tersorok
yang tersimpan rapi dalam jiwa
