Friday, December 31, 2010

BYE 2010, WELCOME 2011

2010 ditamatkan dengan berita kemenangan Malaysia menang Piala Suzuki AFF 2010. rawwrr!

Rasa macam nak tulis pasal 2010, tapi terlalu banyak kenangan indah. cukup bole aku katakan, tahun 2010 penuh kenangan dengan kawan-kawan dan juga family :) terima kasih especially pada mereka yang berikan aku semangat utk terus kuat pada awal tahun ini .. ending 2010 agak seronok juga, walaupun ada duka kehilangan arwah pakngah tapi takdir dah ditentukan, aku terima. terima kasih kawan-kawan untuk kesemuanya.

Selamat datang 2011, akan aku teruskan misi kedua dan terakhir.

Thursday, December 30, 2010

another history for Malaysia :)

Harimau Malaya yang sudah lama tidurnya,
bangkit mengaum saat laser memancar,
mengaum membaham Garuda hingga patah sayapnya,
Garuda cuba bangkit untuk bersinar,
malang sekali sang Garuda sudah tiada tenaga

bagaikan sang raja yang dahagakan kemenangan
Harimau Muda kembali mengaum mencari semula mahkotanya.
semoga Harimau Muda terus mengaum,
laparkan kemenangan di masa hadapan.
jangan lah pula dibunuh oleh sang penjaganya sendiri.




Congratulations Malaysia, i love you. 
Apek, you are the man ! 
Congratulations Rajagopal, you are the best! :)
Watch out ASEAN & ASIA !


*sakit tekak menjerit

Tuesday, December 28, 2010

tempat membesar lagi dikenang ..

mana boleh lupa kan ? siapa lupa memang teruk, ape lagi kalau yang dilupakan itu kampung yang mana pernah beri kau keriangan tak terkata, tak mampu diganti apa apa pun.

rumah pusaka arwah atuk & nenek, tempat aku habiskan zaman kanak-kanak. jujur aku katakan, boleh kata aku tak pernah jejak dalam rumah tu lepas kali terakhir kenduri untuk arwah atuk bertahunt-tahun lepas. cucu yang teruk kan ? sebenarnya aku banyak kali lalu depan rumah tu tp seboleh cuba elak jejak masuk. entahlah, sayu bila masuk sana, sebak je rasa. mungkin sebab aku ada masa arwah nenek meninggal dan tiada untuk tatap kali terakhir arwah atuk

sebelum masuk tadik, aku pusing tepi rumah tu, kecik je rupanya tepi tu, padahal dulu-dulu rasa besar je tempat tu kitorang lelari, menyuruk bagai semua .. pelik-pelik. bila masuk dalam, aku macam boleh nampak aku lelari dalam rumah tu, or duduk main macam-macam dengan cousin-cousin. terasa meriah sungguh, tapi bubble flash back tu hilang tetiba, kejutkan aku dari mimpi. tak banyak berubah dalamnya, cuma kebanyakkan barang di simpan rapi dalam satu bilik, so tak lah hilang macam periuk belanga kat loteng tu. mungkin tu sebab utama kenapa paklong sewakan pada student-student. tapi teruk la student tu, bersepah kot. ishh. mama kata perempuan menyewa, patutlah aku jumpa bedak mekap yang takreti nak dibuang. -__-"

bila pergi halaman depan, aku terbayang laman tu penuh dengan kereta uncle dari KL balik, kereta paklong, pakngah, kereta mama & kereta kesayangan atuk. sempit dan padat smp gate takbole tutup. dulu-dulu gate kena tutup pasal kitorang suka lari-lari. dibuatnya lari ke jalan raya, teruk lah. situ dulu tempat spot excident je. tu yang bahaya tu. tapi satu yang memang kelakar, cucu -cucu arwah atuk nenek mana yang tak pernah main masak-masak. semua pernah kot. siap kat umah arwah atuk nenek ada satu set lengkap mainan masak-masak ... hahaha. padahal, cucu lelaki lebih banyak berbanding cucu perempuan yang tak sampai 10 pon.

bila balik, aku sempat amik satu cawan kecil, yang warna macam silver perang tuh, macam kat kedai daun pisang selalu ada tuh, saja, rindu nak pakai cawan kecil tu. boleh jugak kira berapa banyak gelas aku minum air satu hari kan? haha. rindu sebenarnya dekat arwah atuk & nenek..

sesiapa ada atuk nenek tu, spent la time :) kumpul la sebanyak mana kenangan. aku cuma ada sekeping gambar dengan arwah nenek masa bayi and beberapa keping gambar dengan arwah atuk masa kecil selain potret family kot :) semoga arwah atuk & nenek ditempatkan dikalangan yang beriman di sisi Allah swt. amin..

benci membenci

itu teruk. sangat teruk.

aku rasa kelakar tengok gelagat orang saling benci membenci hanya kerana bola. tapi agak-agak la kot nak mengutuk habis habisan negara yang paling awal pi tolong negara kau masa tsunami dulu tu. ini semua angkara satu sukan, sukan yang jadi kegilaan semua orang. boleh buat kawan, musuh sebab sukan yang satu ni. paling teruk buat aku sakit tekak menjerit sorang depan tv. -__-"

perlu ke saling menuduh hanya sebab kalah ? pelik, adat lah ada menang ada kalah. tapi, kalau dari dulu duk membenci, dah memang takboleh kata apa la kan ? dari isu kecik sampai isu besar, dari isu dahulu sampai isu sekarang, semua terkeluar. sana sini bersepah duk berdebat. kalau kita cakap baik-baik pun takguna. kalau dah sampai pijak kepala lebih-lebih, jangan kata orang racist marah, orang yang tak racist pon boleh jadi racist. tapi aku taklah, malas nak campur,  hanya tengok dan berdoa lah yang baik-baik .. tapi marah lah juga. melampau sangat kot. takpa lah, adat dunia. haihh~

kalau dah benci, semua pon salah kan?

Saturday, December 25, 2010

tabiat.

mimpi buruk selalu menjengah tidur aku lately. buat tidur itu tidak begitu indah.
semua orang ada tabiat. salah satu tabiat yang aku pasti ramai orang suka buat ialah mandi malam-malam. termasuk jugak aku ni ha. nak buat macam mana, bila panas, mandi malam-malam boleh sejukkan badan. tapi sejuk-sejuk mandi malam memang cari pasal la kan ?

orang kata, jangan mandi malam-malam apa lagi masa sejuk, tapi aku degil, nak jugak mandi malam. entah macam mana, dada sakit semalam. otak secara tetiba teringat seseorang, pemergian yang buat semua orang terkedu termasuk aku. aku admit, awal-awal kehilangan dia buat aku serik untuk mandi malam tapi sekarang masih jugak mandi malam-malam kadangkala, dengan air panas. aku tak rapat dengan dia, pernah lah melepak hampir seharian jugak dengan dia, agak baik orangnya. tapi sayang, Allah lebih menyayanginya.

semoga arwah ditempatkan dikalangan yang beriman di sisi Ilahi. al-fatihah.

Tuesday, December 21, 2010

bloody cold december

sejuk bukan ? yea, sangat.
sampai kau rasa kau tak jumpa tengahari or petang tup tup dah malam. hebat. sama sejuk macam time kerja 12jam dulu, boleh buat rekod pergi hospital paling banyak. haha.

aku jenis cukup liat pakai selimut, seriously cukup liat. kalau sejuk, kadangkala selamba tidur tak berselimut melainkan sangat sejuk gila tak tahan baru cari selimut. aku pernah tidur atas karpet rumah sewa kawan tanpa selimut and bantal yang mana mengundang kemarahan dia, sebab degil sangat. tapi bulan december ni, boleh kata selimut tu wajib la jugak.kalau dulu, berselimut, sedar-sedar selimut dah kemana, tapi sekarang berselimut, sedar-sedar masih berselimut. itu tandanya, memang sangat sejuk okay.

kalau dekat oversea, sekarang ni musim salji turun macam dekat jepun sana. aku jeles ano dapat main salji walaupun orang salji yang dia buat tu huduh gila. biasalah nak krismes maka salji pon turun. sampai sekarang sebenarnya aku masih tak faham apa kaitan salji dan krismes. mungkin kalau dengan kismis lagi aku binggung, sebab jauh panggang dari api kot. nantilah pi google.

bercakap tentang krismes, maka secara automatiknya, macam mana nak sambut tahun ni ? eh, sebelum sesiapa buat assumption yang aku ni sambut krismes, nak bagi tahu lah, bukan sambut krismes tapi sambut anniversary parent yang jatuh pada 25hb setiap tahun. haa. special kan ? mungkin pegi makan tempat best-best macam biasa kot. kat melaka sah sah sesak sempena krismes especially kampung portugis. pesta abes lah gamaknya. seronok jugak kalau pi usha tapi jammed itu pasti. open house krismes pon kat melaka tahun ni. memang sah, amat sah jalan raya pasti jam teruk.

whatever, musim sejuk agak okay dari musim panas sampai rasa nak duduk dalam peti ais je. bersyukur la jugak walaupun bersin tanpa henti. hahaha ;)


*sapa kata kat malaysia tiada winter ;)

Monday, December 20, 2010

cerita tentang coke cola.

gila lama tk menulis. -__-"

well, semua kawan rapat aku tahu, coke tu macam dah sebati dengan si empunya diri ni. siap addicted lagi.
bukan takde yang melarang, yang memarahi, yang membebel minta kurangkan minum coke, ganti dengan air lain ke, ada, banyak. tapi aku kan degil kepala batu. hehe.

pernah lah juga aku berpuasa minum coke sebulan, ya rabbi, seksa kot. kena plak time tu papa selamba beli coke botol besar, dua kali ! aku tahan nafsu je la demi puasa sebulan minum coke tu. habis je hari terakhir, cari coke la ape lagi! haha. paling haru bila wanie & the geng order milo menggantikan coke bila dekat mcd. sabar je la aku minum milo, depa minum coke. haha.

banyak jugak yang cerita macam-macam akibat minum coke. ezza, dah warning dah. terbaru dia warning, jangan nak coke sangat, nanti sakit otak. OKAY, itu paling terbaru dari ezza.  Yang lain duk cakap tak elok untuk tulang apa semua tapi macam takde efek dekat aku, sebab entah, memang lah tak cari pastu bila timing memang nak coke gila gila memang pergi beli la jugak. Tapi semalam, ada orang cerita something pulak. cerita pasal potong potong kaki. ish scary! siap tanya soalan "u wanna feel bad now or no legs in the future?" okay. thats harsh. -__-"

so, entahlah, untuk berjanji akan berhenti minum coke, susah. lagipun kalau janji lepas tuh, buat jugak, tak guna jugak. Tapi, akan cuba lah sebab sekarang macam addicted dkat yogurt drink botol biru tu. ishh. aku nk marah lah kawan yang belanja aku air  yogurt drink sebotol besar tu as upah aku tolong dia buat kerja time kolej dulu, sebab dulu aku memang tak suka gila air tuh. macam masam pahit and so on.

what will happens next? we will see :)

*baru minum coke botol kecik 4,5 hari lepas, nk kira mcm mana? hahaha :p

Friday, December 10, 2010

dealing with the pain

kadangkala aku rasa
lebih mudah menerima kesakitan itu daripada cubaan melupakannya
yang mana akan mengambil masa yang lama
dan mungkin kau berjaya, mungkin juga tidak.
siapa yang tahu?

yes, its better to deal with the pain rather than trying hard to throw it away.

Tuesday, November 30, 2010

Sweet & Sour November Rain

Hari terakhir November. Starting pagi yang teruk, aku tahan saja sakit kepala demi tengok Real Madrid, tapi hampa dengan permainan diorang lawan Barca. haih. Btw, takpa, mari cerita psal November.

Kenapa sweet & sour? Sebab aku happy & sedih dalam masa yang sama . Aku rasa aku sangat happy tahun ini, kenapa? Sebab dari starting sampai ending November, aku agak bergembira, dapat jumpa kawan-kawan walaupun tak semua, tapi aku riang. Sedih sebab ada sedikit perkara sedih terjadi di mana aku agak down memikirkan tapi tak mengapa, itu tak patut menganggu keriangan bukan ? Hari jadi penuh kejutan, percutian yang agak seronok, orang-orang sekeliling yang menggembirakan, walaupun ada sedikit yang mendukakan.

Tapi kenapa November Rain? Sebab hampir setiap minggu November ini, aku bermain hujan, kali terakhir semalam. Hujan lebat pulak tuh aku redah :) Minggu pertama November, aku rasa aku redah hujan dalam percutian di utara. Renyai tak berapa nak lebat macam dekat sini . Bila balik sini, minggu kedua, aku dah lencun kat atas bukit menemani pasangan sejoli berjalan sakan. Minggu ketiga hanya hujan renyai-renyai sedikit yang aku main acah-acah. Minggu terakhir, ya basah dalam hujan ketika dalam perjalanan mencari tempat berteduh. Lebat, sangat lebat.  Dan terakhir kalinya, siang semalam.

November sudah berakhir, tapi akan sentiasa buat aku tersenyum.
November ini sangat sejuk, sesejuk diri ini sekarang, saat ini kerana cuaca yang macam musim winter kononnya.

Selamat datang Disember, bulan terakhir 2010.

*in this cold november rain, i'm smiling  :)

Monday, November 22, 2010

no title dude

yeah. betul. tiada tajuk atau cerita langsung entri ini.

look, selalunya aku punya banyak cerita, sangat banyak malah bila aku bercuti, aku ingin sampaikan banyak gila cerita tapi aku selalu jadi blur, hilang idea untuk menaip apa segala benda aku nak tulis. kadangkadang aku pernah tertanya, apakah aku telah hilang deria menulis ? malah lebih teruk, sudah lama aku tak bermain kata puisi. normal kah ? mungkin ya mungkin tidak .

kadangkadang aku rindu untuk bercerita tentang cerita yang ikhlas datang dari hati aku takpun buat cerita fantasi yang mungkin tadak sapa nak baca pun kan, maklumlah blog aku bukan femes mana pun, tapi kisah pulak aku. hahaha. aku cuma rasa pelik dengan diri yang kadangkala bagaikan kehilangan kata untuk menulis, bercerita ataupun berbicara. penah jugak lah pikir nak delete ja blog. haih.

banyak sebenarnya benda jadi. banyak, tapi aku tak terluah rasanya. kadangkala, bila buka blogger, menaip buang menaip buang menaip buang. sampai aku fedap gila, trus logout. mungkin terlalu banyak benda terjadi sampai aku taktahu nak bercerita dari mana mulanya ye tak? atau mungkin otak ini terlalu serabut dengan sabut kelapa sawit. ;)

apa pun, maaflah blog ini semakin bosan atau update entah pape.. aku tak sedar pun blog ni ada follower. gila zalim. ya ampun! papepon, i'll back on track real soon.

*november indah sungguh tahun ni.

Tuesday, November 16, 2010

unexpected vacation versi two

helo november, thanks for the great trip!

1.
pusing melihat kota yang sudah tiga kali aku pergi tapi tidak berpeluang meronda, amat memuaskan hati dapat meronda sekeliling akhirnya. melihat sisi lain kota yang penuh sejarah buat aku rasa seronok.  terima kasih kawan :)

makan satey celup dan cendol yang aku mengidam sangat dekat sana memang different rasanya. :)

2.
aku bukanlah seorang yang punya kampung yang ada sungai sawah & so on, maka bila berada dalam tempat sebegitu, aku agak jakun and mungkin akan mengundang gelak ketawa setengah orang yang melihat. tapi, kisah apa aku, aku cuma mahu merasai. walaupun aku macam orang bodoh yang lari bila tengok ikan sungai melompat keluar dari baldi, tak apa. tapi, aku tak dapat letak kaki dekat dalam sawah, cis ! i nk buat nanti okey?

berada dalam rumah yang seakan rumah pusaka arwah atuk & nenek buat aku rindu pada kenangan kecil, walapon hanya tepi jalan ke bandar je pun rumah pusaka atuk nenek tu. rindu pada keriangan. di sini, makan berasing adalah normal, tapi di sana masih makan semeja sama sama buat aku rindu dahulu kala.

hey you, thanks a lot :) appreciate it alot.


*i love you, november :)

Thursday, November 4, 2010

birthday :)

a year older :) thankyou so much for the wish thru call, sms, fb and where ever. sumpah terharu gile especially call2 yg tk tersangka. thankyou and may Allah bless all of you. i always know that i had bunch of great friends behind me . i love you. :)

 rasanya,  birthday tahun ini, aku sangat sangat terharu sampai rasa nak nangis.

tapi paling gila, maybe my stupid wish :-

 

"aku wish bakal bf / suami aku jatuh dpan aku on my birthday"

 

HAHAHHAHA! stupid jeju -__-"


happy birthday to me !

Monday, November 1, 2010

cold november

yeah ! cold not so hot as usual. *merapu*

Hello November, berjumpa lagi eh kita. Syukur alhamdullillah, aku masih bernafas di bulan ini.
Tiap kali November, lagu November Rain tu buat lagi syahdu dalam hati, terpasang ja =)

November, please be nice to me and October, thanks for the great memories. =)

Happy birthday Haney! gud luck for final and may all ur wish comes true :)

*misi kedua in on road. :D

Tuesday, October 26, 2010

bila rasa itu tiada lagi ..

berulang kali aku mencuba
mencari dalam kegelapan ini
di mana ia yang pernah wujud
hanya hampa yang aku temu


maafkanlah ..
rasa itu sudah tiada
ianya hilang di balik awan
rasa itu tiada lagi
lepaskan lah aku ..
tak betah lagi untuk terus di situ
takmampu ku ulang
sesuatu yang pernah kita rasai lama dulu

maafkanlah aku.

Thursday, October 21, 2010

unexpected vacation

sampai bebila takkan aku lupa. ini semua gara gara hayley williams, buat semua org angau, smp jadi gila. HAHA

KUALA LUMPUR MELAKA JOHOR MELAKA KUALA LUMPUR in one day.

AWESOME plus freaking AWESOME sbb PARAMORE ..

thanks adik!

Friday, October 8, 2010

Kehilangan abadi

sekali lagi aku kehilangan ... pergi takkan kembali ..

Kali ketiga dalam tempoh dekat 10tahun, aku tak berpeluang untuk berjumpa orang yang bakal pergi dengan abadi untuk kali terakhir, malah tidak dapat melihat jugak jenazah untuk kali terakhir..

Pertama, saat arwah atuk aku sebelah papa meninggal, aku tersekat sementara di shah alam angkara bus bus kolej yang bodoh dan lembap dan kesilapan aku sendiri yang tidak pulang minggu tersebut. Aku cuma tiba saat sudah hampir siap di kebumi ..

Kedua, aku boleh maki diri sendiri yang tidur mati angkara ubat demam yang aku telan kerana kata mama aku tak sedar saat die kejut untuk menghadiri pengebumian arwah atuk aku merangkap ayah mama. arwah atuk yang dekat tapi jarang skali berjumpa, aku mengaku lebih mengenali dengan arwah atuk sebelah papa.

Ketiga, aku tak mampu buat apa sebab aku kerja. kerja yang susah sekali untuk aku cuti. aku tiada ketika satu family berkunjung ke rumah makngah sebelum menghantar adik ke KLIA. mujur, adik aku sempat untuk ketemu arwah pakngah. kurang jelas saat terakhir aku bertemu arwah, mungkin dua tahun lepas? pakngah paling cool dengan jokes sudah tiada :(

aku cuma mampu berdoa dan sedekahkan alfatihah untuk arwah atuk2 & pakngah aku. semoga kalian ditempatkan di kalangan yang beriman di sisi Allah swt di sana.

Friday, October 1, 2010

Hospital.MC.Kerja

membosankan kalau muka yang same je ngadap doctor kan ? huehueuhuhe
Camne lagi nak buat? Itu yang terjadi.

Sejak dua tiga menjak ni, kerja aku mengadap aircond yang kuat serta dalam tempoh melebihi 10jam setiap hari, menjadikan badan ini kurang bertenaga. Asyik nak demam je. Cuaca pulak berlainan. Rasa cam aku duk dalam dua dunia berbeza gila la. Sampaikan, aku rasa sekarang ni aku ada rekod terbaru dalam life, setiap bulan mesti aku demam & kena pergi mengadap doc untuk MC. Ubat jangan cakap lah, pelbagai jenis kot.. Siap kena suspect DENGGI lagi! -__-"

Apa pun, hello October. Jangan lah aku sakit saat 19October okey? Mwah!

Okeyla, aku nak pergi bermanja dengan ubat, katil & tisu. Bye!

Tuesday, September 28, 2010

If I fell in love with you



If I fell in love with you
could you promise to be true
And help me understand
'Cause I've been in love before
And I've found that love is more
That just holding hands

Tuesday, September 14, 2010

jangan curang dengan hukum alam

bila hukum alam memang sudah tertulis macam tu, pasti ada kisahnya.

sebabnya,

bila kau langgar hukum alam, kau takkan mampu menahan kepedihannya.

Friday, September 3, 2010

macam mimpi jadi kenyataan!


PARAMORE is coming dude !!

CAN I SKIP SEPTEMBER TO OCTOBER AS SOON AS POSSIBLE?  

*mcm baru semlm petisyen rayuan paramore dibuat kot?

Tuesday, August 31, 2010

merdeka ?

Selamat Hari Merdeka Malaysia .. i love you damn much.

Tapi, yang menjadi persoalan, merdeka kah kita sendiri ?
Bila sana sini saling membenci, menghasut, memusuhi sesama sendiri dalam negara yang dulunya merdeka kerana perpaduan rakyatnya yang bersatu padu demi bebas dari jajahan British..
Bila pemikiran masih lagi di tahap lama, zaman batu yang sudah lapuk.

well, tepuk dada tanya selera merdeka kah kita?

satu yang pasti, mari bersama pertahankan negara yang kita cintai ini :)


Merdeka pada setengah golongan adalah seperti di bawah :
bagi budak yang bersekolah, merdeka ertinya cuti sekolah panjang, no homework no need to wake up early in the morning.
bagi budak lepasan SPM, merdeka ertinya bebas dari rules sekolah, tiada lagi tekanan untuk SPM, takperlu lagi mengadap buku buku sekolah yang bosan sampai raya pun kena belajar.
bagi budak kolej atau universiti, merdeka ertinya cuti semster dah tiba, no more assignment or dateline untuk dikejar.
bagi budak yang bakal grad, merdeka ertinya, no more final exam, no more assignment for life.
bagi budak dah kerja, ada erti merdeka ? mungkinn!

August is saying goodbye, September is saying HELLO.

*mcm tak raya je taun ni

Saturday, August 14, 2010

ramadhan & dugaan

ramadhan datang lagi, penuh dugaan sejak malam sebelum bermulanya hari pertama lagi..
tapi, takpa, hidup ini memang penuh dugaan, tak kira masa puasa atau tidak.
yang berlaku tak mungkin boleh dipusing lagi, yang akan datang tak mungkin kita mengetahuinya.

aku sebenarnya sudah hilang tenaga untuk segalanya tapi takpa, aku harus kuat seperti yang aku azamkan.

semoga ramadhan membawa berkat untuk kalian semua.

*puasa dalam kesejukan :)

Tuesday, August 10, 2010

permohonan maaf sebelum ramadhan

Assalammualaikum ..

Saya ingin memohon ampun & maaf  dari hujung rambut ke hujung kaki kepada semua tak kira saya kenal ataupun tidak anda kata ada salah n silap dengan sengaja atau tidak sengaja selama saya menulis di sini atau mengenali kalian di luar sana. Kalau ada kata kata yang menyakitkan, atau tingkah laku yang membencikan, harap dimaafkan. Saya cumalah insan kerdil yang tak lari dari melakukan kesilapan. Semoga ibadat puasa yang bakal menjelma ini membawa seribu keberkatan buat kita semua. Amin ..

Semoga ibadat puasa kita semua diterima Allah swt. Sama-sama lah kita beribadat ke arahNya.

Dear Ramadhan, i miss you.
Happy fasting everyone. Cant wait to start fasting.

Friday, August 6, 2010

I'll be the light that lights your way



remember the days when we would drive
into the night we watched them
skies of summer so full of colour and
remember the days when waves would roar
up on the beach to touch our toes
on soft sand my hand in yours
and your heart in mine,
don't you know that i'll always be here

Even in my hardest time
(Don't you know my spirit's right here)

Thursday, August 5, 2010

stuck on you

Been awhile since I saw your sweet smile ..
Been awhile since I had a conversation with you ..
I want to talked to you but I cant ..
I’ll tend to forget what I’m trying to tell ..
I'm too scared and suddenly you when away ..
You are so far away and I can’t get close to you ..
I will just watching you from far ..
Knowing that you are doing fine without me ..

Knowing that you are enjoying your life over there ..
I’ll be smiling all the time..
Its hard but I just don’t know what else to do ..
To let you know that I care ..
And at the end,
I’m stuck because of you ..


 Jeju
August, 2010.

petahnya budak berbicara

Dua hari lepas, aku menanti bus seperti biasa. Seorang budak perempuan india dengan sopannya menegur aku.

"Kakak mahu pegi mana?"

Aku jawabla " Kakak mahu pegi kerja. Adik nak pegi mana? tak pergi sekolah?"

Katanya "Saya nak pegi hospital. Saya da lama berhenti sekolah"

Terdiam jugak aku masa tu. Ditemani abangnya kalau tak silap.. Borak punya borak sampai la sudah naik bus pun borak. Dia sangat petah & peramah.

"Kakak sudah makan?"

Aku menjawab  "Belum, kakak kena jalan lagi baru sampai tempat kerja"

Dengan petah dia memberi aku nasihat " Kakak beli air & kuih, makan dulu baru jalan ye"

Sekali lagi aku terdiam sebelum kami berlainan destinasi.

Dia seorang budak yang comel & petah, tapi tidak tamat sekolah? Berapa ramai agaknya kanak-kanak tidak tamat sekolah atas beberapa sebab agaknya?

*bertuah kerana berpeluang bersekolah hingga tamat.

Monday, August 2, 2010

helo August

August, welcome.

July, thanks for the sweet & joyful farewall. Had damn much fun with all of you.
Here come August and fasting month.

Take Care, miss ya!

rindu untuk bercerita di sini. takpa, lenkali.

Tuesday, July 13, 2010

one month one week

kadangkala, masa yang singkat untuk berkenalan dengan kawan baru, adalah perkara terbaik dalam hidup.
dan kita akan sentiasa mengingati kawan itu, bila mana dia sudah tidak bersama lagi.
kerana, dalam tempoh yang singkat itu, akan ada saat2 yang akan kita kenangi bila kawan itu jauh dari kita.

dear friend,
thanks for such a wonderful moment..
gonna missed you alot.

Monday, July 5, 2010

Julai, apa yang menanti ?

Julai starting dengan penuh "indah", ya memang indah. 
tapi apa yang menanti aku ? sebab saat ini semuanya ada .
bila saat aku mula tersenyum,
ianya hanya seketika kerana akan ada saat atau situasi yang membuat aku kembali murung,
terdiam tanpa kata.. sama ada aku sudah jangka atau tidak, ianya tetap terjadi.

takpa.. terima saja.

Julai, uji la aku sebanyak mana kau mahu...

*sekali angin, aku tetap angin smp bebile mungkin

Thursday, July 1, 2010

remember me this way



And I know that you'll be there
Forever more a part of me, you're everywhere
I'll always care
I'll make a wish for you
And hope it will come true
That life would just be kind
To such a gentle mind
If you lose your way
Think back on yesterday
Remember me this way
Remember me this way

Tuesday, June 29, 2010

June, bulan penuh kesibukan.

sangat amat sibuk :)

terjaga seawal 7pagi adalah rutin harian.
berjalan kaki meredah hujan & panas adalah normal setiap pagi.
kemamaian seawal 1.30pagi adalah waktu harian tedo saat ini.
tiada lagi berfoya foya mahupun berjaga sehingga subuh hari.
hanya singgah sebentar di alam maya sebelum ke katil bermimpi.
makanan yang enak setiap hari hingga binggung mahu beli apa.
bertemu pelbagai jenis ragam orang yang kadang kala bikin blur sebentar.
rakan-rakan sekerja yang gila gila menceriakan hari hari yang dilalui :)
hari hari dilalui dengan mempelajari segala benda baru yang agak menyeronokkan juga.

thanks pada yang singgah melawat especially my bestfriend, ezza.
thanks weh sbb singgah bfore ke tioman. sory tk dpt borak sgt, nnti kite lepak okey?

June, terima kasih. Syukur kepada Allah swt atas rezeki yang diberikan.

*eventho, im not really smiling, but there's no space to think about the pain inside.

Tuesday, June 15, 2010

tiada orang yang sempurna

atau benar-benar sempurna dalam hidup ini.

kau pernah berurusan dengan mereka yang tak mampu mendengar atau bercakap / tak mampu mendengar & bercakap?
kau pernah rasa kepayahan untuk menerangkan kehendak kau pada mereka yang tak memahami bahasa isyarat?
tidak bukan?
kau hanya menilai sempurna atau tidak manusia itu dari semua segi baik pertuturan, pendengaran mahupun percakapan kan?

bila berurusan dengan insan begini, aku rasa bersyukur, sekurang-kurangnya aku masih mampu bersuara.
sekurang-kurangnya aku lebih bernasib baik :) syukur kepada yang Esa.

jadi, jangan pernah berlagak bagus hanya sebab kau sempurna dari segala segi aspek penglihatan, pendengaran, percakapan mahupun pergerakan.
bersyukurlah dengan apa yang kau miliki

*keinginan blajar bhs isyarat dengan lebih lanjut semakin meningkat.

Sunday, June 6, 2010

helo alam maya ..

terlalu banyak benda menganggu kewarasan otak aku lately sejak hujung May, tapi aku tahu, aku perlu kuat.

mujur, aku punya kerjaya baru yang memerlukan aku memberi sepenuh tumpuan untuk belajar, menghafal dan memikirkan cara terbaik serta mengingat begitu banyak perkara penting hingga aku tiada masa untuk fikirkan kesakitan yang ada.

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau berikanlah aku sedikit kekuatan untuk aku hadapi segalanya.amin..

Selamat datang Jun, sila sayangi saya. :)

Monday, May 31, 2010

dunia baru adik

akan bermula hari ini..

Well, satu² adik lelaki yang aku ada akan mula menjalani kehidupan baru dia sebentar lagi sebagai pelajar kolej matrikulasi, walaupun bukan jauh bebenar pun tempat yang dia dapat tu. Dah besar rupanya adik aku. Dah nak masuk 18tahun, dah membesar jadi lelaki kacak dengan muke mix dia tu, seperti pujian kawan-kawan akulah ye. Macam baru semalam pula, aku sesakat dia suh pejam² mata sebab nk tengok bulu mata dia yang melentik habis. Macam baru semalam dia masuk tadika then masuk sekolah rendah semua. Macam baru semalam juga la aku rasa dia mintak RM2 kat aku each time nak pergi cc main game. Haihh.

Along harap, kau pepandai lah jaga diri kat sana. Jangan salah pilih kawan, jangan main-main sangat. Kau tu bijak, macam ano, macam elly tapi kau suka main macam along kau ni, tapi nasib kau lagi baik berbanding along kau ni, so pepandai lah kau belajar elok-elok. Satu hari nanti kau bakal jadi ketua keluarga, maka penuhkanlah ilmu dekat dada tu sebaiknya. Jadilah anak yang mama & papa banggakan, bukan macam along kau ni :) Even aku selalu marah kau, tapi aku harap kau tau la aku sayang kau. Aku dah tak kisah langsung kau ke adik yang lain ke tak reti respect aku, cuma aku harap kau dapat buat keputusan untuk hidup kau sendiri, masa depan kau sendiri. Aku harap kau tak tinggal solat lah duduk kolej tuh. Harap kau cukup makan kat kolej tuh. Ala, tak jauh nak balik, nanti mama sure melawat kau macam elly jugak. 

Aku ni memang takreti nak tunjuk aku sayang adik, tapi aku memang sayang mereka, bila mereka jauh, aku jadi rindu tapi bila mereka dekat, kau pepaham sendiri la kan. Sini dahla sunyi & akan menjadi lebih sunyi dari biasa sebab adik beradik takdak. Huu.

Belajar rerajin & jaga diri leklok. Make us proud. :)
Rules, nak langgar boleh, tapi jangan sampai study lu terabai bro *apa punya pesanan lu bagi ni as kakak*

Congratulations once again adik. 

*hari terakhir berpuasa dari minum coke. AKHIRNYA!

Saturday, May 29, 2010

i guess i miss you




Because I miss you
And this is all I wanna say
I guess I miss you, beautiful
These three words have said it all



*i love this song

Saturday, May 22, 2010

face it without regret

lead the life with the smiling face
nothing will cost you then
life is all about you
enjoy every moment to the fullest
blaming yourself for the past
do you think its good enough to recover your pain?
no no no
let it the rest be the history
time will heal the entire wound
you might be down for awhile
wake up wake up
time would not wait for you
fast fast fast
make it fast to fulfill all your dream


May,2010

Friday, May 21, 2010

mari, terus melangkah gagah

bagaikan sampah yang disepak tanpa arah
mari, buang jauh perasaan bagaikan sampah itu
kisah apa lagi bukan?
mari, senyum dan terus melangkah.
lupakan itu, buang masa saja memikirkan.
mari, kau pasti kuat ada mereka mereka di sisi.
anggap saja mimpi buruk..
mari, mari melangkah terus.

Friday, May 14, 2010

berkecai kecai dah

sedeh sedeh ..
frust macam putus cinta tengok Malaysia kalah.
haihh~!
3-0 pulak tu. straighhhhhhhhhht!

saye sokong taufik hidayat ah final. hahahahhaha

Congrats China. Gud Luck Indonesia~ =)

Thursday, May 13, 2010

same script different venue of match

Malaysia vs China, semifinal Piala Thomas , 7pm. Friday - May 14. Stadium Astro.

soryla, takdpt g stadium tiket habis. sedeyh. haha =)

2tahun lepas kita kalah kat China so tahun ni kasi menang la depan fan kita.
Chong Wei pasti boleh kalahkan Lin Dan, sb die macam ada kegugupan juga, normal la sbb dia pun manusia.
Kien Keat/ Boon Heong kena menang kasi 2 mark ahead la kan.
Then Choon Hann, hmm, kalo menang, mmg bonus habis, tapi China, jurulatih diorg licik. waspada je la.
2nd beregu, kalau ikut gandingan asal, diorang memang killer pair last 2 years, taktahu la if diorang main esok.
Papepun, still kena tunggu smp Hafiz Hashim main la jawabnya macam game dengan Denmark.
Hopefully dia jadi hero lagi, sebab 2tahun lepas aku benci Hafiz sebab dia kalah tak fight langsung.

All the best pape pun. Moh reramai standby depan tv yeh. Bawak segala jajan. haha

Majulah badminton demi Malaysia!

*suara hilang la lagi nnti

Wednesday, May 12, 2010

Quarterfinal Piala Thomas 2010

Malaysia 3 - Denmark 2

Sumpah sakit tekak aku jerit sampai sanggup tanak pegi dinner. Berdebar-debar tengok game.
Bole kena heart attack starting Choon Hann lawan sampai la 2nd pair yg dipasangkan tadi tu.
Hafiz Hashim, mujur la kau buat tugas dengan baik.
Overall, yang kalah tu, dorg fight gile-gile jugak tapi takde luck. Lelagi 2nd pair, gila la smp 25 mark gitu..
Even Peter Gade kalah, dia masih berbisa jugak la. Kesian injured.
Choon Hann betul betul fight tadi. dah lame tak tengok die macam itu. sgt semangat.
Hafiz Hashim pulak, baru tadi aku tengok macam baru tersedar dari mimpi kot.
Next, we will face China for semi on friday.
Bole sakit jantung aku kalau ini macam!

Congratulations!


*demimu malaysia!

Tuesday, May 11, 2010

Piala Thomas 2010

 kejohanan dah bermula !

Malaysia kalah pulak dengan Japan, akan jumpa Denmark utk suku akhir.
Japan dapat German. haisyhhh! tolak tuah betul la.
Kecewa gila tengok beregu kedua & hafiz hashim main.

Indonesia vs India, China vs Korea Wow!
Korea main taktik kotor lagi ke tahun ni?
lets wait & see.

*frust gile papa tuka channel masa rubberset.

Thursday, May 6, 2010

never say goodbye

when you still want to stay... benar. sangat sangat benar.

tapi macam mana kalau kau still dekat tengah tengah?
tapi macam mana kalau kau still taktahu mana?
antara nak ucap goodbye atau stay? 

susah, susah.

*dugaan betul satu coke botol besar dlm petiais. haisyhh!

Tuesday, May 4, 2010

shit happens #10

hari hari macam malang semacam je aku 2,3 hari lepas.

punya la yakin, masuk tempat yang betul.
laju kemain lagi langkah. lepas da setel ape yang patut, aku kuarla.
sempat pusing & tengok board toilet, shit !
toilet lelaki tuuu
mujur tiada orang. haha!


*malu gile kalo ada org nmpk aku masuk toilet lelaki

Saturday, May 1, 2010

Mei sudah tiba

helo May, welcome home. i miss u. aha!

May tahun ini, sila sayang saya banyak sikit tahun ini pelish ? :D
thankyou ..!

selamat hari buruh kepada mereka yang bekerja.
inilah hari anda berehat, bersantai, bercinta dengan yang tersayang.
semoga kalian akan mengharungi hari yang riang
walaupun ada di antara kalian yang sedang berhadapan dengan final exam, final project & thesis.
wish u all the best :)

Thursday, April 29, 2010

few days before May

3 bulan pertama aku tamatkan dengan parti hari jadi.
bulan ini aku akan tamatkan dengan cara berbeza.
menghadiri majlis akad nikah seorang kawan lama.

April, kucar kacir tapi ada saat hebat juga.
mari, kita lihat May menjengah :)

*been awhile since the last time i met my gfs, and i do missed them alot.

Wednesday, April 28, 2010

Happy Brithday Ano

happy birthday untuk anda yang jauh nun di sana.
semoga murah rezeki.
semoga diberkati Allah swt.
semoga cemerlang dalam final year.
semoga tamat dengan jayanya.
semoga ceria & tidak home sick di sana.

had a blast one okey ?

happy birthday sista! =)

Monday, April 26, 2010

Happy Birthday Mama.

our beloved mama turns to 52 today but she will always look younger than her age.

semoga mama diberkati Allah SWT selalu.
semoga mama sihat & bertenaga seperti selalu.
semoga mama kelihatan muda selalu .
semoga mama bahagia bersama papa hingga bila bila.

happy birthday to you once again.

i love you mama.

Thursday, April 22, 2010

kepada yang mengambil final exam

BEST OF LUCK for your final exam ye kawan kawan.

studyla last minit selagi boleh.
bawakla toyol kalau yakin selamat.
tawakkal la bebanyak kalau tanak repeat biarpun dah study.

hehehe~

selamat maju jaya kawan kawan kat semua institut pengajian tinggi yang merangkumi universiti awam & swasta, kolej dan politeknik tak kira kat utara selatan timur ke barat ke semenanjung ke sabah sarawak ke =)

gambatte kudosai ! =)

Monday, April 19, 2010

orang kotak yang dikasihi ...

masih tiada name. nk letak ape eh?

Benda alah ni aku terpikat sejak tengok wallpaper danbo yang cecomel tu last² aku google la mane nak beli. Rupanya boleh dibuat. Hihihi. Kena pakai kertas yang keras sket tapi aku guna kertas biasa je ni. Jadi la jugak 1st time cube. Hahahhaa. Bole jugak korang usha usha pasal Cubeecraft. Banyak cecomel.

Bak kate nabil, "dah kawen sok, print je layout pastu buat untuk anak. jimat". Hahahhahhaha~


Layout danbo ni aku jumpa kat sini  : Layout by Mio
Bole jugak guna layout ini : Danbo Cubeecraft

Sunday, April 18, 2010

It takes a loss before you found it



It takes no time to fall in love
But it takes you years to know what love is
And it takes some fears to make you trust
It takes those tears to make it rust
It takes the dust to have it polished

Ha la la la la la la life is wonderful

Saturday, April 17, 2010

dalam hati ada firewall

quote terbaru zaman teknologi.

Bak kate ezza la kan " dalam hati ko tuh ada firewall, toba sgt firewall tu ". Bercerita tentang hati dan perasaan dengan ezza memang kelakar lah bila dia keluarkan quote kat atas ni. Memang aku tergelak. Mementang budak IT la ko kan.. Tahu la hang duk main config network. Haha.

Ye, betul katenye, dalam hati aku ada firewall, yang aku da reconfig balik lepas kena format hati aku ni lame dulu. Firewall yang banyak protocol kot sampai susah nak lepas la gamaknye la kan. Aku je la kot tak sedar wall yang aku bina tu sebenarnya memang da wujud. Hahaha.

Bak kate sid, "hati jeju byk sgt protocol, susah nk lepas". Sebabnya hati aku kan dah pernah kena format, memang lah aku update dengan firewall yang telah dinaiktaraf demi menggelakkan error yang agak kronik seperti dulu. Agaknya silap cara, mmg takboleh melepasi kot, tapi kalau kena caranya boleh la lepas firewall ni la kot. Entahlah. Nasib kau la kan! =)

Tak main la quote dalam hati ada taman bak ceta adnan sempit tu, haha. Sesekala elok la apply terms IT pulak kan? Hahahahahha~

*tunggu je lah eh ezza firewall aku dilepasi. hehehe

Wednesday, April 14, 2010

kau alien ke? tak pernah nampak pun ..

gila la kau.

Tempat aku tinggal sekarang, bukan setahun dua aku duduk, tapi dah bertahun sejak aku kanakkanak rebina lagi. Boleh kate, separuh hidup aku kat sini lah. Tapi tiapkali aku kuar la dalam setahun dua ni, ada makcik ke, or yang paling banyak la, bebudak sini mesti cakap gni :-

"takpenah nampak pun awak ni. baru pindah ke?"
Tiap kali kena tanya macam tu, aku iyekan je la. Haih. Walaupun parent aku especially mama aku memang ramai orang kenal. Tu belum kira adik lelaki aku yang memang banyak la kawan die. Ada jugak orang kenal adik aku tapi tak kenal aku as kakak die. Lagi bagus tak kenal. Aku memang name je duduk tempat ni, tapi sebenarnya tak berapa nak kenal sangat bebudak tempat aku tinggal ni atas beberapa sebab. Aku kenal makcik² jelah sebab mama aku kawan dorang. Haha. Gila teruk.

Satu, aku sekolah jauh dari tempat aku tinggal ni dulu.Kira sekolah aku dekat bandar sane, tapi aku taknak la mengaku aku budak sekolah bandar. Biasa² je sekolah aku dulu, tak top mane pun. Dah parent aku decide hantar aku g sane, nk buat camne. Penah jugak aku menangis kt mama aku nak pindah sekolah melayu kot. Haha.

Dua, masa aku pindah sini, tak banyak orang sangat orang kat sini. Kira fasa tempat aku tinggal ni baru lagi. Lagipun kiri kanan dulu takde budak sangat. Orang tua je lebih, maka aku tak begitu punya kawan dekat sini. Kawan sekolah aku semua tinggal area lainlain. Kecuali jiran aku yang satu family ni aku rapat la jugak. Budak cina jiran sebelah umah yang aku & adik main jerit² kat tingkap dah pindah taman lain. Haha. Aku lagi byk kawan dekat umah pusaka arwah atuk sebab kekecik dulu aku slalu kat umah tu, spent time dengan kazen-kazen main masak-masak la, polis entri la, memcm lagi la. Kat kluang pon aku ramai kawan jugak. Kawan main kasar-kasar.

Tiga, masa aku lebih banyak dekat sekolah, tuisyen berbanding melepak dengan bebudak sini sebab aku bukan macam adik aku yang membesar kat sini and dapat pulak kawan yang same sekolah sama tempat tinggal same minat yang mane pepetang die da lesap pergi main bola tanpa kasut bola.Haha.

Empat, habis sekolah aku dah pergi study luar negeri kelahiran, so mana la ada masa nak beramah mesra dengan penduduk kat sini la kan. Balik sini pun lepas rindu dengan katil & rumah yang selesa sebab aku TAK pernah masuk asrama. Yang aku kenal pon, kawan kepada parent or sedara mara aku. Haha.

Lain reason aku tak ingat. Logik lah orang tak pnah nampak bertanya kan. Tapi aku pun takpnah nampak kau and aku takde minat nak tanye pun la bro. Kalau makcik²  tanya aku boleh relaks lagi, yelah kot² kawan mama aku ke, tak ke naya. Tapi kalau bebudak lelaki tu, aku rasa, takperlu lah kot. Entah, aku rasa begitu. haha. Sedangkan kawan sengeri pun jarang nampak aku, ape lagi kau yang aku tak kenal. Maaf yeh.

*aku mmg pemalu kot?

Friday, April 9, 2010

dari bingkisan novel ke layar perak

Lagenda Budak Setan. Siapa lah antara kita takpernah bace kan ? Ada orang tak pernah bace pun boleh terpukau ngan ceta budak setan ni. Novel ni memang berhantu time sekolah dulu. Novel aku banyak hilang time sekolah. Babik btol, time kolej pun, dapat kat aku da lunyai. Melainkan bebudak zaman sekarang. Mane kenal novel-novel Ahadiat Akashah ni. Sekarang ni sume tahu alaf baru punya novel je. Entah-entah dorang takkenal langsung pun novel.

Aku dulu gila novel, satu novel even tebal macam mana pun, dalam satu hari tu la habis. Memang kalau orang lihat, akan kata aku sewel, gelak nanges tetiba hanya dengan menghadap novel. Sampai ada sorang kawan, bagi hadiah birthday masa tahun terakhir sekolah, sebuah novel. Aku simpan lagi. Percaya atau tak, kawan aku tuh, cina layan novel melayu jugak.Well, itu la penangan novel, mcm kau bace komik jugak. Antara novel yang aku bace,aku paling suka novel Ahadiat Akashah, memang best. Lagenda Budak Setan mmg paling menyayat hati ah. Dari starting sampai sambungan ke Katrina, memang aku tacing habis la. Aku tak sure aku ada baca ke tak  Lagenda Berakhir sebab yang aku ingat masa tu aku kena hadap buku-buku. Tapi, aku memang tak puas hati ending die! Boleh kate memang aku menangis-nangis la bace weh! Siap ada rasa geram. Pendek kate semua ramuan rasa adalah weh! Kisah cinta Kasyah & Ayu mmg sadis lah. Sumpah setia Kasyah pada Ayu lagi. Siap aku penah impi, nak lelaki macam Kasyah nanti. Haha. Sekarang, mane tah nak cari novel Lagenda Budak Setan tu. Reprint plis! aku nak beli! Dedulu masa sekolah mane la mampu nak beli novel tebal-tebal tu. Buku rujukan pun harap mama belikan.

Tahun lepas kot, ada ura ura Lagenda Budak Setan dijadikan filem, and sekarang dah keluar da trailer. Memang menarik la. Aku cuma harap, novel ni tak hancus dalam filem, sebab kebanyakkan trailer gempak tapi filem hancus. And, semoga watak Kasyah sehebat dalam novel. Tapi aku tahu, takboleh nk samekan novel ngan filem, cume berharap ianya terbaik sebaik kisah novelnya. Tak sabar rasanya nak tunggu masuk panggung. Memang aku nak pi, even kalau kena pi sorang pun, kisah apa aku! Semoga filem ini berikan aku perasaan yang sama sewaktu aku hayati novelnya.

Kalau novel Pilot Cafe difilemkan, pehh~




*novel alaf baru kebykan ceta dah kawen² jek. T__T

Friday, April 2, 2010

pemergian yang dirindui

April bermula dengan hujan rahmat yang disusuli berita yang mengejutkan. Perginya seorang lagi penghibur berbakat, Allahyarham Din Beramboi pukul 12.30 malam tadi. Membesar dengan membaca lawak jenaka arwah dalam majalah Ujang, sememangnya pemergian beliau amat terasa. Semoga arwah ditempatkan dikalangan yang beriman dan bertakwa. Al- Fatihah. amin.

p/s : kawan ckp karektor dalam majalah Ujang tu bukan arwah din beramboi ni. aku pun tatau, tp takpela. sbb aku kenal dari situ ler dulu2. maap ye kalau aku salah :D 

p/s lg : well ni link berita dari KOSMO yg tulis Arwah ngan watak dalam Ujang tu org yg same. sila la click : KOSMO 

Thursday, April 1, 2010

hi April !

finally april is here.
im gonna make myself busy this month for my own sake.
pray for me ya. =)

oh ya, for those in college or U, enjoy your day before exam week :p

Wednesday, March 31, 2010

march, bye!

dengan separuh hati, bye march.
saya akan rindu awak sikit sikit je :p

welcome april.

ruang untuk diri

bila aku membisu 
jangan kau tanya mengapa
bila aku menyepi 
jangan kau cuba mencari
ada saatnya aku mahu berhenti berfikir sementara
ada saatnya aku mahu berdiam diri
lelah aku dengan semuanya
izinkan aku bernafas seadanya
benarkan aku punya ruang untuk sendiri

Friday, March 26, 2010

another wedding ceremony

without ano this weekend. pity you ~!

untuk dua bulan pertama, aku ended up dengan parti bersama si kecil.
so, untuk bulan ini, aku akhiri dengan majlis kahwin cousin aku.
kami belah pihak lelaki kali ini, so majlis bermula di rumah perempuan.
mujur lah dalam negeri yang sama, senang sikit.
takda la rush rush macam masa abg boy kawen kt kedah nun.
5jam perjalanan malam naik bus sensorang yang langsung tak membantu aku tidur.
aku rasa itu la perjalanan yang paling aku tak suka kot? kot la. 
aku dah lama tak mengadap nasi minyak kenduri, inilah peluangnya.
lelagi dapat makan hidangan pengantin. hi hi hi ~
tapi malangnya, ini ada majlis ketiga rasanya tanpa kehadiran adik aku.
kesian dia, tiga cousin dia kahwin, dia takda pulak.
bak kata ano, "dahla cousin bukan ramai pun"
takpa, aku kahwin nanti, ko mesti ada nya. haha :))

march, aku sangat penat dalam march ini. sangat-sangat.
semoga kamu semua hidup bahagia ya ?

* im so stupid that i cant say it out loud what actually i want to say.

Tuesday, March 23, 2010

kau terlalu tinggi untuk aku capai

tinggi, sangat tinggi.
terasa kerdil memikirkannya ..
mungkin aku patut lupakan saja
beralih arah ke jalan yang lain.
mungkin aku boleh berusaha lagi
untuk aku gapai dirimu

you fly high and i cant reach, should i just forget about you ?

Monday, March 22, 2010

monolog ilusi diri

awan mendung takkan berarak pergi
langit akan terus menangis
dan takkan pernah berlalu pergi
bila mana cahaya menyinari
ilusi dalam sudut gelap hati ini
namun perlahan² ianya memencilkan diri
hingga aku binggung sendiri
akhirnya ku lemas disini
dalam ilusi hati

Tuesday, March 16, 2010

i'll see you soon babe ~




In a bullet proof vest
With the windows all closed
I'll be doing my best
I'll see you soon
In a telescope lens
And when all you want is friends
I'll see you soon

Monday, March 15, 2010

Congratulation Lee Chong Wei

sebab Chong Wei da menang gelaran All England, antara gelaran yang dia mahukan sesangat sebelum bersara.

Misbun menang 2nd time as coach sbb 2003 dulu Hafiz Hashim menang. wuuu! hopefully orang-orang politik tak menyemak kat Datuk Lee Chong Wei macam Hafiz Hashim dulu. semak je.

Mula-mula tadi ingat dah terlepas match sebab tak dapat tengok. Emosi betul aku sampai termenangis & tertedo kejap. Then, dapat tv dah tapi ingat da terlepas, siap rasa nak meradang sebab kawan-kawan ni gelak gelak pulak bila aku tanya. Mujur ada orang bagitau belom lawan.

Chong Wei vs Tago . Pehh, bole tahan talent jugak budak Jepun ni. Terkejut aku tengok salah sorang coach die. Patutlah bergaye habis Tago main, tengokla siapa latih dia. Aku lupa la name coach dari Korea yang juga excoach Malaysia tu. Game tadi, macam sesi warm-up takpun sesi sparring je aku tengok. Chong Wei relaks jugak la, tapi Tago tuh, peh, semangat gilak. Boleh tahan jugak die, gila main net. Dia muda lagi, takpe, ada peluang lagi. Cuak jugak tengok game even straight set menang sebab dedua game 21-19 21-19. Fuhh. Yang kelakar, ball out plak last ball tu. Aku pun confius menang ke kalah tadi. Tengok2 menang.. Fair la jugak sbb awal tadi Tago dapat ball out jugak. Wahhh,aku masih confius bab itu lah. Takpe, yang penting Malaysia da menang. Chong Wei berjaya tunaikan impian dia untuk jadi juara All England. Paling best, yang ke100th plak tuh. Dia bertuah ada jurulatih sehebat Misbun Sidek :) *tabik!*

Tapi still tak puas hati sbb bukan lawan Lin Dan yang kerek tuh. Cis, asal kau kalah awal sangat.

Hopefully Malaysia menang Thomas Cup tahun ni.

*sangat berharap dapat pegi tengok Thomas Cup tahun ini.

Friday, March 12, 2010

congratulations spm result takers!

Congratulations !

Whatever result they print on your slip, please be proud of yourself unless you never study hard for SPM.

hahaha!

Congrats to my lil bro again. lu gila men dota, lu pk sndiri la :p

Sunday, March 7, 2010

mengarut tak mengarut aku nk post jugak

benda ni buat aku gelak bila zareen upload tadi. hahaha.
kelakar tapi agak logik la jugak. nak tau? tengok la~!

aku cuma ada muka satu je. mengarut tapi benar kan? haha
haa bagila kt sape sape yang nak jadi bf korang. if nk jadikan gf, tuka je la boyfriend tu pergi girlfriend.
boleh digunekan oleh ibu bapa untuk tapisan calon anak-anak mereka bukan? hahah

Thursday, March 4, 2010

takhta tertinggi dalam hidup

adalah milik parent aku seadanya.

setengah orang mungkin dilahirkan tanpa ajaran atau didikan tentang betapa pentingnya ibu bapa dalam hidup mereka. kemungkinan itulah sebabnya mereka kurang sedar betapa tingginya tanggungjawab ibu bapa dalam membesarkan mereka, memberikan didikan supaya berakal untuk menilai baik buruk. maka, mula la mereka menjatuhkan kata hinaan untuk ibu bapa insan lain, menjatuhkan airmuka ibu bapa mereka sendiri. kesian .. seribu kali kesian ..

tipu dusta la kalau kata aku ni bersih dari kata carutan lelagi bila amarah memang tak boleh bersabar lagi. lumrah hidup. tapi, aku masih tahu batasan, takkan hina ibu bapa orang macam mereka tu orang-orang biasa je dalam hidup. takkan sesuka hati maki ibu bapa orang lain. walau macam mana marah pun, aku masih tahu batas memaki. kalau kau tak sayang ibu bapa kau, tapayah la nak cakap orang lain tak sayang ibu bapa diorang. dungu ke anda ? 

bersyukur la kau bernyawa sampai besar atas jagaan ibu bapa kau dari kau terbiar di jalanan.

*orang berbudi kita berbahasa, orang memaki kita berbahasa jugak la okey?

Monday, March 1, 2010

march, here you are

either i like it or not. haha

mcm january, aku end february dengan parti juga.
march, pastikan saya terus kuat kerana anda tahu saya harus kuat.
dan saya punya mereka yang sentiasa di sisi, yang sentiasa buat saya tesenyum.

Sunday, February 28, 2010

lelaki yang tak punyai hati perut

kau memang bangsat ! binatang ! tak punyai hati & akal mahupun perasaan ! baik kau mampus saje.

sanggup pulak sepak & pijak budak berusia tiga tahun ? ape salahnya marah je. perlu ke bunuh dia?
sayu hati aku tengok berita :( pilu gile bile dengar disepak & dipijak ..
budak tu tak bersalah langsung, kenapa nk lepaskan amarah dekat dia pula?

semoga kau dapat hukuman setimpalnya! rejam sampai mati depan public pun bagus ! fak.

kalau tak suka kanak-kanak, jangan dekati mereka. pergi je duduk jauh jauh.
mereka insan kecil yang tak mengerti apa-apa.

Semoga arwah Syafiah Humaira Sahari ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin.

*sangat menyenangi & menyayangi kanak-kanak. kalau kau tidak suka kanak-kanak, pergi jauh.

Saturday, February 27, 2010

not ready yet

yes, i am.

Belum bersedia lagi aku nak say sayonara dengan February, walaupun aku benci separuh dari February tahun ini kot, tp aku rasa dekat-dekat hujung bulan, aku rasa amat seronok.

March is around. haih.

*geleng-geleng kepala

Friday, February 26, 2010

niyang rapik di malam jumaat

honestly, aku tak suka tengok cerita hantu @ seram sbb aku ni secara jujurnya mengaku aku mmg penakot and akan rasa macam terbayang-bayang benda-benda tersebut untuk seketika nanti. sudahnya aku takkan dapat tidur. paling aku rasa fak gila, each time tengok ceta seram aku mesti dapat sit depan-depan gila. cis! semalam dengan gilanya berdua dengan kawan, aku belasah tengok niyang rapik, di malam jumaat plak tu. second row! amek kau! bebudak perempuan seblah kitorg terjerit2, gua still relaks je sbb berlindung gune hoodies! hihi bukan seram sangat sebenarnya pun tapi aku mmg tak berani sangat nak blasah layan ceta seram. hihi bab paling takboleh blah aku rasa nak muntah mkn popcorn angkara babak dorg rupanya makan cacing! euw! tapi bole plak aku oder mee kt kedai mkn kan?

belasah pula main funfair. 1st time aku naik ali baba, dengan Amy mmg merah abes muka aku and 2nd time pun sama sblom aku pucat lesi dengan benda alah pusing laju-laju tu. kawan aku siap cuba lepaskan tangan aku dari pemegang sambil jerit "jeju lari jeju lari". terjerit-jerit aku tanak. sudahnya kat kedai makan aku rasa badan aku melayang-layang. sampai sekarang aku rasa badan aku masih berpusing-pusing. hujan lebat kaw-kaw semlm mmg heaven. tapayah aku pergi culik katak-katak sekalian.

eh btw, salam maulidur rasul kawan-kawan :)

*jangan duduk sblah sekumpulan awek-awek bila tengok ceta seram.

Tuesday, February 23, 2010

It's more than just words: it's just tears and rain.



How I wish I could surrender my soul;
Shed the clothes that become my skin;
See the liar that burns within my needing.
How I wish I'd chosen darkness from cold.
How I wish I had screamed out loud,
Instead I've found no meaning.

Wednesday, February 17, 2010

tiada penghujung

jalan ini tiada penghujungnya
kan ku terus melangkah
mencari noktahnya
lelah bukan lagi halangan
bila dan dimana tak ku ketahui
siang dan malam terus bertukar
hari berganti bulan berganti tahun
hujan panas dan juga taufan
kan ku redah dengan sepenuhnya
andai kata masa terhenti
pasti saat itu sudah kutemui
penghujung satu perjalanan
penamat satu kisah yang tersirat..

 

Monday, February 15, 2010

meet the schoolmates

seronok !

Malam raya pertama CNY, dapat jumpa kawankawan yang hampir 10tahun tk jumpa sangat seronok.
Sebabnya macamacam cerita keluar dari mulut mereka, dari cerita yang aku taktahu sampai kepada cerita yang aku takpernah tahu. Hebat sungguh mereka. Even ramai tak datang pun, aku okey je. Kecil hati tu, tipula kalau cakap tiada sebab banyak yang cakap mahu datang lepas tuh tiada. Yang ada hal tu aku tak kisah la sangat. Takpe, yang datang pun cukup hebat :) Terima kasih sebab datang. Insyaallah nanti boleh buat yang lain :) Aku rasa seronok dapat main dengan anak seorang kawan. Comel je nak layan keletah dia.

Sepatutnya raya cina aku berada di Kuantan, menghadiri majlis perkahwinan kawan yang sudah menjemput sejak tahun lepas. Pelbagai isu & halangan timbul hingga akhirnya, kami tidak dapat hadir. Mulanya aku rasa bersalah, tapi sekarang kurang sikit rasa bersalah sebab dia seolah memahami situasi yang menjadi halangan kami untuk ke sana. Takpa, nanti kami jumpa kau berserta hadiah okey? Selamat pengantin baru untuk kau okey? Semoga bahagia ke anak cucu. Ada masa nanti kita lepak bersama. Alhamdullillah majlis kau dah selamat disempurnakan. :)

February, terima kasih sebab at last aku dapat ketemu mereka yang pernah ceriakan hidup aku zaman aku kanakanak lagi and akan selalu ada dalam hati aku :)


*zaman sekolah amat best tanpa tekanan mcm sekarang

Thursday, February 11, 2010

Gong Xi Fatt Chai :)

gong xi gong xi kong xi nie. 


wahahaha, entah betul entah tidak aku nyanyi. lama tak nyanyi. rindu nyanyian tahun baru cina. aku rindu la nak pos kad kad raye cina. tapi mcm dah lambat je. T__T
takpa, nnti tahun depan aku pos, yang penting tahun ni, aku jumpa balik ramai kawankawan cina aku yg comel comel tu =)  haihh. rindu kawan kawan cina aku yang comel-comel dan nakal nakal tu. hehe.
benda aku paling suka time raya cina, aku dapat makan kerepek "Ngaku" yang sedap tuh. asal ha time biasa susah nak cari "Ngaku" tu ? hishh. limao pun banyak jugak termasuk kacang & manisan. wahhh!

dikesempatan ini, aku mahu ucapkan selamat tahun baru cina untuk semua kawankawan yang menyambutnya, termasuk aunty nurse jiran sebelah rumah ni. tak lupa untuk family uncle2 & aunty2 aku walaupun byk cousin aku, aku sendiri tak kenal sebab banyak sangat. haih. untuk cikgu cikgu yang pernah mengajar aku juga. untuk orang Jepun di sana, selamat makan limao, tahun ni kau takpayah la dapat angpow lagi =p untuk seluruh rakyat Malaysia yang menyambutnya :)

kong xi fatt choi !

Wednesday, February 10, 2010

malu bertanya sesat jalan

kalau tanak sesat kena rajin bertanya.
jangan malu malu sampai hampir merah muka.

padan muke sendiri tatau isi borang pos laju.
bukan apa, salah isi mahu tak sampai bungkusan aku tuh.
wahahahha!

phew -___-"

Tuesday, February 9, 2010

orang yang akan habiskan usia bersama

bukan saja akan menjadi kekasih kau.

tapi dia juga akan menjadi
peminat setia kau
teman paling akrab dengan kau
pemberi semangat tiap kali kau hampir menjunam,
penyokong & pengkritik tetap kau,
penasihat utama kau,
pembimbing kau
mungkin juga boleh menjadi teman bergaduh dan berdebat kau.

tak kira dengan siapa kau jatuh cinta,
dengan siapa kau suka,
tapi dia seharusnya teman yang terima diri kau seadaanya, akan sentiasa berada di sisi kau,
menyayangi diri kau, bersabar dengan diri kau walaupun kadangkala ia menyakitkan dirinya.
hingga akhir usia :)

*berharap aku punya seseorang utk dihabiskan hari tua aku bersamanya berdua :)

Sunday, February 7, 2010

fun & painful

having fun, so much.
laugh like hell, acting like out of mind.
jumping there, running here & there,
almost forget about my injury.. haha
but yes, i enjoy the outing.
thanks to moo2 & the geng,
im truly having damn hell fun.
but something come up ..
and i've no idea how to react.
maybe yes,
never laugh so much because you'll be crying like hell at the end.

peace yow!

*you dont know how i feel inside when u acting like that..u wont know how i wish, i can make u smile again.

Friday, February 5, 2010

monolog dengan diri

bila hati mahukan sesuatu
bila jiwa rindukan sesuatu
bila minda mimpikan sesuatu
yang telah lama hilang
yang telah lama menjauh

apa aku harus buat?

kadangkala aku bingung
kadangkala aku keliru
kadangkala aku penat
kadangkala aku abaikan saja

tapi sampai bila
mahu mengingkari
mahu mengetepikan
perasaan ?
berpura yang hati ini telah kering ?
berpura yang jiwa ini sudah berhenti menyayangi ?

barangkali aku penat mungkin
memulakan setiap buku baru ..
rutin yang sama setiap kalinya ..
akhiran yang sama di setiap cerita ..
sampai kelu sendiri akhirnya. ..
lalu aku sendiri memilih menjalani liku itu sendirian
mengabaikan segala perasaan ..
asalkan aku lihat senyuman riang gembira
mereka di sekeliling ..

Thursday, February 4, 2010

motivasi untuk diri

"Budak comel, ingat nie, bila kita ditimpa sesuatu masalah, 
jangan biarkan masalah tu menyelubungi diri kita. 
Janganlah kita mudah patah semangat & berputus asa, kita mesti terus hidup.
Kalau nak buat sesuatu, ikutlah gerak hati kamu. 
Kalau kamu rasakan boleh, lakukannya! 
Janganlah bila orang nak suruh baru buat.
Keyakinan diri. Yakin ke tak yakin tuh adalah perkara kedua. 
Yang penting kamu tahu apa yang kamu buat, azam & semangat kamu perlu kuat.
Ingat tuh .."

Aku selongkar kertas-kertas lama zaman aku study kat Johor, aku jumpa satu kertas penuh katakata motivasi saat aku lemah & tertekan. Aku salin ini dari majalah GEMPAK rasanya. Aku pernah bagi benda ni dekat seorang kawan aku yang down masa kolej kalau tak silap ingat. Ianya bagaikan salah satu cara untuk aku terus bersemangat tiap kali aku rasa nak putus asa dengan study. Lama benar aku tak bace benda ni. Haihh

Ambil lah, aku share dengan kamu semua. Siapa tahu ada antara korang sedang down or perlukan sedikit tiupan semangat ke =)


*tiba tiba rindu lagu jika kau fikir kau boleh

Wednesday, February 3, 2010

life is unpredictable

either you like it or hate it, you've to accept it. kan ?

hidup ini susah dijangka apa akan terjadi esok lusa dan seterusnya.
sedangkan perjalanan satu hari pun kau takdapat nak jangka apa akan terjadi, apetahlagi esok lusa pula kan?

mungkin hari ini kau bergembira, esok lusa kau bersedih pula.
mungkin hari ini kau gelak ketawa, esok lusa kau muram durjana pula.
mungkin hari ini kau kaya raya, esok lusa kau kayap rayap pula.
mungkin hari ini kau dikelilingi ramai kawan, esok lusa kau seorang diri mencari kawan pula.
mungkin hari ini kau disayangi orang, esok lusa kau dibenci orang pula.
mungkin hari ini kau sihat walafiat, esok lusa kau jatuh sakit pula.
mungkin hari ini kau punya kekasih, esok lusa kau kehilangan kekasih pula.
mungkin hari ini kau dapat makan McD, esok lusa roti pun kau tak dapat makan langsung.
mungkin hari ini takdir itu milik kau, esok lusa siapa yang tahu andai kata takdir itu pergi dari kau?

suka atau tidak
susah atau tidak
sedia atau tidak
pasrah atau tidak
redha atau tidak
hendak atau tidak

kau terpaksa terima juga.

jeritan yang tak terkeluar dari mulut

aku rasa semua benda aku tak faham sekarang.
aku macam dalam satu dunia asing yang aku tak faham.
and aku rasa mcm lost.

sampai aku nak jerit kuat kuat kat atas bukit,
satu benda yang aku da lama tak buat.
kalau jerit dalam ini,
mmg tak terkeluar la suara aku yang hampir nak hilang ni.
musim suhu berubah bermula.
pantas benar.

aku rindu gadis gadis aku. haihh

Tuesday, February 2, 2010

if you ..

if you found someone that are willing to

be your eyes when you cant see,
be your ears when you cant hear,
be your voice when you cant talk,
be your legs when you cant walk,

never let him/her go. never.

Monday, February 1, 2010

february datang lagi

helo february, welcome home :)
bulan penuh kasih sayang atau lebih tepat bulan jiwangjiwang bak kata orang sudah kembali. Rata rata yang bercouple mungkin excited menunggu dua minggu lagi di mana cokelat & bunga naik harga tanpa batasan =)

aku tanak mintak banyak la dengan february cuma berikan aku sedikit kasih sayang kau ya february.
buat aku senyum riang macam january buat aku senyum riang dengan penuh lawak jenaka yang indah.
aku kurang pasti february ini aku akan lalui bagaimana.mungkin indah mungkin tidak.
semoga ianya indah indah :)
semoga february memberikan yang indah indah buat kawankawan kesayangan aku tak kira di mana mereka berada kerana senyuman mereka adalah senyuman aku jua.

Sunday, January 31, 2010

hari terakhir bulan satu tahun 10

bila indah
masa akan pantas berlalu bukan ?
hakikat, terima sajala.
hari terakhir bulan 1 tahun 10
mari,
berparty bersama sikecil siang nanti =)
bergembira bersama teman lama. =)

Friday, January 29, 2010

jualan garage nabila nawhen

kawan aku buat jualan garage emergency dia.
sebagai seorang kawan yang membantu, aku tolong la promotekan.
baju baju lawa lawa untuk LADIES je.
murah dalam harga rm20 termasuk postage.
ada kasut yang lawa dan comel jugak.
kalau korang low budget, mahu beli
bolela usha kat sini :

GARAGE NABILA

Tuesday, January 26, 2010

January is ending soon

January is ending soon and i wonder if February will be great as my January.
Maybe yes, maybe no.

January make me smile and laugh a lot.
Thou some of my friend having a very bad situation in this month, hopefully they will be okay.

I met few of my long lost classmates which the last time i saw them, i was only 12years old!
Thanks to FB i can keep in touch with them again.
I do really missed them and all the memories in primary school so much.

Oh, its kinda awesome to end this January with party!  Wuuu!

February is coming ~ Chinese New Year is around.
That means there will be a lot of "limau" and some red packet ! :D

Hey, how's your January?


*maaf ye kalo grammar saye silap, saye budak baru belajar kalo salah tlg tunjukkan =))

Friday, January 22, 2010

jangan ambil sepenuhnya hati aku, tinggalkan separuh untuk aku sendiri

Seorang lelaki bersiar-siar di taman, terjumpa sekeping hati di jalanan.
Lantas di ambilnya hati itu sambil tertanya-tanya.
Hati nya berdetik ingin tahu siapa empunya.
Di satu sudut di tepi pokok, seorang gadis tercari-cari hatinya yang hilang.
Ditiup hebat si angin kencang. Wajahnya muram.
Sang lelaki yang berjalan sambil mencari empunya hati, terlihat si gadis yang mencari cari, lalu didekati.
Bertanya dengan sopan, "Adakah kamu kehilangan sesuatu seperti ini?" lalu ditunjukkan hati itu.
Si gadis riang, lalu menjawab "Iya, saya kehilangan ini, bole pulangkan?"
"Kalau saya mahu mengambil hati kamu ini boleh ?" tanya sang lelaki itu.
Si gadis terpaku lalu tersenyum. "Ambilla, tapi hanya separuh, separuh lagi berikan pada saya semula"
Keliru dengan kata si gadis, sang lelaki bertanya lagi, "Mengapa?"
"Kerana separuh hati saya akan dicantumkan dengan separuh hati kamu, 
maka separuh hati kamu akan bercantum dengan separuh hati saya di sini." jawab si gadis tenang.
Maka faham la sang lelaki maksud si gadis.

hanya separuh, bukan sepenuhnya. barula bercantum dua hati :)
kalau sepenuhnya dimiliki si dia, apa yang tinggal bersama kamu?

like ice, the heart that is hugged, slowly starts to melt



haihhh. tacing aku terpasang lagu ini. huu

Thursday, January 21, 2010

harga yang perlu dibayar

tak terkira dengan wang ringgit penderitaan dia sebnarnya.

baru baru ini kawan aku accident dan luka parah. aku tak berpluang melawat kerana dia jauh di utara.
tapi cerita dari kawankawan yang melawat membuatkan aku terasa sangat sedih tentang dia. kelukaan agak teruk.aku cuma mampu berdoa die cepat sembuh. dapat wang byk dari insurans & ganti rugi pon aku rasa dia takkan begitu gembira tentang itu. haihh aku harap kau cepat sihat okey?

tolong doakan kawan aku berjaye dibedah dan sembuh seeloknya.

semoga kalian semua berhatihati di jalan raya.

Wednesday, January 13, 2010

macam separuh nyawa & hidup dipulangkan balik

pelik kan tajuk ?

tapi, hakikatnya, itula perasaan aku sekarang walaupun pada awalnya, aku masih blur. seolah aku sedang berada dalam satu dunia baru. tapi, sebenarbenarnya, aku masih berada dalam dunia yang sama yang sebenarnya telah menjauhi aku. atau lebih tepat aku katakan, aku diasingkan dari dunia itu. haha. aku masih separuh blur tapi excited melebihi segalanya. walaupun banyak persoalan akan timbul nanti, tapi biasalah, budak baru kan? haha.

mereka yang mengenali aku bertahun lama, yang tahu segala cerita yang terjadi, korang akan jadi tempat bertanya aku nanti. hehe. gembira bukan? aku lebih gembira. seolah dipulangkan sesuatu yang telah hilang. mungkin bukan sepenuhnya, tapi sebahagian pun jadila bukan? hehe

and now, aku sedang membiasakan diri dengan dunia baru ini. :)

thanks alot mama.

Tuesday, January 12, 2010

tempat, masa, orang yang salah

kadang kadang hidup ini susah nk difahami kan? ehe!

dalam setiap langkah perjalanan, macammacam orang akan kita jumpa.
kadang kala, kita di tempat, masa yang salah dan kenali ataupun jatuh hati dengan orang yang salah.

pedih tapi senyuman tetap terlakar sebab kadangkala, bertemu orang yang salah, merakam memori terindah demi ingatan, akan buat kite tersenyum sendiri, kerana kita tak mempunyai memori menyakitkan tentang itu. dan kadangkala, jatuh hati dengan orang yang salah, boleh kot kategorikan keterlewatan tiba. haha.

apa aku merepek ni? haihh!

Saturday, January 9, 2010

teach me

teach me how to love
because i almost forgot how that feels
guide me how to love
because im no longer know the path
show me how to love
because i always ignore the sign
take my hand and hold it tightly
ill be stronger as before
stand by me and walk with me
so ill slowly know the way to go

teach me because im almost lost in space.

let time show me

if the path i choose to walk across
right now,
is the best decision.

there's still a very long way to go.
time will tell.

Dear God,
lend me some strength.

Thursday, January 7, 2010

kau adik aku abang

jadi jangan bantah cakap abang.

semalam aku dengan stesen bus, macam biasa. tunggu bus mesti mata melilau sana sini. tengok gelagat orang. masa dalam bus, aku tengok la luar, terpandang satu pasangan adik beradik. si abang aku kira, baru form 1. yang adek pulak baru darjah 1 ke 2 mungkin. si adek, muka khusyuk gila dengar apa abang dia cerita. mungkin memberikan peringatan pada si adek, harus hati-hati bila naik bus mungkin. sesekali si adek menyampuk, bertanya itu ini agaknya. lama sikit, aku tengok lagi, si adek berceloteh sana sini dengan comelnye sambil tunjuk bus itu bus ini, si abang macam da penat nak melayan, mengiyakan saja mungkin. bila bus mereka sampai, si abang bawak beg si adek yang tak kurang besar juga.

comel kan? kasih sayang dua beradik. malangnya aku keluar tanpa jimmy, tiada la pic mereka. haihh! rugi.

*air yang dicincang takkan putus antara adik beradik.

Tuesday, January 5, 2010

menjadi kejam kerana terpaksa

kadang kala menjadi kejam untuk kebaikan diri sendiri dan juga pihak yang terlibat itu adalah jalan yang terbaik mungkin?

Saturday, January 2, 2010

helo 2010

helo 2010, how are you ?

saya mulakan tahun baru dengan gelak tawa & senyuman.
dan berharap untuk berita baik setelah penat main click click.

anda bagaimana?