bila hati mahukan sesuatu
bila jiwa rindukan sesuatu
bila minda mimpikan sesuatu
yang telah lama hilang
yang telah lama menjauh
apa aku harus buat?
kadangkala aku bingung
kadangkala aku keliru
kadangkala aku penat
kadangkala aku abaikan saja
tapi sampai bila
mahu mengingkari
mahu mengetepikan
perasaan ?
berpura yang hati ini telah kering ?
berpura yang jiwa ini sudah berhenti menyayangi ?
barangkali aku penat mungkin
memulakan setiap buku baru ..
rutin yang sama setiap kalinya ..
akhiran yang sama di setiap cerita ..
sampai kelu sendiri akhirnya. ..
lalu aku sendiri memilih menjalani liku itu sendirian
mengabaikan segala perasaan ..
asalkan aku lihat senyuman riang gembira
mereka di sekeliling ..
RM 0.99, Cukupkah Untuk Membeli Kesihatan?
2 months ago

2 comments:
mendalam maksudnyerr :)
yeahhh
Post a Comment