Monday, February 15, 2010

meet the schoolmates

seronok !

Malam raya pertama CNY, dapat jumpa kawankawan yang hampir 10tahun tk jumpa sangat seronok.
Sebabnya macamacam cerita keluar dari mulut mereka, dari cerita yang aku taktahu sampai kepada cerita yang aku takpernah tahu. Hebat sungguh mereka. Even ramai tak datang pun, aku okey je. Kecil hati tu, tipula kalau cakap tiada sebab banyak yang cakap mahu datang lepas tuh tiada. Yang ada hal tu aku tak kisah la sangat. Takpe, yang datang pun cukup hebat :) Terima kasih sebab datang. Insyaallah nanti boleh buat yang lain :) Aku rasa seronok dapat main dengan anak seorang kawan. Comel je nak layan keletah dia.

Sepatutnya raya cina aku berada di Kuantan, menghadiri majlis perkahwinan kawan yang sudah menjemput sejak tahun lepas. Pelbagai isu & halangan timbul hingga akhirnya, kami tidak dapat hadir. Mulanya aku rasa bersalah, tapi sekarang kurang sikit rasa bersalah sebab dia seolah memahami situasi yang menjadi halangan kami untuk ke sana. Takpa, nanti kami jumpa kau berserta hadiah okey? Selamat pengantin baru untuk kau okey? Semoga bahagia ke anak cucu. Ada masa nanti kita lepak bersama. Alhamdullillah majlis kau dah selamat disempurnakan. :)

February, terima kasih sebab at last aku dapat ketemu mereka yang pernah ceriakan hidup aku zaman aku kanakanak lagi and akan selalu ada dalam hati aku :)


*zaman sekolah amat best tanpa tekanan mcm sekarang

No comments: