Tuesday, June 30, 2009

tiada rasa apa lagi

aku binakan tembok antara kita

biar tiada lagi rasa yang dahulu
aku buangkan rasa yang hadir
biar hati tersisa ini lunyai terus ditelan arus
takperlu ada rasa
takperlu ada ikatan
takperlu ada semua itu lagi antara kau dan aku
kerana jasad ini sudah mati jiwanya
kerana hati ini sudah hilang derianya
aku bakarkan semua
dalam api yang menjulang tinggi
kini hanya ada abu
yang bakal berterbangan ditiup angin
maka, lupakan saja cerita jiwa


Juliana
June 30, 2009

urbanscapes dilanda selsema babi aka h1n1

kebaikan tak pegi urbanscapes.


aku bersyukur gila weyh.

tak caye?

rujuk sini la :


so, elmi shy, zaher dan sekian sekian, pergi checkup pelis.!


*err kalo ym dgn org2 urbanscapes virus tersebar tak?

Saturday, June 27, 2009

impian berbeza dengan kenyataan

kadangkala apa yang kita dapat mungkin bukan yang kita harapkan sangat-sangat tapi mungkin masih satu impian sipi yang tersimpan dalam hati.


siapa tahu, mungkin itu takdirnya ;)

Thursday, June 25, 2009

aku kau dan langkahan

laju saja langkah aku

tinggal jauh engkau di belakang
tapi sikit pun aku langsung takpeduli
langkahan aku masih deras ..
sekali dua aku menoleh
melihat kau terkial-kial cuba mengejar langkahan aku
akhirnya aku tiba
malangnya kau masih jauh di sana ..
aku perhatikan tanpa perasaan
cuma hati ini berdetak kecil
kau masih gigih berusaha
biarpun kau sudah lelah

terus terus melangkah, jangan berhenti biar sekejap
akan ku tunggu kau di sini ..

Wednesday, June 24, 2009

shit happens #7

if i can turn back time

i wish i never had said that stupid bloody fool things.
and now,

stupid jerk you!
bodo kau jeju !

argh! fak.

*mencarut dalam bahasa asing sampai hilang suara*

Tuesday, June 23, 2009

melayang layang

fikiran ku melayang layang

bagaikan layang layang
di angkasa tinggi
tanpa tali yang mengawal
hey !
tolong sambut tali itu
jangan biarkan aku terus melayang
tanpa arah yang pasti
nanti akhirnya aku hilang
tersesat dalam awan hitam
tersambar petir lalu jatuh ke bumi
tak bernyawa

Monday, June 22, 2009

unik

Bukan semua orang punya peluang untuk ada keluarga pelbagai bangsa. Jadi, aku cukup rasa gembira menjadi salah seorang dari mereka yang punya pelbagai bangsa & agama dalam keluarga. Sekadar sedikit info tentang salah satu kaum yang berada dalam darah aku :-
"KAUM CHITTY juga dipanggil sebagai India Peranakan. Mereka adalah keturunan pedagang-pedagang pedagang India yang telah datang ke Melaka di zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, iaitu di kurun yang ke-15 Istilah Chitty adalah daripada perkataan Sresthi dalam Bahasa Sanskrit yang bermaksud ‘Orang Kaya’ atau ‘Pedagang’.

Pedagang-pedagang ini yang berasal dari Patenan atau benua Keling yang terletak di Selatan India telah singgah dan kemudiannya menetap di Kampung Keling, Melaka. Ajaran Agama Hindu telah menetapkan bahawa kaum lelaki sahaja yang boleh belayar atau berhijrah.

Apabila mereka tinggal lama di Melaka, mereka berkahwin dengan wanita tempatan yang terdiri dari wanita Melayu, Jawa dan Batak, dan akhirnya ujudlah komuniti minoriti di Melaka yang dipanggil Kaum Chitty. Pada umumnya mereka termasuk di dalam gulungan yang berada. Selain dari berdagang mereka juga bekerja sebagai tukang emas."
Ahad lalu, hari bapa dan jugak hari lahir si bongsu aku hadiri kenduri memperingati si mati atau dalam melayu dipanggil kenduri arwah @ kenduri doa selamat bagi memperingati mendiang moyang & juga atuk saudara aku mungkin.

Uniknya, mereka menghidang nasik lemak sebagai makanan pada hari memperingati si mati ini. Ada kueh mueh jugak buah-buahan. Di satu sudut ruang tamu rumah, ada lilin n lampu dan pakaian², jam tangan, duet untuk simati rasanya. Kemudian ada minuman dan makanan yang dihidangkan. Family pakcik makcik aku akan makan makanan tersebut selepas semayang untuk si mati.

Dulukala, aku ikut je pergi makan taktahu apa apa. Dah besar baru paham. Hoho. Adalah nenek sedara, makcik ke kazen ke yang turun dari Singapore jugak. Aku masih belom khatam salasilah keluarga aku sbb kedua-dua belah amat rumit & bersimpang siur. Dah khatam nanti aku ceta lagi.

Sunday, June 21, 2009

korban hidup

kalau mahukan sesuatu, harus korbankan sesuatu untuk itu.



maka aku korban yang itu, demi yang itu.

Friday, June 19, 2009

ke konfius an

akal kata begini

hati kata begitu
jasad sudah pening
ape perlu aku buat?


Wednesday, June 17, 2009

tinggi di atas sana, ada satu bintang

tinggi di atas sana, ada satu bintang

yang bersinar cerah, memancar riang
lewat malam akan aku perhatikan langit itu
berharap bintang itu akan bersinar terang seperti sebelumnya

tinggi di atas sana, ada satu bintang
bintang yang aku cuba gapai dalam mimpi
tapi hampa saja yang aku perolehi
ah, dalam mimpi sajalah

tinggi di atas sana, ada satu bintang
mungkin wajar aku perhatikan saja
jangan cuba digapai
nanti ia pergi ..
menghilang takkan kembali

tinggi di atas sana, ada satu bintang
yang akan selalu temani aku dalam lenaku

Tuesday, June 16, 2009

Tag By NabilA

Apa perasaan anda sekarang?
= trauma

Saya nak makan?
= mcd, satey celup tepi jalan.

Saya tak suka?
= susu

Impian saya?
= Backpacking + 1 impian rahsia ;)

Haiwan yang saya tak suka?
= ular. geli do

Saya harapkan?
= Keajaiban + senyuman ini berterusan

Jika boleh putar masa?
= saya akan pilih saat2 yg saye mahu ubah ;)

Saya pada 10 tahun akan datang?
= wallahua'lam. entah masih hidup entah tak. semoga impian saye da tercapai masa itu, amin

Handphone saya adalah sebuah?
= monoblock warna putih yang berjenama nokia yang pecah skrinnye. HAHA.

Saya pernah bercinta sebanyak?
= hanya saye yg tahu la

Saya suka pada?
= angin ;)

Kawan-kawan saya?
= semuanya sedang dilamun asmara dana sampai terlalu sakan kot.

Pernah dikhianati?
= iya. pedih.!

Apa yang hendak dilakukan terhadap orang yang mengkhianati anda?
= cube utk buat bodo atau menjaohi. huhu


*idea utk update blog sedang terbang. mintak ampun.

Monday, June 15, 2009

perginya seorang kenalan

alfatihah.


singkat tapi sangat bermakna.
ringkas tapi penuh kenangan.
terbatas tapi masih penuh keindahan.
pasrah tapi masih terkedu.
seketika cuma,tapi akan sentiasa di hati.

Malangnya masa mencemburui kita, janji kau dengan Allah Yang Maha Esa, kau harus pergi dulu dari kami semua. Even aku baru saja kenal kau, tapi aku cukup seronok, terima kasih untuk satu kenangan indah. Pemergian kau menyedarkan aku tentang byk perkara. Semoga kau ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Alfatihah buat Allahyarham Tazo Ghazali.

Sunday, June 14, 2009

dan ku ucap selamat tinggal

pada kamu ;(



lama tak lama ..
kejap tak kejap ..
rela tak rela ..
benda dah aku putuskan ..
tapi pasrah aje la kan ?

maaf, mungkin salah ku ..
tapi ku harus ucapkan selamat tinggal
mungkinkah kita kan bertemu lagi ?
pasti, itu sudah pasti


selamat tinggal







wahai rambut panjang


*lepas ini pasni ramai marah aku. confirm. relak sudeyh ;)

Thursday, June 11, 2009

fizikal bukan segalanya

kau kurus bukan bermakna kau sakit, kau berisi bukan bermakna kau sehat


jadi ayuh, bersyukur la.

Tuesday, June 9, 2009

tuhan, berkatilah dia

bagai baru semalam dia tersenyum
tapi kini terlantar
tuhan,
berikanla dia kekuatan ..
berkatila dia ..

sungguh, aku tk betah utk berdiri lama di situ.

tlg doakan kawan saye masih mampu melawan kesakitan dia.
tlg doakan kawan saye pjng umo sebab jalan die masih jauh.
tlg doakan ada keajaiban

Monday, June 8, 2009

musuh utama

musuh utama setiap seorang dari kau termasuk aku sendiri ialah :


diri kau sendiri ;)

tagged by wanie moo²

Rules & Regulations
DO NOT copy answersTagged questions must be 100% same

Tag 9 people before doing the tagPeople i tagged:

  1. nabilA
  2. Elmi
  3. Ad
  4. Apit
  5. Ezza
  6. Amy
  7. Wanie MooMoo
  8. Lubby
  9. Ceghap

How do you know 1?
online cyber world la ~

What would you do if you never meet 2?
err mungkin takkan kenal org yg sgt gle pemes mcm die? :p no heart feeling ha elmi

What would you do if 3 & 4 dated?
Ad & apit? hahahahahhaha no! maybe

Would 5 & 6 make a good couple?
diorang les. jgn taktahu

You think 7 is attractive?
yeah tapi die suke merendah diri ckp diri die gemuk. aihh

Would you date 8?
yeah ~ date & dpt cupcakes. wahahahha

Tell me something about 9
acap sgt baek ;)

What's 1's favourite past time?
online & merapu haha :p

What language does 2 speaks?
eng & malay. die tareti bahasa pujangga itu aku pasti :p

Who is 3 going out with?
dgn awek die aje la

How old is 4?
20 in this year ;)

When was the last time you talked to 5?
da lame kot. entah org bz malas daku kacau.

Who is 6's favorite singer?
pjoe ? hua!

Would you date 7?
wanie, mahu dinner romantik dgn i tk? haha

Is 8 single?
tak. die ada bf yg sgt romantik

What's 9's last name?
ashraf latif kan ? :p

*mls aku edit. biru - soklan. ijau - jawapan.

Thursday, June 4, 2009

hanya tulisan kosong

warkah itu kosong
aku conteng dengan kata
malangnya 
kata itu tiada makna
kata itu tiada rasa
hanya tulisan kosong 
lalu aku renyukkan
lempar ke tepian

Wednesday, June 3, 2009

hanya angin dalam kehidupan setiap kamu

kau pernah rasa angin yang menghembus wajah kau ? 

kau pernah rasa angin yang menyamankan diri kau ?
takkira la di saat panas atau sejuk.
takkira la siang atau malam.
takkira la di mana jua kau berdiri. tengah padang, tepi pantai atau tepi jalan atau hanya di jendela. nyaman bukan ? 
kadangkala angin itu bertiup hebat sampai melayang-layang rambut lalu serabai jadinya.
kadangkala angin itu bertiup sepoi sepoi bahasa saja sampaikan kau rasa nyaman yang amat.
kadangkala angin itu bertiup terlalu perlahan sampaikan kau tak rasa kewujudannya langsung.
begitu juga manusia. 
kadangkala kehadirannya dalam setiap kehidupan hanyalah bagai angin yang bertiup sepintas mungkin. 
kadangkala kau sedarinya tapi kadangkala kau tak sedarinya.
kadangkala kau hargainya tapi kadangkala kau langsung tak memerlukannya.

sebab apa? sebab angin itu hanya persinggahan yang bertiup lalu menghilang ke arah yang tiada penghujung. tapi menjadi angin itu macam indah, boleh pergi sesuka hati kot.

ada angin membawa bahagia, ada angin membawa luka :)

*suka angin yang menghembus nyaman*

Tuesday, June 2, 2009

addicted


yes yes yes
yes i am. 

addict keterlampauan dengan COKE.

kau selalu ada

di balik awan ..

di balik hujan ..
di balik panas ..
di balik tangisan ..
di balik senyuman ..
di balik luka ..
di balik ribut ..
di balik angin ..
di balik ombak ..
di balik bukit ..
di balik pokok ..

kau selalu ada