Bukan semua orang punya peluang untuk ada keluarga pelbagai bangsa. Jadi, aku cukup rasa gembira menjadi salah seorang dari mereka yang punya pelbagai bangsa & agama dalam keluarga. Sekadar sedikit info tentang salah satu kaum yang berada dalam darah aku :-
"KAUM CHITTY juga dipanggil sebagai India Peranakan. Mereka adalah keturunan pedagang-pedagang pedagang India yang telah datang ke Melaka di zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, iaitu di kurun yang ke-15 Istilah Chitty adalah daripada perkataan Sresthi dalam Bahasa Sanskrit yang bermaksud ‘Orang Kaya’ atau ‘Pedagang’.
Pedagang-pedagang ini yang berasal dari Patenan atau benua Keling yang terletak di Selatan India telah singgah dan kemudiannya menetap di Kampung Keling, Melaka. Ajaran Agama Hindu telah menetapkan bahawa kaum lelaki sahaja yang boleh belayar atau berhijrah.
Apabila mereka tinggal lama di Melaka, mereka berkahwin dengan wanita tempatan yang terdiri dari wanita Melayu, Jawa dan Batak, dan akhirnya ujudlah komuniti minoriti di Melaka yang dipanggil Kaum Chitty. Pada umumnya mereka termasuk di dalam gulungan yang berada. Selain dari berdagang mereka juga bekerja sebagai tukang emas."
Ahad lalu, hari bapa dan jugak hari lahir si bongsu aku hadiri kenduri memperingati si mati atau dalam melayu dipanggil kenduri arwah @ kenduri doa selamat bagi memperingati mendiang moyang & juga atuk saudara aku mungkin.
Uniknya, mereka menghidang nasik lemak sebagai makanan pada hari memperingati si mati ini. Ada kueh mueh jugak buah-buahan. Di satu sudut ruang tamu rumah, ada lilin n lampu dan pakaian², jam tangan, duet untuk simati rasanya. Kemudian ada minuman dan makanan yang dihidangkan. Family pakcik makcik aku akan makan makanan tersebut selepas semayang untuk si mati.
Dulukala, aku ikut je pergi makan taktahu apa apa. Dah besar baru paham. Hoho. Adalah nenek sedara, makcik ke kazen ke yang turun dari Singapore jugak. Aku masih belom khatam salasilah keluarga aku sbb kedua-dua belah amat rumit & bersimpang siur. Dah khatam nanti aku ceta lagi.

3 comments:
hebat gak family ko...
de mix siot!!
macam adat cina je. tapi cina dok bakar2 kan? suma dlm bentuk kertas kalo depa
zahir : xde ape yg hbat pun.
nabilA : aah tp dorg ni x bkr. cume tayang kejap.
Post a Comment