Thursday, April 30, 2009

saya mahu selalu ..

utk seseorang ..

saya mahu selalu

dengar suara kamu setiap hari

lihat kamu tersenyum
lihat kamu ketawa
lihat kamu sedang blur
lihat kamu kemamaian

kacau kamu buat kerja
kacau kamu masa drive
kacau kamu sampai kamu kacau saya balik

boleh ke saya?


terima kasih sbb buat saya senyum riang
terima kasih sbb taking care
walaupun

kamu sibuk,
kamu penat,
kamu kurang sehat,
kamu mengantuk


thank you so much
:)

tolong , hentikan ..

penat aku dengan fitnah
lelah aku dengan tuduhan
jasad ini tidak mampu
jiwa ini cukup kerdil
longlai sudah langkah
hampir terkulai lemah
hampir jatuh di tepian

aku juga mahu
hidup dengan aman
hidup dengan riang
hidup dengan senyuman
hidup dengan cara aku

sampai bila akan berterusan?
bila kau lihat tubuh aku dikapankan?
bila kau lihat jasad aku disebalik tanah?
bila kau lihat nama ini tertera di nisan itu?
baru kau akan lepaskan?
baru kau puas hati ?


Wednesday, April 29, 2009

rasa riang rasa happy

saya riang sebab saya riang
saya happy sebab saya happy

kenapa?
nak type cemane ha?

camni je la kot

rasa riang rasa happy untuk sebab yang susah la aku nak habaq..
thanx you so much :p

at least, hilang kesedihan angkara kabut ribut di hari semalam..

*senyum senyum senyum itu indah

Tuesday, April 28, 2009

shit happens #5

arini ini hari penting tapi semuanya sangatla malang bagi budak ini.

-wake up late. sile jgn amalkan prinsip tedo 5minit lg di saat anda perlu bergegas. selamat gua x lmbt. tq kepada para pengejut si pemalas bgun pg ini

- kaki terslh pijak di tepi jln otw ke ofis. damn!

-kaki melecet. sumpah aku makin benci kasut tumit.

- misplace salinan sijil. satu hal gua nk cari tmpt fotostat kt situ.

- alatan itu rosak. lagi madefaker. damn!

- math saye lingkup. harus blajar math balek. tp esei saye terbaek. best student katekan. muahahha

- bgun pagi hanye untuk kena interview pada pkul 4.30ptg. oh hebat!

-hp saye yg biol kematian bateri.

kesimpulan hari saya malang sungguh.
mahu nanges gile2 ni. huwaaaaaaaaaaaaaaa
kaki sakit lg. :((
oke jom ronggeng!

*sempat cuci mate kaw2 dgn calon-calon yg encem. HAHA

such a wonderful day

sbb saye di kota yg saye rindu
sbb saye hepy ptg td .. thanx you
sbb saye rindu adek saye. heppy besday utk org jepon di sana.
sile cpat pulang dan hentikan ceta kawen lu :p

tapi saye perlu stady utk pagi ini. ada math n esei.
persediaan ZERO. heeeeeeeeeeeeeeeeee!

tlg doakan saye tak tertedo di ruang menunggu dlm persalinan bj kurung. HAHA

Monday, April 27, 2009

unhappy.

u n h a  p p y .

n
h
a
p
p
y 
.

something makes me feel very very very unhappy.

wish i could just sleep and this is just a nightmare.

:(

*rasa mao nanges*

Saturday, April 25, 2009

shit happens #4

- tangan kiri aku da mcm tgn yg patah tulang


- sedang menaep dgn tgn kanan dgn kelajuan sipot. bg org yg da biasa type sblah tgn mcm aku ni mmg benci kena type slow.

- taklarat nk dial num kt hp or buat kol. soryyyyyyy!

- sedang bengang sbb asyik pergi makan dgn kedai yg sama setiapkali kuar mkn & setiap tahun padahal ckp td tk mkn kt situ. fak.

- internet cam sipot sedut.

- kepanasan membuat aku pening.


dem!

Friday, April 24, 2009

mintak jasa kalian semua

untuk sama-sama berdoa utk kawan saya, tazo.


yang kini ditahan di hospital angkara sakit yang belom saya ketahui tapi berkaitan batuk rasanya.

sudahla dia sedang menghadapi final.

semoga tazo cepat sembuh.

kami semua sayang kamu :)

*sedang kaco bilau.

there's no turning back amiey

there's no turning back amiey.

you've set your mind.
you choose to let it go.
you choose to keep it deeply.
dont be so upset.
dont let this sorrow let you down once again.
never please amiey.
maybe its good for everyone.
let it be. let it be.
there's no turning back amiey
never.
admit it. 
accept it.

april ,2009

Thursday, April 23, 2009

hidup ini penuh kejutan

yang datang pada masa yang kau takkan terfikir pun.

Kadangkala dalam hidup ada benda yang kita tak jangka terjadi akan terjadi. Seolah untuk menjadikan jalanan hidup kita semakin menarik untuk dikenang di masa depan saat hari tua menjelma. *dem*

Ada waktu, kau akan di atas penuh dengan segala yang kau mahu tapi tanpa diduga ada waktu kau akan berada di tempat paling bawah dalam hidup yang mana akan membuatkan sesiapa yang takpunya semangat yang tabah akan rebah. Aku telah rasa kedua-dua situasi secara tiba². Berada di atas dengan riang & berada di bawah dengan tersungkur teruk. Tapi aku bersyukur masih mampu bangkit dengan bantuan kawan² yang aku sayang. Di luar sana masih ramai yang tersungkur juga. Ada yang mampu bangkit, ada yang masih mencuba untuk bangkit & ada juga yang masih gagal untuk bangkit. Yang berjaya pula macam alpa dengan kejayaan yang mereka sangka akan kekal sampai bila² tanpa perlu dipertahankan. Hidup memang penuh kejutan. Kalau tak,bosan la hidup. Semuanya terpulang pada empunya diri. Take it or leave it. :)

Tapi kadangkala ada sesuatu yang terjadi secara tak kau duga mampu buat kau senyum. Cuma antara berani atau tidak, mahu atau tidak, terima atau tolak. Sesuatu yang boleh merubah bukan saja diri tapi mungkin juga kehidupan kau, keriangan kau. Siapa la tahu kan takdir kita? Kalau semudah abc, sudah aku hidup senang lenang takpayah pening. Huk! 

*sedang buat gile dgn life aku. haha :p

Kisah Sang Burung - Part 3

Kehilangan si kecil itu sebelum ini membuatkan si gadis terfikir sesuatu. 

Leka dia perhatikan sang burung yang bertenggek di birai tingkap. Terdetik hati kecil si gadis untuk mengajar sang burung terbang kembali. Siapa tahu, boleh dia pulang semula ke pemilik asalnya.

"Hey comel, harini kita main di laman ya? Aku akan ajar kau terbang. Suka tak?"

Petang itu, si gadis membawa sang burung ke laman depan. Dikeluarkan si burung comel itu. Tanpa rasa penat, diajar sang burung itu terbang kembali. Seolah memahami usaha si gadis, sang burung berkali mencuba untuk terbang lagi walaupun gagal. Tekun si gadis mengajar hingga lewat petang. 

"Saba ye comel, nanti kau pasti dpt terbang semula. Mane tau dpt jumpa tuan kau semula kan?"

Ada sedikit kesayuan di sebalik kata-kata itu. Hanya si gadis sahaja yang memahami apa yang tersirat di sebalik kata & belaian dia ketika itu. Sang burung hanya berkicauan sambil memandang langit. Seolah mencari sesuatu di sebalik awan tinggi.

Malam itu, seperti biasa si gadis berbicara dengan sang burung di birai tingkap bilik sambil memberi kepingan kecil roti sebagai makanan sang burung comel itu.

"Lawa kan bulan tu comel? Apa rasanya eh terbang kt langit tu? Mesti kau dpt lihat semua kan? Indahnya jadi burung. Kalau la aku boleh jadi cam kau kan comel."

Sang burung hanya memerhatikan si gadis. Mungkin kepelikkan melihat si gadis bersikap begitu.

"ah comel, kita tidur la"

Si gadis yang leka dengan langit tiba-tiba bersuara ingin tidur. Diletakkan sang burung di tempat yang menjadi kebiasaannya. Dalam hati kecil terdetik sesuatu tapi sengaja diabaikan apa yang terdetik itu. Mungkin hanya naluri kecil saja. Ah~ persetankan.

to be continued...

Tuesday, April 21, 2009

bingung

aku taktahu dari mana kau datang

aku taktahu bagaimana kau muncul depan aku
aku taktahu apa yang takdir mahu sampai temukan kita
tapi mungkin ini masa yang tepat ?
mungkin jua masa yang salah ?

mari lihat apa yang menunggu.

thank you.

*kisah sang burung akan tergendala sebentar kerana aku tk bisa meluahkan. kelu.

Monday, April 20, 2009

ini musim peperangan ..

kawan-kawan saya sedang 


berperang dengan kertas 
dengan dakwat sebagai senjata
pegawas peperiksaan sebagai pemerhati
masa yang terhad sebagai penentu 
result xm sebagai bukti kemenangan

hey
jangan hilang semangat
jangan gelabah
jangan cuak
jangan lost
jangan berdota berlebihan :p

paling penting jgn bawak toyol
tempat peperangan tu berpuaka btol kalau bawak toyol
HAHA~

all the best. saye sayang kamu semua banyak sangat.

jumpe nanti di waktu kalian berpesta cuti ;)

CHAIYOK CHAIYOK !!

*tgk adek laki & si bongsu langsung tk study. bukan ke dorg SPM  & PMR? oh genius katekan.

Sunday, April 19, 2009

shit happens #3

- headache.

- been misunderstood by few people because of my previous entry which i choose to del. *case closed so dont asked anymore about it*

- my fb : disabled for the 2nd time. *new profile in progress*

- ym = stupid.


i want you to chill me up as bfore :"(

Friday, April 17, 2009

Kisah Sang Burung - Part 2

Sangkar kecil itu di letakkan di satu sudut di dalam bilik si gadis. 

Setiap hari, si gadis akan memastikan si burung makan & minum secukupnya. Luka sang burung turut diperhatikan. Sangkar comel warna biru menjadi teman sang burung berehat. Masa si gadis banyak dihabiskan dengan sang burung. Pulang dari segala urusan saja, si gadis pasti akan bergurau senda dengan sang burung, yang semakin hari semakin comel berkicauan seolah memahami si gadis.  Setiap malam, sebelum melelapkan mata, si gadis pasti akan berbual dengan sang burung. Sang burung akan berkicau kecil seolah memahami.

"Selamat malam ya comel. Tedo baik² tau. "

Hari - hari si gadis bertukar riang. Sesekala dibukanya pintu sangkar, dibiarkan sang burung bertenggek di tepi tingkap memerhatikan sekeliling yang mungkin asing pada ia. Mungkin memerhatikan di mana sang pemiliknya yang ia rindukan. Mungkin .. siapa yang tahu sedangkan hati manusia sendiri sukar diselami apatah lagi seekor binatang comel yang orang bilang tak berakal.

Satu hari, si gadis terlupa menutup sangkar. Bila pagi, si gadis sedikit binggung kerana tiada suara kicauan mengejut dia dari tidur, tergamam dia tatkala menoleh melihat sangkar biru itu kosong. Si gadis kerisauan. Tanpa berlengah, berpusing-pusing di sekeliling rumah mencari si kecil itu. Air mata si gadis luluh begitu saja sambil memikirkan sang burung yang belum sembuh sebetulnya. Risau andai sang burung diganggu kucing² liar yang berkeliaran. Tidak puas mencari sekeliling rumah, bergegas si gadis mencari di sekitar tempat berhampiran. Hampa. Air mata jatuh tanpa dipinta. Diamlah si gadis si biliknya memikirkan nasib si burung kecil itu merenung sangkar kosong.

"Comel, mane kau ilang?"

Si gadis tertedo di tepi sangkar memikir sang burung yang entah di mana. Lewat malam itu, dalam renyai² hujan,sayup² kedengaran bunyi kicauan burung. Si gadis terjaga. Pantas diamati bunyi kicauan itu. Ya, itu kicauan si kecil dia. Pantas dicari di mana datangnya bunyi itu. Oh, si kecil itu rupanya terselindung disebalik semak² berhampiran laman belakang. Air mata si gadis mengalir deras dalam senyum. Sang burung berkicau pilu. Diangkatnya sang burung yang kebasahan, dilindungkan dengan lengan baju. 

"Maaf si comel, aku alpa. Maaf! Mesti kau laparkan? Sakitkan? Maafkan aku yang lalai ini. Ayuh, kita pulang ya."

Pantas dibersihkan sang burung itu dalam sedu. Tanpa berlengah, disediakan makan & minum sang burung dalam keriangan kerana sang burung telah kembali. 

to be continued ....

Thursday, April 16, 2009

Kisah Sang Burung - Part 1

Si gadis bersiar di taman seperti kebiasaannya. Cuma hari itu, tiada ipod peneman jiwa dia. Hanya dia & buku kecilnya. Mencoret apa saja dari hatinya. Duduk diam di tempat kebiasaannya, si gadis dikejutkan dengan kehadiran seekor burung yang comel. Kelihatan burung itu tercedera di sayap kirinya. Burung itu bagaikan meronta² enggan disentuh bila didekati. Berkicau seolah takut dengan si gadis.

"Comel kau ni, cedera ya? Mari aku bawa kau pulang & rawat. Jangan takut sama aku ya"

Bagai memahami, akhirnya sang burung yang comel itu diam membiarkan si gadis mengangkat ia. Diletaknya sang burung si atas buku notanya, berjalan pulang la si gadis ditemani sang burung. Tersenyum kecil si gadis sambil membelai sang burung yang cedera itu. 

Tiba di rumah. Diletaknya sang burung di meja kecil di ruang tamu. 

"Duduk diam dulu ya"

Seakan mengerti, sang burung hanya diam di situ. Si gadis kembali dengan satu kotak kecil. Dikeluarkan semua yang patut untuk merawat luka sang burung. Dengan perlahan dirawatnya luka itu. Diam saja sang burung itu. Mujur lukanya tak seteruk mana, masih boleh dirawat. Dibalutkan sayap sang burung. Sang burung masih diam memerhati. 

"Comel kau ni. Diam ya, aku balut, nanti kau boleh terbang tinggi lagi. Mahu tak? Pasti mahu kan²?"

Si gadis bebicara seolah sang burung itu memahami segala butirannya. Ah mereng! Sambil membelai² sang burung, si gadis tersenyum riang. Seakan menghargai kehadiran si kecil itu. Tetiba si gadis binggung, mana harus dia tempatkan sang burung? Sangkar! ya sangkar. Pantas dia berlari ke stor mencari sangkar lama. 

"Hey, tengok apa aku jumpa untuk kau? Lawa kan? Ini rumah baru kau. Suka tak?"

Bicara si gadis sambil menunjukkan sangkar biru yang dia temui dalam stor. Mujur masih elok untuk digunakan. Sangkar dibersihkan lalu diletakkan sang burung di dalam. Tidak sesekali pun burung itu meronta enggan ke sangkar itu. 

"Kau lapa ya? Aku bawakkan roti okay?"

Cebisan² roti diletakkan dalam sangkar, sang burung makan dengan cepat. Si gadis hanya tersenyum kecil. Dalam hati tertanya, milik siapakah si burung yang comel ini?

to be continued ...

Tuesday, April 14, 2009

i choose to stay

"will u stay and never leave?"


if i said yes,
will you smile sincerely?
will you smile from the bottom of your heart?
i dont want to see the fake smile again.

if i said yes,
will you promise to be happy ?
will you promise to set your mind free?
and never live in miserable anymore?
and live like this is the paradise you dream of?

if i said yes,
will i still be your angel?
will i still be the one that makes you smile?

whatever happens,
i will stay & makes you smile sincerely like before.
i just wanna be happy with you like yesterday.
i will just stay untill you tell me to leave.
i will just sit untill you tell me to stand up.
i will & you know why.
because its hard to explain.


saya takkan hilang, saya janji.  
*you know how to reach me when you read this.

Monday, April 13, 2009

kedengkian itu pembunuh

Aku tak faham kenapa perlu ada hasad dengki dengan hubungan aku dengan kawan² aku. Ape, kami ada cari masalah dengan kau ke ?

Kenapa? Aku takcukup layak untuk ada kawan² yang hebat yang sentiasa sokong aku ? 
Kenapa? Kau takpunya kawan² yang hebat macam aku ? 

Oke fine, aku mengaku kawan² aku hebat, cukup hebat sampai kau akan rasa jelik. Aku mmg kerek.
Kalau musuh dengan aku, battle dengan aku. Takperlu libatkan kawan² aku atau cucuk kami semua dari belakang. Kalau aku dapat, u know what i mean. 

Kalau aku loser, kau lagi LOSER. 


Please la, get a life. Friendship kitorang bukan FAKE style.!

song from heart

build a wall between you and me

i will never cross over
i will just walk off

leave it behind
lock it up
when this feeling is still fresh

stay apart
its better for you and me
because im not made for you
because we're in different world

and
i choose to run
i choose to lie
i choose to hide

cause i want to see you smiling
even without me

Sunday, April 12, 2009

hujan vs kemalasan

kenapa bila hujan turun je

badan seakan malas gila ?
katil seolah memanggil² ?
badan seolah lemah semacam ?

aihhh dugaan.

sudahla semlm penuh dugaan. aihh


*sejuk gilak hari ni

Saturday, April 11, 2009

chaiyok chaiyok kawan!

final exam is around the corner :)

kawan-kawan akan bertarung dengan peperangan
aku di sini mahu ucapkan gudluck
sile jgn terlalu marathon tgk movie di musim xm
sile jgn terlalu tensi di saat nk xm
relaks sudah
kabut-kabut nnti ape kau hafal semua ilang.

all the best! chaiyok²

Friday, April 10, 2009

tribute #2


Aku nk ckp tentang seseorang. Perkenalan aku dgn dia tanpa sengaja bermula dari seorang kawan. Bila kami bertemu balik dalam satu gathering kat ampang park, aku dengan tanpa segan silu memeluk dia di luar McD. Tahun 2005, March 6  gathering tu. Sejak hari tu, entah cemane kami rapat. Kebtolan dia menyambung stady area KL, aku pulak di Shah Alam. Rumah dia la mangsa aku kalau ada apa-apa. Sebelum tu kami hanya banyak berbual secare online walaopun padahal die stadi area umah aku before tu. Ada sesuatu yang buat aku selesa dengan dia. Kami pernah travel bersama. Satu kerja gila yang cukup indah kot. Nak tergelak bila fikir balik. Masih belum berpeluang mengulang sejarah, nantila eh? Aku tahu kau busy. Dia kawan terbaik aku, tempat aku menangis & gelak. Dia faham aku, takpernah berhenti nasihat atau bantu aku. Dia ada saat aku jatuh atau bangun. Dia orang yang wajib aku kenalkan pada yang mencurik hati aku. Kami selalu switch, bila dia bahagia, aku berduka bila dia berduka aku bahagia, tapi tahun ini kami sama-sama berduka kot :) Kadangkala aku marah diri aku bila aku tak mampu happykan dia tapi aku tahu dia tahu aku sentiasa ada untuk dia bila-bila masa saja. Aku tahu aku banyak menyusahkan kau, aku sememangnya bertuah ada kawan macam kau. Aku tahu kadangkala aku berahsia dengan kau, tapi lambat laun, cemane aku sorok pon, kau tahu jugak kan? Belum pernah kawan aku lempang aku selain seseorang yang sungguh bitchy, tapi dia ni pernah. Aku sikit pun tak marah sbb aku faham kenapa & dia faham kenapa. Orang datang & pergi dalam hidup aku, tapi dia tak. Ex dia pernah ingat kami betul² les. Pelangi aku suatu masa dulu gelar kami geng SEPET. Haha~ Dia single, dah pandai masak ayam masak merah padahal 1st time aku pergi umah dia, nasek dia masak lembik ouh. Wakaka~ :p Hobi dia online, tido. Pc tanpa Internet mmg agak menyeksakan dia, tapi aku rasa lately dia sudah agak ok. hihiihi. Dia sifu aku dalam photoshop :D Dia degil mcm aku jugak, batuk-batuk mesti nak minum ais jugak. Siap makan ais lagi oih. Dia kuat makan jugak. Aku ada satu gelaran aku suka sakat dia yang at the end aku akan dapat " babik ko amiey! " Hahaha. Aku ada banyak sangat gambar dengan kau kecuali aku lost gambar kita merewang kat Perak tu. Damn hell best tu. Aku rindu nak backpackers lagi dengan kau. Nanti eh? Haha. Taktahu ah nak cakap ape lagi sbb byk benda biarla rahsie kite eh? haha. Aku nk kau tahu aku sangat menghargai kehadiran kau as a friend :) Dia salah seorang dari GFS kesayangan aku. 

Ini link blog kawan baik aku - Ezza Gilak

Hey kawan, all the best untuk final xm kau :)

Thursday, April 9, 2009

saya nak jadi angin

saya nak jadi angin


yang menggembirakan orang
yang diperlukan orang di sisi saya
yang tiupan dia membuat semua orang disekeliling senyum
yang kehadirannya menyejukkan hati setiap insan di sisi
yang hadirnya hanya sekejap tapi mampu meninggalkan kesan

saya nak jadi angin
sebab saya tak tahu untuk kekal dalam hidup insan di sekeliling saya
sebab saya hanya mahu orang di sisi saya gembira bukan berduka
sebab saya takut andai terlukakan hati orang di sisi lagi

*senyum itu penceria hati. yeah

Tuesday, April 7, 2009

edisi lucu #2

ada orang sengal buat lawak sengal dgn aku tak pepasal sekejap td.


elmi : eh jeju
amiey : ha
elmi : kau boleh bukakyoutube?
amiey : bole
elmi : boleh?
amiey : bole
elmi : serius?
amiey : serius
amiey : tgh layan vid lagi
elmi : aku tak boleh
amiey : asal ?
elmi : lubby pon
amiey : eh?
amiey : aku duk layan vid ni ha
elmi : dorang cakap
elmi : dah kena block
amiey : yeke ?
elmi : dengan government
amiey : aku selambe bole ..
elmi : kat camni cap ehh
elmi : tak keluar sudah
elmi : bungok gila gov
elmi : dem ah weyh !
amiey : pelik
amiey : aku sedang tgk ni

setelah beberapa minit

amiey : elmi weyh
amiey : semua org boleh buka
amiey : pelik je kau
elmi : haaa
elmi : aku pon dah boleh
amiey : bongok!
amiey : aku sepak ko kang
elmi : lubby ah sengal
elmi : dia yang cakap gitu
amiey : sengal la lu
amiey : abes sume aku tnye

*pastikan anda selidik btol² lenkali ye. kegelabahan mmg sengal kot.

Monday, April 6, 2009

shit happens #2

hari malang kot.

aku sedang seronok kot bermain kuiz, koment-koment ngan kawan². skali~ damn!

sory ur facebook account has been disabled. kena hack ke ape ke yg pasti ada org pernah kena jugak.

nak nanges rasenye. mcm² khazanah aku dlm tu. note2 poem aku. artwork aku selamat lg ada kt aku. kawan² lg. aduyai. pet aku, ranking rock legends aku, gem² laen lg. kuiz² sengal lg. aduyai.

aihh! shit happens again. trus rasa tak seronok

oke sape yg ada fb aku, sile add semule. thanx & sory!

*i need something right now!.

edisi lucu #1

situasinye : hujan lebat, ada beg gitar blakang kitorg punye sit, takut bandmate punye basah. kawan amek. then ..

kawan : sapa punye ni?

aku : bebudak ni punye kot. cube kau check.

kawan : bukan ah. jap. *sambil buka zip beg gitar & selongkar2 pe sume*

keadaan berlangsung selama 5minit mencari bukti.

Tetibe, ada org hulur tgn nk amek beg gitar tu.

kawan : eh bang, sory eh bang sory, kami ingat bandmate kami punye. sory eh bang *sambil angkat tgn n sambil kaver malu*

aku : aaaaaaaaaaaa dem! *sambil tutup muka kt pangkuan kawan*

kawan #2 : hahahahahahah~ *gelak dgn sengal*

Damn! Bukan nk ckp awal-awal dorang punye. Siap boleh perhatikan selama 5minit. suwey! Sudahnye aku n kawan dibahan dimeja mkn. ampeh!

Lenkali sila bertanya sebelum mengambil. Kan da malu. Punyelah aku malu gila sebab kat situ hampir 90% lelaki, tapi kitorg bukan sengaja, cume takut kena hujan lebat tu je beg tu.


*anyway, band kawan aku menang 3rd place. Yg menang 1st place mmg layak ah. mantap tapi aku lupe name band. haha

Sunday, April 5, 2009

terlalu indah untuk dicapai

Pernah tak kau ketemu sesuatu yang indah, yang kau nak tapi tak mampu nak capai. Kalau dapat capai pun, sekejap saja ianya ada dengan kau, kemudian kau terpaksa kehilangannya atau ada saja yang membuat benda tersebut bukan lagi dengan kau. 

Dalam hidup aku, ada banyak benda terindah yang aku cuba capai, cuba pegang dan biar ia di sisi aku sampai aku sudah tiada, tapi malangnya aku hanya mampu mencapai untuk seketika. Genggaman aku tak begitu kuat untuk memastikan ia kekal, ada pula yang aku terpaksa lepaskan sebab yang terindah itu bukan milik aku. hak milik kekal orang lain atau dunia lain.

Kenapa benda yang indah sukar untuk dicapai? 
Kau pernah tengok pelangi? Pelangi tu sangat indah. Dapat kau capai pelangi tu? tak bukan?
Bintang di langit, indah kan ? Dapat kau capai bintang? tak bukan?

Kenapa benda yang indah hanya sementara? Sebab orang cakap, itu lumrah kehidupan, hukum alam, walaupun bukan semua yang indah tu kekal hanya untuk sementara. Ianya berbeza utk setiap kehidupan. 

Mungkin kau dapat benda yang terindah, mungkin juga kau kehilangan yang benda yang terindah. Siapalah tahu apa takdir kau. Jalan hidup kita semua berbeza. Jangan bersedih atau berputus asa :)

*merapu sbb mengidam sesuatu yang lmbt lg nk dpt "ohh sundae cokelat, kenape kau cpat sgt abis"

Saturday, April 4, 2009

futsal bukan lagi untuk aku

Dari kecik, aku mmg lasak. Aku tak reti duduk diam. 2,3 tahun lepas aku berjinak dengan futsal, sgt hapy sbb sejak main bola sepak zmn skola, aku da takde menyepak ape lagi selain sepak orang, pintu lif, tangga, pintu, tin kosong. Bila dapat maen futsal aku seronok walaupon 1st time main, aku punye kaki sakit gila babi seminggu, tapi takpe. 

Bila aku semakin bz dgn study, aku jarang mengadap futsal sbb aku jarang pulang ke rumah. Kat tempat aku stady, aku tade geng nak bermain futsal. Aku hanya berpeluang main kalau aku ada masa & ada di rumah ataupun waktu cuti. Letih, tapi enjoy. Kemudian bila kaki aku injured angkara satu kemalangan, aku sudah tidak bermain futsal utk sementara, sampai bila mereka ajak, aku kekok utk bermain, takut tercedera lagi. Awal² lepas sembuh, aku ada jugak bermain tapi dgn berhati². Smp kadangkala aku tahan je rasa sakit tu. Bila aku bz balek, futsal diketepikan lagi.

Setahun lepas aku enjoy dgn kawan² sampai tiada masa untuk futsal. Bukan tiada masa untuk bermain tapi aku mengelak dari futsal angkara satu msg dari seseorang yang buat aku rasa aku mengabaikan dia. Aku lupekan futsal & bz dgn benda lain. Kalau aku pergi pun, aku hanya melihat. Ada dua sebab, satu aku takut injured lg, dua aku takut terlalu leka dgn futsal. 

Buat pertama kali dlm tahun ini aku tgk kawan² main futsal tadi. Aku sedih. Semua orang tnye apesal tak main, lame kot ko tak maen. Aku sengeh, aku senyum, aku menjawab tapi tuhan saje tahu ape aku rasa. Bukan seorang dua bertanya,tp hampir semua smp aku lelah untuk menjawab. Cube kau bayangkan berada di tempat aku menjawab soalan yg sama berkali² smp kau lali. Aku perhatikan saja dgn rasa iri hati. Aku nk msg orang btau pun aku tak tertype.

Aku rasa lost sbb aku dah tak bole nak bermain futsal buat selamanya kot. Kedegilan & kelasakkan aku untuk setahun lebih menjadikan ianya lebih sukar. Kecuaian doc yang merawat jugak salah satu sbb aku tidak menyedari kecederaan yg aku alami. Sampai aku byk bergantung dgn ubat kebykan masa. Kalaula dari awal doc kata aku tak bole lasak, pasti aku jage dgn elok diri aku, pasti aku berjaga² dgn sifat lasak aku. Kalau bukan sbb aku tercedera arituh, smp sekarang kot aku tatau kecederaan aku belom sembuh. Tapi, tak berguna sudah semua tu sekarang. Aku menangis kot dpan doc bila dia ckp taboleh lasak² ape semua. Sampai 2 hari kot aku tanye same mama, btol ke owang tableh men futsal lagi. Mama ckp bole, tapi wat semntara ni jgn lasak² la. Tapi aku bkn jenis reti duduk diam tak melompat².

Futsal bukan lagi untuk aku, mungkin aku bole bermain lg, tapi risiko amat tinggi. Aku cuma bole senyum saja lepas ini kalo orang kutuk² aku tak main futsal or ape. Bukan aku tareti maen, tapi aku tak bole maen sudah :)

*perlukan pelukan sekarang!

Friday, April 3, 2009

tribute #1



Ini edisi tribute pertama aku dlm blog serba baru. Orang pertama dlm edisi ni, seorang yg baru aku kenali, sbb die bising aaa suruh glamerkan die. Kang die nanges, susah plak nk memujuknye.

Ini blog dia >> Wanie Moo Moo

Ini Wanie, Wanie moo-moo namenye. Slalu cakap diri gemuk padahal tade pon. Orangnye comel lote, mcm ahmoi. Aku kenal die angkara trip african tribe kt pd tu la. Sbbnye kami siap msg² kt fb, ym angkara baju nk pakai g sane. Ni sume angkara alep n elmi yg ckp sile ikot tema. Cehh! Kt Pd, aku tak cam sgt Wanie ni sbb aku blur masa tu. Hahaha~ Lagipon aku pemalu & die pun duk lepak same Scha jek. Tapi! After pd, kitorg mcm rapat, slalu burak kt ym :) Ada persamaan antara kami dlm jln hidup kami yg lepas tapi takpe, benda da jadi kan. Aku suke sakat die, hari² kot aku sakat dia, nape tah .. Comel kot bile die marah² & jerit " jejuuu". Nantila aku tgk die jerit cemtu secara live, baru bole tahu tahap mane comelnye. Ape lg eh? Haaa die budak tourism pastu die comel. Tehehehehehehe~ Kiranya Wanie ni, gadis baru ah dalam life aku sekarang selain GFS + sorang kt sabah + sorang rockstar err campur 1 kt Aussie. *ni mao nanges izzy kalau bace*

oh btw, thanx elmi sbb menambahkan bilangan pasangan les aku :D


*link blog si moo moo udah repair

sejarah tercipta lagi

Subjek sejarah antara favourite aku. Subjek yang antara budak² kelas benci nak mengadap. 
Aku sendri pun pernah tertedo dalam kelas sejarah tapi masih boleh menjawab soalan dgn baik.
Aku harus berterima kasih pada cikgu sejarah f1, yang membuat aku terpaut gila dgn subjek sejarah ni.

Kenapa? sebab bukan semua orang suka nak belajar sejarah zaman nenek moyang. Aku suka.
Aku suka walaupun binggung gile nk hafal nama² yang sama tp berlainan tahun & profil. Buat aku rasa dekat dengan Malaysia, belajar asal-usul kewujudan negara yang dipanggil Malaysia ini.

Walau ada sesetengah fakta sejarah masih diperdebatkan, tapi aku masih suka nak belajar sejarah cuma aku dah lama tak menghafal sejarah. aihhh!

Hari ini sejarah tercipta lagi, bakal tertulis dalam buku teks agaknye. ehh pastilah!
Malaysia menerima Perdana Menteri yang keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak anak sulung kepada Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang digelar Bapa Pembangunan Malaysia. Pasti ramai yang menanti untuk melihat gaya kepimpinan anak kepada seorang bekas perdana menteri Malaysia. 

Tahniah buat Perdana Menteri keenam Malaysia. Semoga anda berjaya menjaga Malaysia yang kusayangi ini. Satu lagi sejarah tercipta & mari kita nantikan apa bakal terjadi.

Selamat jalan ye Pak Lah.

*tapi aku masih binggung dgn salasilah keluarga aku sendiri yang bercampur-aduk 

Thursday, April 2, 2009

tersepit di celahan

ape perasaan bila kau tersepit di celahan ?

antara kawan dgn kawan?
antara rahsia dgn rasa bersalah?
antara amanah dgn rasa ingin bercerita?

tak sepatutnya aku terjebak..
tapi aku masih si pemegang amanah, takkan aku sesekali melanggar.
berharap ini semua berakkhir cepat.


*bingung

Wednesday, April 1, 2009

April Fool - anda kena?

kesian pada yang terkena ..

takziah aku ucapkan.
aku cukup bernasib baik sehingga saat ini.
beberapa percubaan kwn² gagal. :p

takziah kepada sid, kerana percubaan mengenakan amiey gagal :p
nk pedajal? tak dapat la jack.
sile cuba cara lain ye.

zZzZz

a stain i want to erase

I sit alone in my room

take a look at my cloth
there is something bothering me
what it is? what it is?
why must it still there?

Im trying harder
harder as I can
to wash the dirt
to make it gone
even it tooks a hundred years
I will I will

because you because you
is a stain I want to erase
forever from this life

Im trying harder
harder as I can
even it tooks a hundred years
I will I will

1 April - hari mengenakan orang sedunia

syirik ke? aku tak rasa begitu pula. sebab niat hanya untuk bergurau senda bersama kawan.

lainla kalau niat kau menyimpang ke lain ..

aihh. rindu aku dgn sekolah, dgn kolej, dgn umah sewa angkara april fool. meriah wo0
hmm tapi kad kawen palsu yang aku dapat setahun lepas ke dua tahun lepas, mmg sengal!
takpe, yang penting HAPPY.

sbb?
hari² pun hari mengenakan kawan². 
hari² pun aku menyakat kawan².
pada aku la ye. pada korang aku tak pastila.
dunia kita berbeza. aicehh :p

tapi, jgn la keterlaluan sangat smp kawan bengang & emosi ye. nanti bukan mengeratkan silahturahim tapi memutuskan silahturahim pula. kesian saje dapat musuh free² karang.
sia-sia segala usaha nanti :p

*semoga aku terlepas dari april fool tahun ini. haha.