Thursday, April 16, 2009

Kisah Sang Burung - Part 1

Si gadis bersiar di taman seperti kebiasaannya. Cuma hari itu, tiada ipod peneman jiwa dia. Hanya dia & buku kecilnya. Mencoret apa saja dari hatinya. Duduk diam di tempat kebiasaannya, si gadis dikejutkan dengan kehadiran seekor burung yang comel. Kelihatan burung itu tercedera di sayap kirinya. Burung itu bagaikan meronta² enggan disentuh bila didekati. Berkicau seolah takut dengan si gadis.

"Comel kau ni, cedera ya? Mari aku bawa kau pulang & rawat. Jangan takut sama aku ya"

Bagai memahami, akhirnya sang burung yang comel itu diam membiarkan si gadis mengangkat ia. Diletaknya sang burung si atas buku notanya, berjalan pulang la si gadis ditemani sang burung. Tersenyum kecil si gadis sambil membelai sang burung yang cedera itu. 

Tiba di rumah. Diletaknya sang burung di meja kecil di ruang tamu. 

"Duduk diam dulu ya"

Seakan mengerti, sang burung hanya diam di situ. Si gadis kembali dengan satu kotak kecil. Dikeluarkan semua yang patut untuk merawat luka sang burung. Dengan perlahan dirawatnya luka itu. Diam saja sang burung itu. Mujur lukanya tak seteruk mana, masih boleh dirawat. Dibalutkan sayap sang burung. Sang burung masih diam memerhati. 

"Comel kau ni. Diam ya, aku balut, nanti kau boleh terbang tinggi lagi. Mahu tak? Pasti mahu kan²?"

Si gadis bebicara seolah sang burung itu memahami segala butirannya. Ah mereng! Sambil membelai² sang burung, si gadis tersenyum riang. Seakan menghargai kehadiran si kecil itu. Tetiba si gadis binggung, mana harus dia tempatkan sang burung? Sangkar! ya sangkar. Pantas dia berlari ke stor mencari sangkar lama. 

"Hey, tengok apa aku jumpa untuk kau? Lawa kan? Ini rumah baru kau. Suka tak?"

Bicara si gadis sambil menunjukkan sangkar biru yang dia temui dalam stor. Mujur masih elok untuk digunakan. Sangkar dibersihkan lalu diletakkan sang burung di dalam. Tidak sesekali pun burung itu meronta enggan ke sangkar itu. 

"Kau lapa ya? Aku bawakkan roti okay?"

Cebisan² roti diletakkan dalam sangkar, sang burung makan dengan cepat. Si gadis hanya tersenyum kecil. Dalam hati tertanya, milik siapakah si burung yang comel ini?

to be continued ...

1 comment:

Syzwni A. said...

saya suka!
nak tahu lebih lanjut!
sila update dengan kadar segera
hahahaha
kalo buat novel nipis
orait gak