Assalammualaikum, hai :) Lama rasanya tak menulis walau hakikatnya banyak ingin aku luahkan. Entah kenapa, baru kini aku punya rasa ingin menulis itu datang. haihh. err belum terlambat untuk ucapan selamat datang tahun baru 2012 kan? hihih :)
Well, awal Januari aku menghadiri majlis perkahwinan seorang kawan yang aku kenal dari zaman myspace sampai la ke blog sampai la ke FB. Terharu dengan jemputan dia.Dia sangat cantik disamping teman hidup sematinya haritu :) Congratulations Amy. Majlis itu juga ketemukan aku dengan beberapa teman yang aku kenali dari Amy, berborak macam sudah lama kenal. hehe. Thanks wanie sebab sudi teman ke sana :)
Kemalangan itu sinonim dengan kehidupan bukan? Seminggu dua yang lepas, aku dikejutkan berita kakak senior & tunangnya kemalangan. Langgar lori treler. Tapi aku bersyukur mereka tidak la parah tahap kritikal. Syukur kepada Nya. Kawan aku patah tulang antara bahu n siku. Tunang dia pulak kaki, tapi tak patah. Kalau lihat keadaan kereta dia, hancur remuk bahagian enjin, serius sangat bersyukur. Menjaga dia untuk sehari dua dekat hospital buat aku teringat macam-mcam, tapi aku simpan saja dalam hati. Bila dengar cerita dia tentang bagaimana tunang dia selamatkan dia dulu, aku bersyukur, kerana aku tahu, di masa hadapan, dia pasti bahagia. Majlis mereka bulan tiga, tak ditangguhkan rasanya. Takpa, kami ada untuk membantu mana yang patut. Kini mreka dalam proses pemulihan, semoga cepat sembuh ya :)
Raya Cina datang lagi, dan seperti biasa limau mandarin macam aku seorang yang pulun. Dulu, adik aku yang kedua paling suka makan limau mandarin, dia boleh habiskan semua. Apa yang best tentang raya cina setakat ini, aku dpat tengok bunga api berwarna warni dari tingkap bilik sendiri. Takperlu bersesak-sesak. Berbaring lah kau renung langit tengok bintang berwarna warni, eh bunga api warna warni. hehe :)
Banyak sebenarnya yang terjadi, tapi takpa. Kalau berkesempatan, berpeluang lagi, aku cerita :) Moga kalian semua sihat, bahagia, walau di mana mana saja :) Tolong, berhati - hati ketika memandu / menunggang ya.
*maafkan tajuk di atas, agak blank nak letak tajuk apa -__-
Wednesday, January 25, 2012
rojak buah januari
Thursday, December 29, 2011
dalam sekelip mata
hari ini kau lihat dia bergelak tawa gembira,
esok mungkin kau menangis lara melihat dia
hari ini kau lihat dia dihadapan mata,
esok mungkin kau lihat sekujur tubuh terbaring
hari ini kau lihat dia,
esok mungkin kau tak dapat melihat dirinya lagi ..
bahawa kehilangan itu pasti, untuk pemergian yang abadi ..
segalanya dalam sekelip mata ..
hargailah, walau sesiapapun yang kau sayangi, selain dari keluarga tercinta.
hargailah kehadirannya. yang ada, semuanya pinjaman sementara ..
alfatihah untuk mereka yang telah pergi ..
Tuesday, December 27, 2011
bagaikan pusingan roda
ada perpisahan di pengakhiran pertemuan ..
kata dia, " roda kehidupan itu akan berpusing dgn rutin yang sama. akan berterusan .."
kata aku, " macam mana mahu percaya tentang ini? "
kata dia, " susah nak cakap, you kena bagi i peluang, biar masa tentukan.."
kata aku, " i takut .. untuk cuba, takut terluka "
kata dia, " you, ini proses dalam hidup, you takboleh lari darinya, i will help you .."
bermula dengan perkenalan, mencari keserasian ..
dan akhirannya antara dua,
sama ada kawan atau kembali saling tak mengenali ..
dan ianya akan terus pusing & terus berpusing hingga ketemu yang satu itu ..
roda itu, tetap berpusing sama ada kau suka atau tidak ..
sama ada kau cuba lari darinya, ianya tetap wujud ..
sama ada kau percaya atau tidak, harus belajar menerima ..
tapi, hati akan penat bukan? ya pasti, hampir ..
takpa, perlahan-lahan .. belajar
takpa, bak kata seseorang .."have faith"
luka atau tidak, jangan pernah berhenti mempercayai kewujudan rasa itu ..
Saturday, December 10, 2011
dipulangkan hati ..
lewat petang itu, dia datang bersama kotak kecil ..
tertanya sendiri, apakah isinya ..
bagai memahami, tanpa menunggu lama ..
kotak itu dia buka lantas dikeluarkan isinya
"telah aku cuba letakkan ia bersama, tapi takmampu.."
"telah aku cuba pastikan ianya senadi denganku, tapi tak menjadi.."
"telah aku cuba untuk menjadi satu dgn hati ini, tapi rasanya tempatnya bukan bersamaku"
"maafkan aku, telah aku temui hati yang sesuai, maka aku pulangkan ia padamu .."
rupanya, kotak itu terisi dengan hati,
sekeping hati yang hampir mati ..
sekeping hati yang dulunya sihat tapi kini penuh tampalan ..
sekeping hati yang masih kuat mencuba untuk terus berdenyut ..
dipulangkan hati, katanya tak serasi .. untuk menjadi satu yang hakiki ..
Tuesday, December 6, 2011
kotak hati :)
Terang terang
Bersama rasa sayang
Ku biarkan kau terbang
dari dulu smp sekarang..
