Tuesday, December 27, 2011

bagaikan pusingan roda

ada perpisahan di pengakhiran pertemuan ..

kata dia, " roda kehidupan itu akan berpusing dgn rutin yang sama. akan berterusan .."
kata aku, " macam mana mahu percaya tentang ini? "
kata dia, " susah nak cakap, you kena bagi i peluang, biar masa tentukan.."
kata aku, " i takut .. untuk cuba, takut terluka "
kata dia, " you, ini proses dalam hidup, you takboleh lari darinya, i will help you .."

bermula dengan perkenalan, mencari keserasian ..
dan akhirannya antara dua,
sama ada kawan atau kembali saling tak mengenali ..
dan ianya akan terus pusing & terus berpusing hingga ketemu yang satu itu ..

roda itu, tetap berpusing sama ada kau suka atau tidak ..
sama ada kau cuba lari darinya, ianya tetap wujud ..
sama ada kau percaya atau tidak, harus belajar menerima ..

tapi, hati akan penat bukan? ya pasti, hampir ..
takpa, perlahan-lahan .. belajar
takpa, bak kata seseorang .."have faith"

luka atau tidak, jangan pernah berhenti mempercayai kewujudan rasa itu ..

No comments: