3 bulan pertama aku tamatkan dengan parti hari jadi.
bulan ini aku akan tamatkan dengan cara berbeza.
menghadiri majlis akad nikah seorang kawan lama.
April, kucar kacir tapi ada saat hebat juga.
mari, kita lihat May menjengah :)
*been awhile since the last time i met my gfs, and i do missed them alot.
Thursday, April 29, 2010
few days before May
Wednesday, April 28, 2010
Happy Brithday Ano
happy birthday untuk anda yang jauh nun di sana.
semoga murah rezeki.
semoga diberkati Allah swt.
semoga cemerlang dalam final year.
semoga tamat dengan jayanya.
semoga ceria & tidak home sick di sana.
had a blast one okey ?
happy birthday sista! =)
Monday, April 26, 2010
Happy Birthday Mama.
our beloved mama turns to 52 today but she will always look younger than her age.
semoga mama diberkati Allah SWT selalu.
semoga mama sihat & bertenaga seperti selalu.
semoga mama kelihatan muda selalu .
semoga mama bahagia bersama papa hingga bila bila.
happy birthday to you once again.
i love you mama.
Thursday, April 22, 2010
kepada yang mengambil final exam
BEST OF LUCK for your final exam ye kawan kawan.
studyla last minit selagi boleh.
bawakla toyol kalau yakin selamat.
tawakkal la bebanyak kalau tanak repeat biarpun dah study.
hehehe~
selamat maju jaya kawan kawan kat semua institut pengajian tinggi yang merangkumi universiti awam & swasta, kolej dan politeknik tak kira kat utara selatan timur ke barat ke semenanjung ke sabah sarawak ke =)
gambatte kudosai ! =)
Monday, April 19, 2010
orang kotak yang dikasihi ...
Benda alah ni aku terpikat sejak tengok wallpaper danbo yang cecomel tu last² aku google la mane nak beli. Rupanya boleh dibuat. Hihihi. Kena pakai kertas yang keras sket tapi aku guna kertas biasa je ni. Jadi la jugak 1st time cube. Hahahhaa. Bole jugak korang usha usha pasal Cubeecraft. Banyak cecomel.
Bak kate nabil, "dah kawen sok, print je layout pastu buat untuk anak. jimat". Hahahhahhaha~
Layout danbo ni aku jumpa kat sini : Layout by Mio
Bole jugak guna layout ini : Danbo Cubeecraft
Sunday, April 18, 2010
It takes a loss before you found it
It takes no time to fall in love
But it takes you years to know what love is
And it takes some fears to make you trust
It takes those tears to make it rust
It takes the dust to have it polished
Ha la la la la la la life is wonderful
Saturday, April 17, 2010
dalam hati ada firewall
quote terbaru zaman teknologi.
Bak kate ezza la kan " dalam hati ko tuh ada firewall, toba sgt firewall tu ". Bercerita tentang hati dan perasaan dengan ezza memang kelakar lah bila dia keluarkan quote kat atas ni. Memang aku tergelak. Mementang budak IT la ko kan.. Tahu la hang duk main config network. Haha.
Ye, betul katenye, dalam hati aku ada firewall, yang aku da reconfig balik lepas kena format hati aku ni lame dulu. Firewall yang banyak protocol kot sampai susah nak lepas la gamaknye la kan. Aku je la kot tak sedar wall yang aku bina tu sebenarnya memang da wujud. Hahaha.
Bak kate sid, "hati jeju byk sgt protocol, susah nk lepas". Sebabnya hati aku kan dah pernah kena format, memang lah aku update dengan firewall yang telah dinaiktaraf demi menggelakkan error yang agak kronik seperti dulu. Agaknya silap cara, mmg takboleh melepasi kot, tapi kalau kena caranya boleh la lepas firewall ni la kot. Entahlah. Nasib kau la kan! =)
Tak main la quote dalam hati ada taman bak ceta adnan sempit tu, haha. Sesekala elok la apply terms IT pulak kan? Hahahahahha~
*tunggu je lah eh ezza firewall aku dilepasi. hehehe
Wednesday, April 14, 2010
kau alien ke? tak pernah nampak pun ..
gila la kau.
Tempat aku tinggal sekarang, bukan setahun dua aku duduk, tapi dah bertahun sejak aku kanakkanak rebina lagi. Boleh kate, separuh hidup aku kat sini lah. Tapi tiapkali aku kuar la dalam setahun dua ni, ada makcik ke, or yang paling banyak la, bebudak sini mesti cakap gni :-
"takpenah nampak pun awak ni. baru pindah ke?"Tiap kali kena tanya macam tu, aku iyekan je la. Haih. Walaupun parent aku especially mama aku memang ramai orang kenal. Tu belum kira adik lelaki aku yang memang banyak la kawan die. Ada jugak orang kenal adik aku tapi tak kenal aku as kakak die. Lagi bagus tak kenal. Aku memang name je duduk tempat ni, tapi sebenarnya tak berapa nak kenal sangat bebudak tempat aku tinggal ni atas beberapa sebab. Aku kenal makcik² jelah sebab mama aku kawan dorang. Haha. Gila teruk.
Satu, aku sekolah jauh dari tempat aku tinggal ni dulu.Kira sekolah aku dekat bandar sane, tapi aku taknak la mengaku aku budak sekolah bandar. Biasa² je sekolah aku dulu, tak top mane pun. Dah parent aku decide hantar aku g sane, nk buat camne. Penah jugak aku menangis kt mama aku nak pindah sekolah melayu kot. Haha.
Dua, masa aku pindah sini, tak banyak orang sangat orang kat sini. Kira fasa tempat aku tinggal ni baru lagi. Lagipun kiri kanan dulu takde budak sangat. Orang tua je lebih, maka aku tak begitu punya kawan dekat sini. Kawan sekolah aku semua tinggal area lainlain. Kecuali jiran aku yang satu family ni aku rapat la jugak. Budak cina jiran sebelah umah yang aku & adik main jerit² kat tingkap dah pindah taman lain. Haha. Aku lagi byk kawan dekat umah pusaka arwah atuk sebab kekecik dulu aku slalu kat umah tu, spent time dengan kazen-kazen main masak-masak la, polis entri la, memcm lagi la. Kat kluang pon aku ramai kawan jugak. Kawan main kasar-kasar.
Tiga, masa aku lebih banyak dekat sekolah, tuisyen berbanding melepak dengan bebudak sini sebab aku bukan macam adik aku yang membesar kat sini and dapat pulak kawan yang same sekolah sama tempat tinggal same minat yang mane pepetang die da lesap pergi main bola tanpa kasut bola.Haha.
Empat, habis sekolah aku dah pergi study luar negeri kelahiran, so mana la ada masa nak beramah mesra dengan penduduk kat sini la kan. Balik sini pun lepas rindu dengan katil & rumah yang selesa sebab aku TAK pernah masuk asrama. Yang aku kenal pon, kawan kepada parent or sedara mara aku. Haha.
Lain reason aku tak ingat. Logik lah orang tak pnah nampak bertanya kan. Tapi aku pun takpnah nampak kau and aku takde minat nak tanye pun la bro. Kalau makcik² tanya aku boleh relaks lagi, yelah kot² kawan mama aku ke, tak ke naya. Tapi kalau bebudak lelaki tu, aku rasa, takperlu lah kot. Entah, aku rasa begitu. haha. Sedangkan kawan sengeri pun jarang nampak aku, ape lagi kau yang aku tak kenal. Maaf yeh.
*aku mmg pemalu kot?
Friday, April 9, 2010
dari bingkisan novel ke layar perak
Lagenda Budak Setan. Siapa lah antara kita takpernah bace kan ? Ada orang tak pernah bace pun boleh terpukau ngan ceta budak setan ni. Novel ni memang berhantu time sekolah dulu. Novel aku banyak hilang time sekolah. Babik btol, time kolej pun, dapat kat aku da lunyai. Melainkan bebudak zaman sekarang. Mane kenal novel-novel Ahadiat Akashah ni. Sekarang ni sume tahu alaf baru punya novel je. Entah-entah dorang takkenal langsung pun novel.
Aku dulu gila novel, satu novel even tebal macam mana pun, dalam satu hari tu la habis. Memang kalau orang lihat, akan kata aku sewel, gelak nanges tetiba hanya dengan menghadap novel. Sampai ada sorang kawan, bagi hadiah birthday masa tahun terakhir sekolah, sebuah novel. Aku simpan lagi. Percaya atau tak, kawan aku tuh, cina layan novel melayu jugak.Well, itu la penangan novel, mcm kau bace komik jugak. Antara novel yang aku bace,aku paling suka novel Ahadiat Akashah, memang best. Lagenda Budak Setan mmg paling menyayat hati ah. Dari starting sampai sambungan ke Katrina, memang aku tacing habis la. Aku tak sure aku ada baca ke tak Lagenda Berakhir sebab yang aku ingat masa tu aku kena hadap buku-buku. Tapi, aku memang tak puas hati ending die! Boleh kate memang aku menangis-nangis la bace weh! Siap ada rasa geram. Pendek kate semua ramuan rasa adalah weh! Kisah cinta Kasyah & Ayu mmg sadis lah. Sumpah setia Kasyah pada Ayu lagi. Siap aku penah impi, nak lelaki macam Kasyah nanti. Haha. Sekarang, mane tah nak cari novel Lagenda Budak Setan tu. Reprint plis! aku nak beli! Dedulu masa sekolah mane la mampu nak beli novel tebal-tebal tu. Buku rujukan pun harap mama belikan.
Tahun lepas kot, ada ura ura Lagenda Budak Setan dijadikan filem, and sekarang dah keluar da trailer. Memang menarik la. Aku cuma harap, novel ni tak hancus dalam filem, sebab kebanyakkan trailer gempak tapi filem hancus. And, semoga watak Kasyah sehebat dalam novel. Tapi aku tahu, takboleh nk samekan novel ngan filem, cume berharap ianya terbaik sebaik kisah novelnya. Tak sabar rasanya nak tunggu masuk panggung. Memang aku nak pi, even kalau kena pi sorang pun, kisah apa aku! Semoga filem ini berikan aku perasaan yang sama sewaktu aku hayati novelnya.
Kalau novel Pilot Cafe difilemkan, pehh~
*novel alaf baru kebykan ceta dah kawen² jek. T__T
Friday, April 2, 2010
pemergian yang dirindui
April bermula dengan hujan rahmat yang disusuli berita yang mengejutkan. Perginya seorang lagi penghibur berbakat, Allahyarham Din Beramboi pukul 12.30 malam tadi. Membesar dengan membaca lawak jenaka arwah dalam majalah Ujang, sememangnya pemergian beliau amat terasa. Semoga arwah ditempatkan dikalangan yang beriman dan bertakwa. Al- Fatihah. amin.
p/s : kawan ckp karektor dalam majalah Ujang tu bukan arwah din beramboi ni. aku pun tatau, tp takpela. sbb aku kenal dari situ ler dulu2. maap ye kalau aku salah :D
p/s lg : well ni link berita dari KOSMO yg tulis Arwah ngan watak dalam Ujang tu org yg same. sila la click : KOSMO
Thursday, April 1, 2010
hi April !
finally april is here.
im gonna make myself busy this month for my own sake.
pray for me ya. =)
oh ya, for those in college or U, enjoy your day before exam week :p
