Friday, July 31, 2009

yang manis takkan selalu manis kan?

selalunya ianya tawar atau habis sudah dihirup.

mana mungkin ia kekal manis sentiasa.

Tuesday, July 28, 2009

keinginan

terbangkan aku jauh
biar aku takpenah mengerti apa apa
layangkan aku tinggi di atas
biar aku lambat mendarat di bumi
tiupkan aku tanpa henti
biar aku takkan pulang lagi
buangkan segalanya
biar aku tak merasa apa lagi
maafkan aku
andai aku tak bisa menghilangkan..

Sunday, July 26, 2009

hey monday, im 100% ready

hey monday !

here i come.
100% ready for you. i'll give my best ;)

hope everything will be fine on Monday.

*relaks jeju relaks*

tade dah ..

Minggu lepas kot, kecoh² orang kata Yasmin Ahmad meninggal padahal dia kena stroke & masih hidup masa tu, tapi aku taktahu langsung berita tu. Jumpa internet baru tahu kot, then baru tadi terkedu terbace status satu group ni kat fesbuk kata arwah da takda. Then, was² lagi, search punya search tanya punya tanya, skali kali ni betul dia da pergi. Innallillah. Semoga dicucuri rahmatNya.

Rasanya, satu kehilangan besar sebab aku minat betul dengan karya dia. Filem dia yang buat aku terpikat : SEPET. Dia tak kisah langsung apa orang cakap, dia buat & hasilnya memang membanggakan. Setiap karya dia, kalau orang boleh ketepikan psal isu sensitif ke apa, mesti dapat tengok, ada moral value. Orang luar pon respek dia tapi dalam negara sendiri byk orang cemuh dia. Filem Malaysia yang lain, setengahnya macam haram, harap tajuk je gempak kot tapi filem Yasmin memang betul² ada unsur malaysian, betul² ada moral value. Agaknya ada yang bersorak riang dia da tadak. huh. Then, iklan-iklan dia mmg mantap la. Tadak la lagi pasni iklan karya Yasmin Ahmad. Mesti tadak iklan besh time nk raye ni. Aihh. Harap² adalah iklan or filem yang setanding cam karya Yasmin Ahmad ni.

ALLAH swt lagi sayang dia. Semoga rohnya dicucuri rahmatNya. alfatihah. mari same² bersedekah alfatihah. Harap family arwah tabah.

tade dah ..

Saturday, July 25, 2009

edisi lucu #7

situasi : perbualan sms bersama mama ketika di penang

mama : kau kt penang ke dh balik kl?
aku : dengan nabil ni ha.
mama : kau tidur mana ?
aku : tempat nabil.
mama : nabil ni lelaki ke?
aku : adoyai mama, nabil ni perempuan la. dulu ada dtg umah amik mangga byk².

kesian nabilA. name kau mmg mengundang bahaya betul. kali keberapa da ni orang terdekat aku ingat kau lelaki. hehe

Friday, July 24, 2009

Tag By NabilA 2

In this tag u have to talk everything about anyone u like:
saya mahu ceta pasal JIMMY NIKOLAI

1. Apakah hubungan anda dgn dia?
teman berjalan, teman merapu, teman menskodeng, teman mendpt kawan

2. 5 impressions terhadap dia?
- dia sangat comel
- sentiasa berada berdekatan saya
- tidak penah menyakitkan saya
- saya suka belai dia
- tak byk ragam

3. Perkara yang paling memorable dia pernah lakukan terhadap anda
dia temukan saya dengan mereka-mereka yang gila

4. Perkara paling memorable dia katakan kepada awak.
banyakla. tak terkata

5. Kalau dia kekasih anda?
eh, dia kekaseh sampai mati wooooooo

6. kalo dia jadi musuh awak?
saya tanak tengok dia lagi. huh, tapi tanakla jadi musuh sayeeee

7. Kalau dia kekasih awak,awak akan?
saya akan sentiasa senyum sama dia. haha

8. kalau dia jadi musuh awak mungkin kerana
aaaaaaa kerana saya cuai dengan dia?

9. Overal impression tentang dia?
terbaik ah~ tiada ganti~

10. The most desirable to do for her/him?
apa eh? memastikan dia sentiasa ada dengan saya kot?

11. Apakah awak rasa pandangan org pd awak?
nape tnye saya? tnyela orang laen tentang saya. mane saye tau ape orang pandang saya. pandang saye as si comot yang serabai kot?

12. Apakah sebenarnya perangai anda?
errr apa ha?

13. Perangai anda yang anda benci
bila dapat tedo, saye tedo tk ingat dunia. hahahaha~

14. Orang yang anda ingin bersama
orang yang terima saya seadanya, sayang saya, sanggup susah senang dengan saya sampai saya mati :D

15. katakan sesuatu utk org2 yang anda suka
jom mcd! haha~ *bodo*

16. tag 4 org
-Adli Baharudin
-Ezza Narziefa
-Amy
-Ashraf Latif


17. no 2 ada hubungan dgn siapa?
dia ada hubungan dengan lelaki bernama BAWANG

18. no 3 lelaki atau perempuan?
Perempuan.

19. no 1 single kah?
tatau. dia agak lalang sket.

20. no 4 belajar ape?
Belajar menjadi bertambah sengal kot?

*Jimmy Nikolai adalah camera nikon kesayangan saye. harap maklom! kang ada yang fikir orang, bikin wa gelak tak ingat.

study ?

ye mari study.


harap² dapatla otak ini menghafal teori meori yang sudah hampir lupus dari otak ini bila mana sudah digantikan dengan teori meori gambarajah. banyak pulak teori meori ni.

gambatte kudosai! haipp! :D

*badan masih sakit² angkara ke Penang Kedah Penang KL.

Tuesday, July 21, 2009

jangan cuai ye

kecuaian membawa padah, kekabutan membawa bala.

sebab anda mungkin kehilangan atau terlepas sesuatu yang penting dan bermakna.

mari bersikap cool. :p

Monday, July 20, 2009

edisi lucu #6

lokasi : kedai mkn perhentian rehat Gurun

nizam : hang menyorok apa pagi td?
aku : ha? kt mane?
nizam : baguih, tu yang aku nk dengaq.
*semua bantai gelak*
ted : hang sarapan ape pg td. sini maksud dia lain.
aku : ohhhh
*semua bantai gelak lagi*
aku hanya mampu tersenyum aje. haha.

*baru kebtolan jumpa internet.

Thursday, July 16, 2009

jerebu

Sekarang musim jerebu. menyakitkan mata dan nafas kot. Tapi masih oke berbanding zaman jerebu teruk kt shah alam dulu. Sumpah setiap hari macam berkabus gila macam duduk tanah tinggi pastu macam hari da nak malam hehari. Keadaan sekeliling kau mcm tak nampak ape, kalau nampak pun samar² gila. Agak bahaya bagi pemandu sebab kena drive tepi² sebab tempat tu tade pembahagi jalan. Silap² kau eksiden situ boleh berkecai dua kete kau. Tak tipu. Kawan aku ada terlibat, kete die berkecai terbelah dua,mujur dia selamat tapi kecacatan kekal.

Sini jerebu, naseb baek tak teruk. Bole terima lagik.
Tapi berangin. suka btol aku.. Kuat je angin. Sket lagi melayang layang badan sekeping ni.

Luar jerebu. Dalam pun berjerebu. Kena bersihkan nih.

Tuesday, July 14, 2009

bila anda memerlukan idea

amat menyeksakan bila idea itu terbang entah ke mana.


nak kata tak cukup makan, terlebih makan sampai perut buat hal.
nak kata tak cukup rehat, terlebih rehat ada la.
nak kata tak dapat mknan idaman, aku rasa seminggu dua ni, aku dapat je apa aku rasa nak mkn.
nak kata terlampau mengerah otak, tiada pulak.
nak kata tension, tidak juga, agak banyak mengarut dengan nabilA.

hey, sape ada idea untuk mencari idea?

*yes, jam BUM kesygan aku sudah dibaikpulih.

Sunday, July 12, 2009

a shoulder to cry on

when life turn me down ..
when i don't have any strength left on me ..

when i need someone to cheers me up ..


i need a shoulder ..
to share my sadness ..

to share my painful ..
to share my anger ..

and i wish ..
you will be there ..

and lend me your shoulder to cry on

Saturday, July 11, 2009

tak ternilai

Aku ada satu tabiat, sejak belajar pakai jam ke sekolah. Aku bagaikan terbiasa untuk pastikan aku pakai jam bila keluar ke mana-mana. Kalau takde, aku rasa cam tertinggal benda atau tangan aku kosong semacam. Tapi, sejak pertengahan tahun lepas, sudah takde jam kat tangan aku. Memula, aku tak biasa, tapi aku terpaksa. Mesti pelik kan? Yelah, jam sekarang murah je pun, RM10 boleh dapat lawa². Memang aku banyak jam tapi tak sama dengan yang satu tu.

Aku pakai jam tu dengan baju kurung, dengan tee & jeans. Pernah la ada sorang ni kutuk, tak feminin pakai jam macam tu. Kena pakai jam yang feminin sikit. Yang macam warne silver tu. Yang ada setengah dari tali dia bole potong² tu. Pedulik apa aku. Dah aku suka yang itu jugak. Bukan takde jam feminin² tu, ada. Vincci, pemberian makngah. Tali dia rosak, jadi aku simpan saje.

Jam tangan tu, aku pakai sejak 8tahun lepas. Pemberian mama. Adek aku dapat jugak. Sebijik sama. Tali je lain warna. Bukan mahal beratus². Cuma berharga RM70, jenama BUM. Warna hitam yang comel. Seingat aku, tali aku bukan warna hitam, tapi kelabu cuma bila repair dia da tkde warne kelabu tu da. Jam tu, 3kali kot patah tali nya. Adalah 2 kali jugak kot bateri ditukar. Yela, bertahun pakai. Ada sekali, aku terpaksa cari jam lain, pakai pergi kelas sebab jam tu dah patah, tak direpair. Nak repair plak, bukan semua kedai boleh. Kali terakhir aku pakai jam tu, mungkin bulan Jun tahun lepas. Bateri dia mati. Aku nak pergi hantar asyik terlupa. Lama² aku jadi malas pakai jam walaupun ada 2,3 jenis jam lagi. Aku pakai gelang hitam, untuk elak kekosongan kat pergelangan tangan.

Pada aku, jam tu tak ternilai. Aku sayang sungguh jam tu. Takpe, lepas ni, sape tahu, boleh pakai balek jam tu :)

Friday, July 10, 2009

PPSMI - bahan lawak politik kah ?

PPSMI dimansuhkan? Masa itu aku rasa lucu sekali. Awal² saat PPSMI dikenalkan, aku rasa ianya useless, barangkali membebankan pelajar. Aku pernah berdebat kot dengan mama tentang ini, yang terdengar aku maki² kot pasal PPSMI ni. Mama bangkang dengan isi yang cukup dalam. Fuh. Aku tahula English subjek yang dia ajar.

Sejak PPSMI dikenalkan, semua cikgu English dapat kelebihan sedikit mungkin. Ada pelbagai kursus, atau apa saja la yang berkaitan cara untuk mengajar sains & matematik dalam English. Siap dapat laptop percuma. Malah ada elaun khas kalau tidak silap aku. Mama juga tak terkecuali. Aku lihat, mama agak sibuk masa itu, ke sana sini berkursus, dapat pula laptop untuk kegunaan mengajar. Lama-lama, aku sedar PPSMI ini ada kebaikannya. Sebabnya, bila kau masuk Uni atau kolej, Matematik universiti tak di ajar dalam BM la. Pembelajaran dari peringkat awal mungkin memudahkan sikit pemahaman mereka. Rata-rata pelajar agak cemerlang dalam peperiksaan walaupun PPSMI digunapakai.

Sekarang, mahu mansuhkan pula PPSMI. Mengambilkira keputusan kajiselidik kunun. Lucu sungguh! Apakah ini lawak antarabangsa ? Mahu martabatkan bahasa ibunda kununnya. Hey, sebelum wujudnya PPSMI, bahasa ibunda tu dimartabatkan ke? Tak nampak pula aku dimana situasi bahasa ibunda dimartabatkan sebelum PPSMI wujud. Alah, cakap saja la gred sekolah nampak tak lawa sebab tak ramai dapat A dalam exam sejak wujudnya PPSMI. Penting sangat ke A berbanding bagaimana bergunanya apa yang mereka belajar itu dalam kehidupan seharian? Lawak politikus mungkin. Kesian mereka yang di sekolah. Mujur zaman aku tiada perkara begini. Sekarang, wujud pula syarat harus lulus English dalam SPM. Bertambah gelak la aku. Sebabnya, itu semua barangkali patut wujud dulu lagi. Bukan sekarang.

Takpa, mari lihat apa terjadi bila PPSMI dimansuhkan. Oke, maaf, aku bangkang PPSMI dimansuhkan.

*membesar dengan dua bahasa mungkin lebih bagus.

Thursday, July 9, 2009

datang dan pergi

Awal tahun ni, lebih kurang 2 bulan aku hilang. Sepanjang tempoh tu, manusia dari zaman silam juga yang manusia yang baru dikenali, buat aku tidak terasa kosong. Kesibukkan masa itu buat aku alpa seketika tentang kesakitan. Aku sempat kenal seorang budak perempuan ni, sangat naif. Ira namanya. Comel tapi kalut jugak. Orangnya dari Kelantan, jujur sekali tingkah kata. Becok mulutnya bertanya macam² dekat aku. Jiwa dia sensitif, kena marah sekali, sudah turun hujan. Terkejut & tak biasa katanya. Dia tak malu mengaku datangnya dari kampung, banyak bercerita tentang bezanya kelantan & melaka mahupun KL. Dia rajin bertanya bila tak faham pasal English. Kadang² kelakar jugak bila aku disuruh translate kandungan memo dari bos. -_-" Dia berhenti kerja awal dari aku, pulang ke kampung barangkali. Selalu jugak dia bilang rindu ibu. Mujur dia ada num aku, senang² boleh sms. Dia cuma seorang dari 2,3 kawan melayu & cina yang aku kenal masa tu. Ada sorang amoi ni, aku selalu sakat, sampai dia yang serius² mukanya, sudah pandai gelak². Reza jugak muncul balek masa tu. Tak sengaja terjumpa balik. Dengan dia la aku enjoykan diri sampai ke subuh kadangkala. Reza suda pulang ke KL. Jadi, takda orang menggedik dengan aku depan Jimmy lagi.

Masa lepas SPM dulu, kerja kedai kraftangan dengan kawan aku, ada beradik kerja sekali. Sorang adek, sorang kakak ipar dia. Dedua peramah. Banyak ajar aku benda-benda yang aku tak faham time tu. Maklomla kena layan pelancong kan. Si adek peramah, senang melatah kalau tak silap aku. Kelaka bila melatah. Si kakak pulak, jenis kalut. Kelaka bila keadaan kabut ribut dekat kedai. Sayangnya, kami lost contact. Bila jadi crew McD, lagi ramai kawan, macam² peel. Ada yang peramah gila, ada yang sombong gila. Setengah dari mereka masih ingat aku, setengah sudah lupa kot. Kadangkala bila pergi McD sane, ada la yang menegur, tapi rasanya hampir separuh crew masa tu da berhenti. Yela, 3bulan je aku kerja seblum ambil keputusan nak berhenti. Itupun sebab aku bz dengan projek masa stadi, kalo tak, macam manager tu bagi berhenti. Siap suruh aku kerja bila balek time weekend. fuh~

Dunia kolej aku jugak tidak ketinggalan, ada kisahnya. Lagi² penghuni teres yang satu itu. Macam² kisah. Gelak tawa hari², macam dunia itu kami yang punya. Tapi ada jugak kisah pedih. Asam garam hidup mungkin. Aku takkan lupa hari pertama tedo sana, ramai² tedo kt ruang tamu sebab bilik masing² belom berkipas. Lasak jugak, aku pilih tedo jaoh skit, sebab takut terlebih lasak tedo. Paling kelaka, kami suka skodeng abg umah seberang. Siap bebudak ni tau die duda baru cerai. Diorang peminat rendang mama, licin dlm masa 30minit bekalan tupperware besar aku. Pertama kali aku hidup dengan budak-budak pantai timur oke. Mereka baik :) walaupun ada seorang yang lancang gila mulut siap ungkit psal mama ayah aku tak mengajar adab sedangkan dia yang pindah masuk bilik aku. Katanya, aku tak diajar adab sopan menyapa orang yang baru pindah masuk. Itupun lepas dia pindahkan barang dia masuk bilik aku, alihkan barang aku. huhu. Sebab dia la, first time kot, aku di soal siasat polis. Ada kes melibatkan dia, sampai bebudak rumah termasuk aku nightmare sekejap. Jatuh sket saham kitorg kot² orang sekeliling fikir lain. -_-"

Itu cuma sebahagian dari orang yang datang dan pergi. Lumrah hidup. Ada yang akan kekal ada yang akan meninggalkan mahupun ditinggalkan. Ada yang sengaja ditinggalkan atau dielak atas sebab-sebab tertentu. Ada yang terpisah, lost contact atas sebab-sebab tertentu jugak. Tapi, setiap satu dari mereka yang pernah hadir dalam hidup kau, ada kisahnya. Ada yang pahit ada yang manis. Ada yang macam angin je. Lalu sekali jek. Kadangkala kau akan tersenyum sendiri.

Tak kira macam mana orang datang dan pergi dlm hidup kau, dari dunia luar atau pun melalui dunia cyber, tetap ada kisahnya. Datang dan pergi, tapi tetap ada kesannya. hidup katekan ;)

Tuesday, July 7, 2009

Cerita Nambe Tepon

Oke, situasi pertama, kat puduraya, dekat hujung tahun 2007. Nak dijadikan kisah, aku kat pudu dgn kawan & bf die, menanti bus masing2 nak balek after berjoli-joli bergembira seharian. Time raya la kot, aku pun tak bape ingat la masa tu, cuma penuh & sesak la masa tu. Then, aku & kawan mcm biasa la buat sengal-sengal udang ketawa kuat² dekat situ tak pedulik orang lain. Manela nk tau ada orang perhatikan kami. Bukan aku syok sendiri okay, tapi mmg hakikat ah time tu. Encem ngak mamat tu. Then kitorg turun la nk hntr bf kawan aku ni kt bus die, teman kawan aku lambai² bf kesygan die sbelom aku hntr die kt tempat bus die plak. Mamat yg pandang² td da hilang mane tah. Pastu aku pergila kt tempat bus aku lepas hntr kawan aku. Dapat bus yg dicari aku tgkla signboard kt bus tu. Oke, konfirm. Aku pusing blakang je, tau ape? Mamat yg duk usha kitorg td. Bygkan aku pusing je dia ada, n trus ckp camni


"saya nk num tepon awak boleh Kalau takbole takpe la, saye cube naseb je."

Terkejut aku. Nak gelak pun ada. Siap sanggup berkejar dari bus die nak naek tu sbb takut tk sempat amek num aku tu. Fuh~Tapi aku jahat, pegi bagi num palsu. Kesian orang tu. Mintak maap ye, saye tadak hati nurani masa tu.


Situasi kedua plak, arituh aku on the way nk balek umah dari simpang depan lepas trun dari bus. Kena lintas la nak cepat skit sampai umah sambil melalui padang cuci mate sket. Jalan dekat situ da lebar sket sejak² ada taman bersambung so lame la jugak nk kena tunggu sbb dekat ngan jalan raya utama. Aku perasan la satu moto ni, yamaha rxz kot, slow2 benti kt situ, dekat tempat bertentangan dengan aku. Aku wat relaks la tunggu kete tadak, trus lintas. Selame aku tungu nak lintas tu, selame tu la mamat tu ada situ. Aku ingat die tunggu orang len kot. Byk kes orang sesat kt tmn aku tinggal ni. Tak pepasal, mamat tu panggil aku bila aku da lintas. Aku ingat orang nk mntak tlg ke ape. Lagpon ada orang tgk, tak sopan plak. Tau ape dia tnye?

"Nk g mane ni ? Nak num tepon awak bole?"

Aku da mcm eh wtf ? Aku malas nak berdiri lame² dekat simpang yg bole menimbulkan gossip jiran². Naye kalo kena bahan. Aku bagi je la, tapi haram aku nk save num die. Name pon tak ingat. Nak menipu num tepon tableh sbb die siap meskol. Aduyai. Sengal jugak hp tu berbunyi seblom aku lintas jalan, kalau tak bole cakap "saye tade hp", mcm aku buat masa keje dulu. hihi~ Selamat mamat tu tade kaco, ala kalao die kaco macam aku pedulik sgt la hp aku skang. Siap misplace 12hours lg. HAHA.!

Takbole blah sanggup tunggu orang lintas jalan.

Ada lagi tektik nk mintak num aku, agak lawak la, tp cukup je la. Kang orang kate aku bajet hot. HAHA~

Tapi, teringat kan bule, kesian plak die beria-ria mintak num aku, siap gune tektik mintak kt nabil. Siap offer nak nyanyi dkat tepon. maap la bule! Pastu aku siap boleh buat dek bila terjumpe die kt penang tu ari. maap sekali lagi bule, masa itu HANYA jasad di sane. Nanti kalo sampai penang lagi, kita burak² ye.

*teringat budak sentral, ishh mane ha kau?

harini besday azrul. selamat hari lahir budak! mane hilang 2tahun? rindu woi.takkan btol da pergi borneo? :(