Awal tahun ni, lebih kurang 2 bulan aku hilang. Sepanjang tempoh tu, manusia dari zaman silam juga yang manusia yang baru dikenali, buat aku tidak terasa kosong. Kesibukkan masa itu buat aku alpa seketika tentang kesakitan. Aku sempat kenal seorang budak perempuan ni, sangat naif. Ira namanya. Comel tapi kalut jugak. Orangnya dari Kelantan, jujur sekali tingkah kata. Becok mulutnya bertanya macam² dekat aku. Jiwa dia sensitif, kena marah sekali, sudah turun hujan. Terkejut & tak biasa katanya. Dia tak malu mengaku datangnya dari kampung, banyak bercerita tentang bezanya kelantan & melaka mahupun KL. Dia rajin bertanya bila tak faham pasal English. Kadang² kelakar jugak bila aku disuruh translate kandungan memo dari bos. -_-" Dia berhenti kerja awal dari aku, pulang ke kampung barangkali. Selalu jugak dia bilang rindu ibu. Mujur dia ada num aku, senang² boleh sms. Dia cuma seorang dari 2,3 kawan melayu & cina yang aku kenal masa tu. Ada sorang amoi ni, aku selalu sakat, sampai dia yang serius² mukanya, sudah pandai gelak². Reza jugak muncul balek masa tu. Tak sengaja terjumpa balik. Dengan dia la aku enjoykan diri sampai ke subuh kadangkala. Reza suda pulang ke KL. Jadi, takda orang menggedik dengan aku depan Jimmy lagi.
Masa lepas SPM dulu, kerja kedai kraftangan dengan kawan aku, ada beradik kerja sekali. Sorang adek, sorang kakak ipar dia. Dedua peramah. Banyak ajar aku benda-benda yang aku tak faham time tu. Maklomla kena layan pelancong kan. Si adek peramah, senang melatah kalau tak silap aku. Kelaka bila melatah. Si kakak pulak, jenis kalut. Kelaka bila keadaan kabut ribut dekat kedai. Sayangnya, kami lost contact. Bila jadi crew McD, lagi ramai kawan, macam² peel. Ada yang peramah gila, ada yang sombong gila. Setengah dari mereka masih ingat aku, setengah sudah lupa kot. Kadangkala bila pergi McD sane, ada la yang menegur, tapi rasanya hampir separuh crew masa tu da berhenti. Yela, 3bulan je aku kerja seblum ambil keputusan nak berhenti. Itupun sebab aku bz dengan projek masa stadi, kalo tak, macam manager tu bagi berhenti. Siap suruh aku kerja bila balek time weekend. fuh~
Dunia kolej aku jugak tidak ketinggalan, ada kisahnya. Lagi² penghuni teres yang satu itu. Macam² kisah. Gelak tawa hari², macam dunia itu kami yang punya. Tapi ada jugak kisah pedih. Asam garam hidup mungkin. Aku takkan lupa hari pertama tedo sana, ramai² tedo kt ruang tamu sebab bilik masing² belom berkipas. Lasak jugak, aku pilih tedo jaoh skit, sebab takut terlebih lasak tedo. Paling kelaka, kami suka skodeng abg umah seberang. Siap bebudak ni tau die duda baru cerai. Diorang peminat rendang mama, licin dlm masa 30minit bekalan tupperware besar aku. Pertama kali aku hidup dengan budak-budak pantai timur oke. Mereka baik :) walaupun ada seorang yang lancang gila mulut siap ungkit psal mama ayah aku tak mengajar adab sedangkan dia yang pindah masuk bilik aku. Katanya, aku tak diajar adab sopan menyapa orang yang baru pindah masuk. Itupun lepas dia pindahkan barang dia masuk bilik aku, alihkan barang aku. huhu. Sebab dia la, first time kot, aku di soal siasat polis. Ada kes melibatkan dia, sampai bebudak rumah termasuk aku nightmare sekejap. Jatuh sket saham kitorg kot² orang sekeliling fikir lain. -_-"
Itu cuma sebahagian dari orang yang datang dan pergi. Lumrah hidup. Ada yang akan kekal ada yang akan meninggalkan mahupun ditinggalkan. Ada yang sengaja ditinggalkan atau dielak atas sebab-sebab tertentu. Ada yang terpisah, lost contact atas sebab-sebab tertentu jugak. Tapi, setiap satu dari mereka yang pernah hadir dalam hidup kau, ada kisahnya. Ada yang pahit ada yang manis. Ada yang macam angin je. Lalu sekali jek. Kadangkala kau akan tersenyum sendiri.
Tak kira macam mana orang datang dan pergi dlm hidup kau, dari dunia luar atau pun melalui dunia cyber, tetap ada kisahnya. Datang dan pergi, tapi tetap ada kesannya. hidup katekan ;)

2 comments:
sumpah entri ni aku seronok sket nak bace...
semnjak 2 menjak ni aku suke membace plak
membace amalan mulia zaher. mekaseh kerana sernok membace entri aku :p
Post a Comment