Friday, July 10, 2009

PPSMI - bahan lawak politik kah ?

PPSMI dimansuhkan? Masa itu aku rasa lucu sekali. Awal² saat PPSMI dikenalkan, aku rasa ianya useless, barangkali membebankan pelajar. Aku pernah berdebat kot dengan mama tentang ini, yang terdengar aku maki² kot pasal PPSMI ni. Mama bangkang dengan isi yang cukup dalam. Fuh. Aku tahula English subjek yang dia ajar.

Sejak PPSMI dikenalkan, semua cikgu English dapat kelebihan sedikit mungkin. Ada pelbagai kursus, atau apa saja la yang berkaitan cara untuk mengajar sains & matematik dalam English. Siap dapat laptop percuma. Malah ada elaun khas kalau tidak silap aku. Mama juga tak terkecuali. Aku lihat, mama agak sibuk masa itu, ke sana sini berkursus, dapat pula laptop untuk kegunaan mengajar. Lama-lama, aku sedar PPSMI ini ada kebaikannya. Sebabnya, bila kau masuk Uni atau kolej, Matematik universiti tak di ajar dalam BM la. Pembelajaran dari peringkat awal mungkin memudahkan sikit pemahaman mereka. Rata-rata pelajar agak cemerlang dalam peperiksaan walaupun PPSMI digunapakai.

Sekarang, mahu mansuhkan pula PPSMI. Mengambilkira keputusan kajiselidik kunun. Lucu sungguh! Apakah ini lawak antarabangsa ? Mahu martabatkan bahasa ibunda kununnya. Hey, sebelum wujudnya PPSMI, bahasa ibunda tu dimartabatkan ke? Tak nampak pula aku dimana situasi bahasa ibunda dimartabatkan sebelum PPSMI wujud. Alah, cakap saja la gred sekolah nampak tak lawa sebab tak ramai dapat A dalam exam sejak wujudnya PPSMI. Penting sangat ke A berbanding bagaimana bergunanya apa yang mereka belajar itu dalam kehidupan seharian? Lawak politikus mungkin. Kesian mereka yang di sekolah. Mujur zaman aku tiada perkara begini. Sekarang, wujud pula syarat harus lulus English dalam SPM. Bertambah gelak la aku. Sebabnya, itu semua barangkali patut wujud dulu lagi. Bukan sekarang.

Takpa, mari lihat apa terjadi bila PPSMI dimansuhkan. Oke, maaf, aku bangkang PPSMI dimansuhkan.

*membesar dengan dua bahasa mungkin lebih bagus.

6 comments:

zahirlunatik said...

math aku lg bgos kat kolj berbnding sekolah..
asek fail memanjang...
yg aku pelik mse kat kolj math di ajar dlm BI walhal BI aku cam haram..

.amiey. said...

hahaha. at least bergune jugak PPSMI ni bg budak2 yg tak masuk kolej lagi.

fiqah idris said...

bengang dengan pemansuhan ini.
pembaziran!!

Bijen M. said...

sumenye politiks..
xde pegangan asas..
tepaksa tunduk ngan desakan sbb nk jaga pengundi..
tapi kalo xtunduk rakyat bengang plak..
hilang undi..
xde kuasa..
mane satu nk ikot?..
susahnya jadi pemimpin..

.amiey. said...

pika : relaks sudah

bijen : hahahha mana bole asyik ikot weyh. kang da jadi cam negara lain, takut rusuhan, maka jadila pak turut. ishh~

Bule said...

sokong!!