Thursday, April 23, 2009

hidup ini penuh kejutan

yang datang pada masa yang kau takkan terfikir pun.

Kadangkala dalam hidup ada benda yang kita tak jangka terjadi akan terjadi. Seolah untuk menjadikan jalanan hidup kita semakin menarik untuk dikenang di masa depan saat hari tua menjelma. *dem*

Ada waktu, kau akan di atas penuh dengan segala yang kau mahu tapi tanpa diduga ada waktu kau akan berada di tempat paling bawah dalam hidup yang mana akan membuatkan sesiapa yang takpunya semangat yang tabah akan rebah. Aku telah rasa kedua-dua situasi secara tiba². Berada di atas dengan riang & berada di bawah dengan tersungkur teruk. Tapi aku bersyukur masih mampu bangkit dengan bantuan kawan² yang aku sayang. Di luar sana masih ramai yang tersungkur juga. Ada yang mampu bangkit, ada yang masih mencuba untuk bangkit & ada juga yang masih gagal untuk bangkit. Yang berjaya pula macam alpa dengan kejayaan yang mereka sangka akan kekal sampai bila² tanpa perlu dipertahankan. Hidup memang penuh kejutan. Kalau tak,bosan la hidup. Semuanya terpulang pada empunya diri. Take it or leave it. :)

Tapi kadangkala ada sesuatu yang terjadi secara tak kau duga mampu buat kau senyum. Cuma antara berani atau tidak, mahu atau tidak, terima atau tolak. Sesuatu yang boleh merubah bukan saja diri tapi mungkin juga kehidupan kau, keriangan kau. Siapa la tahu kan takdir kita? Kalau semudah abc, sudah aku hidup senang lenang takpayah pening. Huk! 

*sedang buat gile dgn life aku. haha :p

3 comments:

Anonymous said...

Cuma antara berani atau tidak, mahu atau tidak, terima atau tolak. Sesuatu yang boleh merubah bukan saja diri tapi mungkin juga kehidupan kau, keriangan kau -->ermm


perhh, nape kbanyakan entri jeju akhir ni cam menceritakn pergolakan ati paan nih? aih.... :(

.amiey. said...

haa?
aish
ape masalah paan? mehh ceta same jeju

E-oNe said...

hadapi saja dengan Rock n RoLL