Thursday, April 23, 2009

Kisah Sang Burung - Part 3

Kehilangan si kecil itu sebelum ini membuatkan si gadis terfikir sesuatu. 

Leka dia perhatikan sang burung yang bertenggek di birai tingkap. Terdetik hati kecil si gadis untuk mengajar sang burung terbang kembali. Siapa tahu, boleh dia pulang semula ke pemilik asalnya.

"Hey comel, harini kita main di laman ya? Aku akan ajar kau terbang. Suka tak?"

Petang itu, si gadis membawa sang burung ke laman depan. Dikeluarkan si burung comel itu. Tanpa rasa penat, diajar sang burung itu terbang kembali. Seolah memahami usaha si gadis, sang burung berkali mencuba untuk terbang lagi walaupun gagal. Tekun si gadis mengajar hingga lewat petang. 

"Saba ye comel, nanti kau pasti dpt terbang semula. Mane tau dpt jumpa tuan kau semula kan?"

Ada sedikit kesayuan di sebalik kata-kata itu. Hanya si gadis sahaja yang memahami apa yang tersirat di sebalik kata & belaian dia ketika itu. Sang burung hanya berkicauan sambil memandang langit. Seolah mencari sesuatu di sebalik awan tinggi.

Malam itu, seperti biasa si gadis berbicara dengan sang burung di birai tingkap bilik sambil memberi kepingan kecil roti sebagai makanan sang burung comel itu.

"Lawa kan bulan tu comel? Apa rasanya eh terbang kt langit tu? Mesti kau dpt lihat semua kan? Indahnya jadi burung. Kalau la aku boleh jadi cam kau kan comel."

Sang burung hanya memerhatikan si gadis. Mungkin kepelikkan melihat si gadis bersikap begitu.

"ah comel, kita tidur la"

Si gadis yang leka dengan langit tiba-tiba bersuara ingin tidur. Diletakkan sang burung di tempat yang menjadi kebiasaannya. Dalam hati kecil terdetik sesuatu tapi sengaja diabaikan apa yang terdetik itu. Mungkin hanya naluri kecil saja. Ah~ persetankan.

to be continued...

1 comment:

Anonymous said...

apakah yg terdetik d ati si gadis?? huu~

bersambung.... ;D