sejuk bukan ? yea, sangat.
sampai kau rasa kau tak jumpa tengahari or petang tup tup dah malam. hebat. sama sejuk macam time kerja 12jam dulu, boleh buat rekod pergi hospital paling banyak. haha.
aku jenis cukup liat pakai selimut, seriously cukup liat. kalau sejuk, kadangkala selamba tidur tak berselimut melainkan sangat sejuk gila tak tahan baru cari selimut. aku pernah tidur atas karpet rumah sewa kawan tanpa selimut and bantal yang mana mengundang kemarahan dia, sebab degil sangat. tapi bulan december ni, boleh kata selimut tu wajib la jugak.kalau dulu, berselimut, sedar-sedar selimut dah kemana, tapi sekarang berselimut, sedar-sedar masih berselimut. itu tandanya, memang sangat sejuk okay.
kalau dekat oversea, sekarang ni musim salji turun macam dekat jepun sana. aku jeles ano dapat main salji walaupun orang salji yang dia buat tu huduh gila. biasalah nak krismes maka salji pon turun. sampai sekarang sebenarnya aku masih tak faham apa kaitan salji dan krismes. mungkin kalau dengan kismis lagi aku binggung, sebab jauh panggang dari api kot. nantilah pi google.
bercakap tentang krismes, maka secara automatiknya, macam mana nak sambut tahun ni ? eh, sebelum sesiapa buat assumption yang aku ni sambut krismes, nak bagi tahu lah, bukan sambut krismes tapi sambut anniversary parent yang jatuh pada 25hb setiap tahun. haa. special kan ? mungkin pegi makan tempat best-best macam biasa kot. kat melaka sah sah sesak sempena krismes especially kampung portugis. pesta abes lah gamaknya. seronok jugak kalau pi usha tapi jammed itu pasti. open house krismes pon kat melaka tahun ni. memang sah, amat sah jalan raya pasti jam teruk.
whatever, musim sejuk agak okay dari musim panas sampai rasa nak duduk dalam peti ais je. bersyukur la jugak walaupun bersin tanpa henti. hahaha ;)
*sapa kata kat malaysia tiada winter ;)
RM 0.99, Cukupkah Untuk Membeli Kesihatan?
2 months ago

No comments:
Post a Comment