Tuesday, December 28, 2010

tempat membesar lagi dikenang ..

mana boleh lupa kan ? siapa lupa memang teruk, ape lagi kalau yang dilupakan itu kampung yang mana pernah beri kau keriangan tak terkata, tak mampu diganti apa apa pun.

rumah pusaka arwah atuk & nenek, tempat aku habiskan zaman kanak-kanak. jujur aku katakan, boleh kata aku tak pernah jejak dalam rumah tu lepas kali terakhir kenduri untuk arwah atuk bertahunt-tahun lepas. cucu yang teruk kan ? sebenarnya aku banyak kali lalu depan rumah tu tp seboleh cuba elak jejak masuk. entahlah, sayu bila masuk sana, sebak je rasa. mungkin sebab aku ada masa arwah nenek meninggal dan tiada untuk tatap kali terakhir arwah atuk

sebelum masuk tadik, aku pusing tepi rumah tu, kecik je rupanya tepi tu, padahal dulu-dulu rasa besar je tempat tu kitorang lelari, menyuruk bagai semua .. pelik-pelik. bila masuk dalam, aku macam boleh nampak aku lelari dalam rumah tu, or duduk main macam-macam dengan cousin-cousin. terasa meriah sungguh, tapi bubble flash back tu hilang tetiba, kejutkan aku dari mimpi. tak banyak berubah dalamnya, cuma kebanyakkan barang di simpan rapi dalam satu bilik, so tak lah hilang macam periuk belanga kat loteng tu. mungkin tu sebab utama kenapa paklong sewakan pada student-student. tapi teruk la student tu, bersepah kot. ishh. mama kata perempuan menyewa, patutlah aku jumpa bedak mekap yang takreti nak dibuang. -__-"

bila pergi halaman depan, aku terbayang laman tu penuh dengan kereta uncle dari KL balik, kereta paklong, pakngah, kereta mama & kereta kesayangan atuk. sempit dan padat smp gate takbole tutup. dulu-dulu gate kena tutup pasal kitorang suka lari-lari. dibuatnya lari ke jalan raya, teruk lah. situ dulu tempat spot excident je. tu yang bahaya tu. tapi satu yang memang kelakar, cucu -cucu arwah atuk nenek mana yang tak pernah main masak-masak. semua pernah kot. siap kat umah arwah atuk nenek ada satu set lengkap mainan masak-masak ... hahaha. padahal, cucu lelaki lebih banyak berbanding cucu perempuan yang tak sampai 10 pon.

bila balik, aku sempat amik satu cawan kecil, yang warna macam silver perang tuh, macam kat kedai daun pisang selalu ada tuh, saja, rindu nak pakai cawan kecil tu. boleh jugak kira berapa banyak gelas aku minum air satu hari kan? haha. rindu sebenarnya dekat arwah atuk & nenek..

sesiapa ada atuk nenek tu, spent la time :) kumpul la sebanyak mana kenangan. aku cuma ada sekeping gambar dengan arwah nenek masa bayi and beberapa keping gambar dengan arwah atuk masa kecil selain potret family kot :) semoga arwah atuk & nenek ditempatkan dikalangan yang beriman di sisi Allah swt. amin..

2 comments:

0.21 said...

entri awk yg ini buat sy rase inspired, mntk izin nk gne sume ayt dlm perenggan ptme :)

.amiey. said...

sure :)