jadi jangan bantah cakap abang.
semalam aku dengan stesen bus, macam biasa. tunggu bus mesti mata melilau sana sini. tengok gelagat orang. masa dalam bus, aku tengok la luar, terpandang satu pasangan adik beradik. si abang aku kira, baru form 1. yang adek pulak baru darjah 1 ke 2 mungkin. si adek, muka khusyuk gila dengar apa abang dia cerita. mungkin memberikan peringatan pada si adek, harus hati-hati bila naik bus mungkin. sesekali si adek menyampuk, bertanya itu ini agaknya. lama sikit, aku tengok lagi, si adek berceloteh sana sini dengan comelnye sambil tunjuk bus itu bus ini, si abang macam da penat nak melayan, mengiyakan saja mungkin. bila bus mereka sampai, si abang bawak beg si adek yang tak kurang besar juga.
comel kan? kasih sayang dua beradik. malangnya aku keluar tanpa jimmy, tiada la pic mereka. haihh! rugi.
*air yang dicincang takkan putus antara adik beradik.
RM 0.99, Cukupkah Untuk Membeli Kesihatan?
2 months ago

3 comments:
sila bwk jimmy anda!!!!
cuteee
hehhe
nabila : gua lupe. haha
pika : sangat cute~
Post a Comment