Dua hari lepas, aku menanti bus seperti biasa. Seorang budak perempuan india dengan sopannya menegur aku.
"Kakak mahu pegi mana?"
Aku jawabla " Kakak mahu pegi kerja. Adik nak pegi mana? tak pergi sekolah?"
Katanya "Saya nak pegi hospital. Saya da lama berhenti sekolah"
Terdiam jugak aku masa tu. Ditemani abangnya kalau tak silap.. Borak punya borak sampai la sudah naik bus pun borak. Dia sangat petah & peramah.
"Kakak sudah makan?"
Aku menjawab "Belum, kakak kena jalan lagi baru sampai tempat kerja"
Sekali lagi aku terdiam sebelum kami berlainan destinasi.
Dia seorang budak yang comel & petah, tapi tidak tamat sekolah? Berapa ramai agaknya kanak-kanak tidak tamat sekolah atas beberapa sebab agaknya?
*bertuah kerana berpeluang bersekolah hingga tamat.

2 comments:
adik tak pegi sekolah... sebab adik dpt msk u oxford... adik pandai math.. macam safiyah yusoff tu.. akak kenal x?
akak x kenal la adik! haha
Post a Comment