sekali lagi aku kehilangan ... pergi takkan kembali ..
Kali ketiga dalam tempoh dekat 10tahun, aku tak berpeluang untuk berjumpa orang yang bakal pergi dengan abadi untuk kali terakhir, malah tidak dapat melihat jugak jenazah untuk kali terakhir..
Pertama, saat arwah atuk aku sebelah papa meninggal, aku tersekat sementara di shah alam angkara bus bus kolej yang bodoh dan lembap dan kesilapan aku sendiri yang tidak pulang minggu tersebut. Aku cuma tiba saat sudah hampir siap di kebumi ..
Kedua, aku boleh maki diri sendiri yang tidur mati angkara ubat demam yang aku telan kerana kata mama aku tak sedar saat die kejut untuk menghadiri pengebumian arwah atuk aku merangkap ayah mama. arwah atuk yang dekat tapi jarang skali berjumpa, aku mengaku lebih mengenali dengan arwah atuk sebelah papa.
Ketiga, aku tak mampu buat apa sebab aku kerja. kerja yang susah sekali untuk aku cuti. aku tiada ketika satu family berkunjung ke rumah makngah sebelum menghantar adik ke KLIA. mujur, adik aku sempat untuk ketemu arwah pakngah. kurang jelas saat terakhir aku bertemu arwah, mungkin dua tahun lepas? pakngah paling cool dengan jokes sudah tiada :(
aku cuma mampu berdoa dan sedekahkan alfatihah untuk arwah atuk2 & pakngah aku. semoga kalian ditempatkan di kalangan yang beriman di sisi Allah swt di sana.
RM 0.99, Cukupkah Untuk Membeli Kesihatan?
4 months ago

No comments:
Post a Comment