Hari terakhir November. Starting pagi yang teruk, aku tahan saja sakit kepala demi tengok Real Madrid, tapi hampa dengan permainan diorang lawan Barca. haih. Btw, takpa, mari cerita psal November.
Kenapa sweet & sour? Sebab aku happy & sedih dalam masa yang sama . Aku rasa aku sangat happy tahun ini, kenapa? Sebab dari starting sampai ending November, aku agak bergembira, dapat jumpa kawan-kawan walaupun tak semua, tapi aku riang. Sedih sebab ada sedikit perkara sedih terjadi di mana aku agak down memikirkan tapi tak mengapa, itu tak patut menganggu keriangan bukan ? Hari jadi penuh kejutan, percutian yang agak seronok, orang-orang sekeliling yang menggembirakan, walaupun ada sedikit yang mendukakan.
Tapi kenapa November Rain? Sebab hampir setiap minggu November ini, aku bermain hujan, kali terakhir semalam. Hujan lebat pulak tuh aku redah :) Minggu pertama November, aku rasa aku redah hujan dalam percutian di utara. Renyai tak berapa nak lebat macam dekat sini . Bila balik sini, minggu kedua, aku dah lencun kat atas bukit menemani pasangan sejoli berjalan sakan. Minggu ketiga hanya hujan renyai-renyai sedikit yang aku main acah-acah. Minggu terakhir, ya basah dalam hujan ketika dalam perjalanan mencari tempat berteduh. Lebat, sangat lebat. Dan terakhir kalinya, siang semalam.
November sudah berakhir, tapi akan sentiasa buat aku tersenyum.
November ini sangat sejuk, sesejuk diri ini sekarang, saat ini kerana cuaca yang macam musim winter kononnya.
Selamat datang Disember, bulan terakhir 2010.
*in this cold november rain, i'm smiling :)
RM 0.99, Cukupkah Untuk Membeli Kesihatan?
2 months ago

No comments:
Post a Comment