helo november, thanks for the great trip!
1.
pusing melihat kota yang sudah tiga kali aku pergi tapi tidak berpeluang meronda, amat memuaskan hati dapat meronda sekeliling akhirnya. melihat sisi lain kota yang penuh sejarah buat aku rasa seronok. terima kasih kawan :)
makan satey celup dan cendol yang aku mengidam sangat dekat sana memang different rasanya. :)
2.
aku bukanlah seorang yang punya kampung yang ada sungai sawah & so on, maka bila berada dalam tempat sebegitu, aku agak jakun and mungkin akan mengundang gelak ketawa setengah orang yang melihat. tapi, kisah apa aku, aku cuma mahu merasai. walaupun aku macam orang bodoh yang lari bila tengok ikan sungai melompat keluar dari baldi, tak apa. tapi, aku tak dapat letak kaki dekat dalam sawah, cis ! i nk buat nanti okey?
berada dalam rumah yang seakan rumah pusaka arwah atuk & nenek buat aku rindu pada kenangan kecil, walapon hanya tepi jalan ke bandar je pun rumah pusaka atuk nenek tu. rindu pada keriangan. di sini, makan berasing adalah normal, tapi di sana masih makan semeja sama sama buat aku rindu dahulu kala.
hey you, thanks a lot :) appreciate it alot.
*i love you, november :)
RM 0.99, Cukupkah Untuk Membeli Kesihatan?
2 months ago

No comments:
Post a Comment