seringkali kita melabelkan penduduk jalanan itu sebagai orang kurang siuman atau nama mudahnya orang gila yang merbahaya. ya, mungkin, tapi bukan semua dari mereka bahaya.
dari dalam kereta di persimpangan aku lihat seorang lelaki menegur seorang lelaki lain, seolah bertanya khabar. lelaki yang bertanya itu kelihatan seperti tidak siuman atau mungkin lebih tepat aku katakan, penduduk jalanan. lelaki yang menjawab mesra itu barangkali seorang pekerja pejabat berdekatan. dengan senang hati dia menjawab teguran lelaki jalanan tadi.lelaki jalanan itu kemudiannya berlalu ke arah yang aku sendiri tak pasti kemana tujuannya. tapi setengah dari kita akan lari atau memandang dengan pandangan sinis atau takut dengan mereka. aku juga tak nafikan setengah masa memang aku menggelak dari bertemu orang sebegini kerana takut. haha.
orang sebegini kau boleh temui dekat bus station, percayalah. dulu bus station lama dekat melaka ada orang kurang siuman. dia tak pakai compangcamping, segak bergaya kot pakaian, muka boleh tahan, tapi gila. yang menakutkan dia tarik-tarik tangan kalau kita cuba lari. teruk juga nak menggelak tiap kali kena turun situ untuk tukar bus. aku lagi rela duduk dalam bus lelama dan panas dari berdiri teman berangin tapi kena ganggu. aku lagi takut mengadap mereka yang sebegini dari orang yang berpakaian compangcamping dan kadangkala mengemis demi sesuap nasi.
malah ada juga kanak-kanak yang terbiar dijalanan, menganggu mereka-mereka yang lalu lalang dengan kerenah dia. aku kurang pasti sama ada dia waras atau tidak. mungkin tidak waras di tahap kurang bahaya. ada juga makcik-makcik yang tidak waras yang berkeliaran di sana sini. tapi bukan semua yang menyelongkar tong sampah itu tidak waras, itu aku pasti la !
tapi pernahkah kita terfikir mengapa mereka jadi begitu? mengapa mereka berbahaya dan setengah darinya tidak berbahaya ? dengan pakaian compang camping seolah tidak mandi sebulan serta rambut yang serabai mengundang bau tidak menyenangkan, aku tertanya-tanya, bagaimana mereka hidup ? makan kah mereka? tempat tidur usah cakaplah, mereka pasti tidur tepi jalan kaki lima kedai-kedai dimana-mana saja. pernah juga tertanya-tanya, tiada keluarga kah mereka? tapi persoalan itu tinggal tidak berjawab langsung. mungkin satu hari nanti aku akan dapat jawapannya.
*ketensionan menyiapkan kerja, inilah jadinya, merapu!*
RM 0.99, Cukupkah Untuk Membeli Kesihatan?
4 months ago

No comments:
Post a Comment