Thursday, February 10, 2011

kanak - kanak

aku rindu sekumpulan kekanak yang aku hadap 4 hari masa pergi johor untuk kerja.

kanak-kanak mungkin memeningkan kau, aku mahupun sesiapa saja yang melayan mereka. dalam lingkungan umur 2 hingga 9 tahun, pasti pening untuk melayan mereka yang petah bertanya itu ini tentang semua lebih-lebih lagi tentang alat yang mereka tak pernah biasa bermain bersama. apa kegunaan itu, kenapa macam itu, kenapa kena macam ini. itu normal. melayan kerenah anak saudara bernama zaheen aleesa sudah cukup memeningkan tapi seronok kerana dia sangat comel dan petah. taklupa kerenah nabil yang hyperactive tapi kini dah macam malu-malu dengan makcik sndiri. ces!

percaya atau tidak, kanak-kanak insan paling jujur yang kau akan jumpa dalam hidup. mengapa? sebab mereka takkan pandai menipu, cara mereka jujur dan polos walaupun kadangkala buat kau geram dan rasa ingin makan mereka. benar kan ? tapi kanak-kanak, mereka ini naif & suci. indahnya dunia mereka takperlu berfikir itu ini yang merumitkan. hanya permainan dan bergembira selain pergi sekolah dapat baju & mainan baru, itu sudah cukup. tak perlu risau tentang hal itu bil itu bil ini. malah, pergaduhan kanak-kanak hanya seketika, mereka akan berbaik-baik semula. kutuk mengutuk antara mereka hanya sementara, tapi kita  tak mampu kan begitu ? sedangkan kawan pun boleh jadi seperti orang asing yang seolah kau takpernah kenal & lepak bersama bergurau senda.?

kanak-kanak yang aku hadap selama 4 hari cukup memeningkan, ada yang banyak bertanya, ada yang suka main pukul curi, ada yang buat aku geram rasa nak gigit-gigit. benda yang kau marah itu lah yang akan dia ulang hingga kau geram sangat. haha. tapi kerenah mereka sedikit sebanyak buat aku rindu zaman kanak-kanak yang mana aku takperlu merasai stress. well, stress itu kehidupan juga bukan? pasrah saja dong! :)

bukan senang nak melayan kanak-kanak, perlu ada kesabaran yang tinggi. tapi, bukan semua orang sayang dan suka pada kanak-kanak. tidakkah begitu ? mungkin kau akan puji dia comel dan sebagainya tapi untuk menjaganya, kau sanggup? tepuk dada tanya hati :)

2 comments:

Anonymous said...

alolololo comelnya entri kauu! :D

.amiey. said...

thanks :)