Friday, August 7, 2009

bangsa & agama

Kau rasa penting ke semua tu dalam menjalinkan persahabatan ?
Kau rasa perlu ke kita semua berdebat bertekak bergaduh kerana itu ?

Aku terjumpa kata-kata ini kat muka depan NST kelmarin kot. Aku tak pasti kata-kata siapa.

"every one of us must respect each other's rights and feelings, be tolerant of each other's religions, customs and habits"

Tapi aku rasa zaman sekarang semua nak gaduh-gaduh macam apa tah.

Kau ada tengok filem Gaduh ? Apa yang diorang cakap tu betul, setengah dari kita fikir macam itu tentang kaum lain, tapi aku rasa melayu sendiri pun bukan bagus, bukan nak cakap bangsa lain tu bagus ye. :)

Aku bukan racism ye.

Bila tengok iklan Merdeka " How to spell Dinosaur" aku tertanya-tanya, betul ke bangsa tu penting kalau nak berkawan?

tepuk dada tanya selera ;)

Tak kira kau bangsa apa, agama apa, kalau ikhlas mahu jadi kawan, mari ;)

Wednesday, August 5, 2009

h1n1 ohhh h1n1

Satu malaysia dah kecoh. sane sini IPTA , sekolah tutup sementara sebab virus ini.

Adik lelaki aku cuti angkara H1N1, tapi boleh pergi main bola dekat stadium melawati. Balik² dia batuk betul² dekat muka aku yang sememangnye demam dengan kadar pasang surut sejak balik dari Penang. Sekarang si bongsu pulak cuti H1N1. Adek kat Jepon da warning pastikan rumah bebas H1N1.

Aku belum pergi check. Sejak balik, botol 100plus peneman setia bersame air cap badak. Taklupe pil panadol sebijik dua. Demam tadela teruk sangat, selsema kadangkala je bersin, batuk kadangkala jua. Tapi, telinga aku panas, aku tak selesa sampai aku amik ais letak. Taksuke telinge aku sakit, harituh da sakit macam masa dulu-dulu tu. Benci. Mintak-mintak bukan h1n1. fuh fuhh.

Skarang tunggu je la si Jepun tu balik. Tengok ape die borong dalam beg dia.

Tuesday, August 4, 2009

well, its nice to meet you sir ! ;)



aku layan pusing pusing lagu ini berkali kali. lirik dia tajam! meh ah layan.

you treat me just like another stranger
well its nice to meet you sir
i guess ill go
i best be on my way out


peace no war. mekaseh.

Sunday, August 2, 2009

egois

Setiap orang dalam dunia ni, baik kau aku atau pun dia, ada egonya ada tahap keegoannya. Tapi ada setengah orang, egonya tinggi, membabi buta sampai memakan diri.

Kau tak perlu berlagak sepanjang masa kau okay sedangkan kau perlukan bantuan kawan².
Kau tak perlu berlagak setiap saat kau gembira sedangkan kau sangat sedih & perlukan kawan².
Kau tak perlu berlagak setiap detik kau tu kuat sedangkan kau harapkan ada yang memahami.
Kau tak perlu berlagak kau tak bersalah sedangkan kau tahu itu salah dan hati kecil kau rasa bersalah tapi ego kau melarang kau mengaku.

Apa guna ego kalau secara membabi buta?
Yang mana akhirnya menyusahkan kau?
Yang mana akhirnya memudaratkan perhubungan kau dengan sekeliling?
Yang mana akhirnya menyebabkan kau keseorangan?
Yang mana menjauhkan kau dengan orang yang kau perlukan?

Ada masa ada tempat ego memang perlu tapi tak perlulah sampai membabi buta. Tak ada salahnya merendah diri mengakui kesalahan diri, meminta maaf atas kesilapan lalu, menerima pandangan orang lain, meminta bantuan orang lain.

Apa guna kawan kalau kau lebih pentingkan egois kau?

Saturday, August 1, 2009

dua tahun

Kau pernah tak ada seorang kawan yang kau jumpa hanya setiap dua tahun sekali atau yang kau dengar cerita tentang dia hanya setiap dua tahun sekali? Sedangkan kau dulu boleh kata akrab dengan dia? Aku ada.

Setiap dua tahun aku jumpa dia sekarang ni. Baru minggu lepas aku jumpa, bila sejak setahun lepas aku contact dia tak dapat. Ajaibnya dia called aku bila dapat sms yang aku hantar, katenya berkali-kali dia called aku sejak lame dulu, nak inform dia pakai num baru. Katanya, berkali dia cuba, asyik perempuan lain yang jawab, maknanya operator la. Haha. Lalu sebelum pulang, aku jumpa dia. Dia masih macam dulu, masih suka mahu tarik hidung aku, masih suka menyakat aku. Celaka aje, free² kena buli. Tapi aku gembira tengok kau riang.

Kelaka kan? Setiap dua tahun sekali baru dapat jumpa. Takdir mungkin. :)