Friday, August 21, 2009

Selamat Datang Ramadhan Al - Mubarak

Ramadhan datang lagi. Mungkin ramadhan terakhir utk aku ? Siapa yang tahu apa terjadi esok lusa kan ?

Disini, aku ingin mohon seribu kemaafan dari hujung rambut sampai hujung kaki dari family aku, barisan kesayangan² aku, kawan-kawan aku, mereka mereka yang pernah aku lukakan tanpa sengaja mahupun dengan sengaja. Juga tak lupa buat mereka yang bermusuh dengan aku walaupun aku taktahu sebab, mintak ampun banyak². Aku cuma manusia yang tak lari dari silap yang menghantui diri. Harap-harap diampun!

Ramadhan kali ini, ingin aku perguna sebaik mungkin. Ramadhan yang lepas penuh kesakitan dimana ibadat puasa aku mcm haram skit. Semoga Ramadhan kali ini aku lebih tenang dan tidak menghadapi nightmare yang aku cuba lupakan selama ini. Juga aku dapat menjalani ibadat puasa tanpa halangan seperti yang lalu. Ramadhan kali ini, aku mengharapkan sesuatu yang positif. Semoga semuanya elok-elok belaka. Semoga Ramadhan ini lebih bermakna buat kita semua berbanding tahun sebelumnya.

Selamat datang Ramadhan Al-Mubarak.

Semoga anda semua menjalani ibadat puasa dengan penuh kesyukuran.

Jangan puasa yang yok, senyap-senyap buka periuk =p

3 comments:

Anonymous said...

pose tu bg penoh tau jeju.. haha ;p

selamat berpuasa ;D

.amiey. said...

paan : insyaallah
selamat berpuasa tuk paan & fmaily jugak

AmY said...

selamat puasa, jangan tidur je..haha