sangat unik :)
Kalau kau dilahirkan dalam family pelbagai bangsa, kau mesti faham kenapa ianya sangat unik.
Tradisi dari sejak arwah atuk nenek dan jugak mendiang atuk masih hidup lagi masih berterusan kini. Aku rasa gembira sedikit.
Aunty & Uncle, cousin-cousin papa dari family sebelah nenek yang berbangsa Chitty, setiap tahun akan datang malam before raya, memberikan sedikit kueh mueh, tak lupa muruku! yay!
Kalau dulu mendiang atuk akan datang ke rumah arwah atuk Isa dimana kami semua berkumpul dan dpt duet raya seblom raya, kini diwarisi oleh anak² dia. Bezanya tadak duet raya. Hehe. Kalau masa raya dorg datang, masa Deepavali, kami pula ke umah mendiang atuk, memberikan sedikit juadah sempena Deepavali.
Harap nanti sampai bila bila tradisi ini akan kekal supaya generasi seterusnya tak lupa asal usul mereka :)
Raya pertama, abang mama aka uncle cina akan datang beraya seperti selalu :)
Aku beraya tanpa arwah atuk & nenek, tiada lagi rumah pusaka penceria pagi raya tapi masih bersyukur punya ibu bapa yang masih bernafas, masih sempat aku pohon maaf dan cium tangan di pagi raya. Raya tahun ini sedikit lain, adek dari Jepun pulang beraya setelah dua tahun beraya di sana. Mama pasti excited mahu bawak dia jalan-jalan.
Semoga raya kalian indah dan meriah. Bg yang pulang ke kampung, drive carefully.
Selamat Berhari Raya :)
RM 0.99, Cukupkah Untuk Membeli Kesihatan?
2 months ago

2 comments:
jgn tnye aku beraye kat mne
aku da tnye pon. hahaha
Post a Comment