hidup ini penuh drama yang kau takkan jangka apa terjadi. bukan macam drama tv, yang sudah diolah jalan cerita. hidup ini bukan berkenaan hanya kita tapi orang sekeliling kita. sebab mana mungkin kita boleh hidup tanpa orang yang menceriakan harihari kita? tapi hidup ini penuh dengan keputusan yang tak dijangka, yang mana kadangkala membuat kau tertanya-tanya kenapa? kenapa? dan kenapa? tanpa henti.
tapi percayala, berhenti bertanya kenapa sebab kau takkan dapat jawapan yang setepatnya. mempersoalkan kenapa kenapa kenapa hanya akan membuatkan otak kau separa gila memikirkan jawapan yang bernas yang mungkin kau mahu jawapan yang memuaskan hati tapi tidak mampu menerima jawapan yang menyakitkan hati.
aku pernah bertanya dengan diri aku, dengan sekeliling aku kenapa kenapa kenapa tapi malangnya aku tak temui jawapan yang sebernasnya yang mampu membuat aku terasa lapang. belajar berhenti bertanya kenapa pada setiap perkara yang terjadi dalam hidup adalah antara apa yang aku pelajari secara perlahan dan sejujurnya aku masih belum mampu berhenti bertanya cuma aku sudah tidak terlalu bertanya.
percayalah, bertanya kenapa tidak akan memberikan kau jawapannya. kerana satu hari, dengan sendirinya soalan itu akan terjawab pada masa dan saat yang kau takpernah terfikir pun.
*finally sudah jumpa baju utk kenduri, tapi kaennya? ishhh
RM 0.99, Cukupkah Untuk Membeli Kesihatan?
2 months ago

8 comments:
asal kena berhenti bertanya kenapa?
asal?
amek kain batik itam mama,ikat cntik2...cara ikat,blaja dlm intrnt hwahuwahuwa
ketahuilah,bahawa kalam ALLAH telah diangkat sejak bumi diciptakan..takdir sudah di tetapkan.kesudahan hidup sudah di tentukan...
kita yang tidak tahu rahsia ALLAh,hnye perlu berusaha sambil berdoa itu yg terbaik..
bijen : sbb secare tersndri jawapan tu akan ko dpt bila tiba masanya.
ano : weh mama ada kaen batik mmg byk, mcm gua pandai pakai je. penah pulak ko tgk aku pakai.
ok tak tanya :P
lai, upload gambar baju
:P
pening gak aku bace ni
amy : haha tungu la gmbr kenduri
zaher : kesian
lu pakai je kain batik..
lepak2 la blog gua, rilek2..
sang harima : mmg wa pakai kaen batik pon esok
Post a Comment