Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).(QS Al-Alaq, 96:1)Kedengaran familiar ayat di atas? ya, sangat familiar bagi yang beragama Islam.
Entah kenapa aku quote ayat di atas tapi aku pasti ramai yang pernah binggung atau pernah terbabas dari landasan bukan ? admit it, we're all human, we do make mistakes in life. takperlu malu atau segan kerana kau tak mampu mengatasi segalanya dengan menjadi malu dan segan. peringatan untuk diri sendiri lah juga.
Pernah tak antara kamu, terasa seperti kehilangan atau kekosongan sesuatu yang mana bila kau tak mampu nak membaca sesuatu yang kau pernah baca dan pelajari sejak kecil, yang mana bila kau buka buku tersebu, segala ilmu yang pernah kau pelajari bagaikan hilang entah kemana ? Pasti ada yang pernah kan ? Aku juga pernah, tapi syukurlah aku masih punya kewarasan fikiran untuk mengatasinya. Syukur kepada Allah swt kerana masih memelihara insan yang hina ini.
Aku pasti ramai antara kita pernah kehilangan landasan yang pernah mereka ikuti dulu, tapi aku pasti ramai yang segan dan malu untuk mengatasi nya. biasa lah, orang akan pandang serong dan memerli. tipikal orang melayu, macam itu lah. bukan nak kata, tapi hakikat yang diakui semua. tak begitu ? kalau tak setuju, takpa, ini hanya kata jiwa aku, yang mana aku sendiri pernah menjadi bagaikan orang yang kena cultural shock dari sekolah pelbagai kaum kepada kolej satu kaum. agak mengejutkan juga persekitaran itu.
Berbalik kepada situasi "bacalah", tak salah andainya kau bantu mereka yang tersesat jalan kan bila mereka sendiri mahu mengubah diri ? untuk apa perlu pandang hina pada mereka sedangkan mereka juga manusia yang mana seperti kau juga. jangan kata kau tak pernah lakukan kesilapan, sebab tiada manusia sempurna dalam dunia ini walaupun robot ciptaan saintis atau pun klon ciptaan saintis sekalipun. bantu membantu itu lebih mulia. mengajar kepada yang buta huruf itu pun agak mulia.
Well, aku bukan bagus sangat untuk bercerita tentang ini, diri sendiri pun tunggang langgang kot. cuma tetiba je terasa begini. takpa, meluahkan lebih baik dari memendamkan, tak begitu? tapi lebih baik aku berhenti sebelum aku mengarut benda yang mengundang kepanasan. haha.
*perubahan untuk kebaikan taksalah, apa salah sokong mereka, ye dak?

No comments:
Post a Comment