Monday, March 14, 2011

isi isi hati

kadangkala kita susah nak cari perkataan sebagusnya untuk luahkan apa kita rasa tentang seseorang mahupun tentang bagaimana mahu katakan yang dia penting dalam kehidupan kita. walaupun kau ada blog ada tumblr ada facebook ada buku nota, kadangkala susah mahu mengarang ayat sebab kadangkala kalau cakap straight to the point kang macam segan macam malu gila kan ?
rasanya aku antara orang yang paling bangang sekali dalam benda pasal perasaan ni rasanya kot. punya lah kalau nak bagitahu rindu pun aku malu gila, apa lagi malu kot orang yg aku rindu tu kata dia baca apa aku tulis psal rindu kt sini , memang depan depan dia lah muka merah padam macam kena bakar dengan cabai. mahu kau tak rasa nak blah dari situ la kan tapi nak wat cemana, hujan membataskan pergerakkan untuk melarikan diri. sudahnya, sweater tutup muka lah sambil kipas2 muka. -__-"
kadangkala aku takut, takut kalau aku merimaskan dia, takut kalau aku buat dia bosan, lalu sebelum ini aku jarakkan diri, akibatnya rindu gila tapi ego. nice one jeju ! tapi sekarang aku takut, takut aku buat silap atau ada kata-kata aku buat dia terasa. bukan boleh percaya otak gila aku ni, kang tak sedar apa yang termerepek mau terseksa diri sendiri pulak. kadangkala bila dia kata sorry, aku rasa sedih seolah aku minta macam-macam dengan dia pulak, sedangkan aku dah cukup rasa terharu dengan apa yang dia buat. apa yang dia buat sudah lebih dari cukup sebab aku sememangnya gembira .tapi lah kan memang aku takboleh elak dari caring pasal dia, takut jugak kalau dia rimas aku caring sangat. nak buat macam mana, aku memang macam ini. -__-"
kadangkala aku cuma harap dia mengerti tanpa perlu tanya aku "kenapa" :)

1 comment:

nabnab said...

cecececececceceecececeeceeeeeee