Wednesday, November 23, 2011

monolog dengan diri 2

terjaga 3 pagi, langsung mata tidak mahu kembali lelap...


dalam dingin, aku masih mahu sebenarnya..
dalam dingin, aku masih ketakutan sebenarnya..
dalam dingin, aku simpan sedalam yang mungkin..
tertanya-tanya sendiri, wajarkah?
ada suara sinis berbisik, "mampukah kau?"
kalau sebelumnya aku mampu bertahan,
pastinya aku masih mampu kini.
ya, aku pasti boleh..
mungkin, ini yang terbaik.
mungkin, ini yang seharusnya.
mungkin, wajarlah ianya kekal disitu.
tersimpan paling dalam, buat selamanya.


dan mungkin suatu masa nanti, akan aku temui jawapannya.

No comments: