Wednesday, February 9, 2011

rahsia setiap kita

kita semua ada cerita yang tersorok dalam jiwa
cerita yang tak siapa kan pernah tahu
terselit kukuh tanpa ketahuan mereka yang akrab
mengapa ?
kerana kita semua ada rahsia hanya kita saja yang tahu
perit atau pedih, hanya kita yang rasai
akan ada mata-mata yang mempersoalkan
mengapa tidak berkongsi ? 
biar susah sama susah, senang sama senang
tapi tanya hati kamu sendiri
apakah kau tak punya rahsia yang mereka tahu ?
tepuk dada tanya hati
bicara dengan akal dan jiwa kamu
kita semua ada cerita tersorok 
yang tersimpan rapi dalam jiwa

Friday, January 21, 2011

tak manis untuk mencarut

like i care ?

walaupun hakikatnya, ye benar, tidak elok untuk perempuan mencarut. tapi hakikatnya ada situasi yang dibolehkan kot? sesuka hati jiwa raga aku je kata dibolehkan. ya ampun. tapi zaman serba moden ni jangan kata kau yang perempuan tu takpernah mencarut la kan ? bertudung tak bertudung, kalau dah tahap sabar tu hilang, kau maki & carut jugak kan? maybe dalam bahasa yang paling sopan yang di alter-alter macam alter seluar yang besar agak tidak terasa teruk kan. siapa tahu? tepuk dada tanya hati la~

Okay, dengan rasa tak malunya aku admit, mencarut itu macam sinonim dengan aku. tapi aku tahu batasan untuk mencarut & memaki. ada perkataan-perkataan yang takkan aku guna untuk mencarut walaupun hakikatnya kata-kata tersebut memang termasuk dalam list senarai kata yang biasa digunakan untuk mencarut. kenapa? saat itu maknanya aku masih boleh lagi bersabar dan cuba lagi bersabar. tapi kalau kau dah kena kata-kata tu la kan, jangan cuba nak muncul lagi depan aku sebab itu tandanya aku memang dah hilang kesabaran and you deserved it. aku bukanlah jenis tahan sabar lama gila tapi kadangkala gila tak percaya aku ni boleh sabar dalam setengah situasi yang memang totally fucked up kot. haih.

Tapi, aku memang sedang mencuba mengurangkan mencarut dekat orang. tapi, dalam setengah situasi kau guna kata sinikal saja lah senang kan ? aku pernah lah berpakat dengan kawan - kawan guna bahasa pertukaran time bulan puasa kalau rasa nak mencarut. tapi bukan dalam semua situasi kita mencarut pasal marah. macam setengah situasi kita mencarut secara bergurau senda ja pun ( kalau korang paham apa aku try nak kata lah ) atau mungkin digunakan sebagai penyedap ayat dalam setengah perbualan. tapi itu lebih kepada perbualan lelaki la kan. perempuan nk buat macam tu memang ada tapi jarang la. kurang sopan bak kata orang.

sebenarnya memang tak elok mencarut, marilah sama - sama kita berusaha menguratkan carutan baik lelaki mahupun perempuan :D

Wednesday, January 19, 2011

bacalah selagi berpeluang

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).(QS Al-Alaq, 96:1)
Kedengaran familiar ayat di atas? ya, sangat familiar bagi yang beragama Islam.

Entah kenapa aku quote ayat di atas tapi aku pasti ramai yang pernah binggung atau pernah terbabas dari landasan bukan ? admit it, we're all human, we do make mistakes in life. takperlu malu atau segan kerana kau tak mampu mengatasi segalanya dengan menjadi malu dan segan. peringatan untuk diri sendiri lah juga.

Pernah tak antara kamu, terasa seperti kehilangan atau kekosongan sesuatu yang mana bila kau tak mampu nak membaca sesuatu yang kau pernah baca dan pelajari sejak kecil, yang mana bila kau buka buku tersebu, segala ilmu yang pernah kau pelajari bagaikan hilang entah kemana ? Pasti ada yang pernah kan ? Aku juga pernah, tapi syukurlah aku masih punya kewarasan fikiran untuk mengatasinya. Syukur kepada Allah swt kerana masih memelihara insan yang hina ini.

Aku pasti ramai antara kita pernah kehilangan landasan yang pernah mereka ikuti dulu, tapi aku pasti ramai yang segan dan malu untuk mengatasi nya. biasa lah, orang akan pandang serong dan memerli. tipikal orang melayu, macam itu lah. bukan nak kata, tapi hakikat yang diakui semua. tak begitu ? kalau tak setuju, takpa, ini hanya kata jiwa aku, yang mana aku sendiri pernah menjadi bagaikan orang yang kena cultural shock dari sekolah pelbagai kaum kepada kolej satu kaum. agak mengejutkan juga persekitaran itu.

Berbalik kepada situasi "bacalah", tak salah andainya kau bantu mereka yang tersesat jalan kan bila mereka sendiri mahu mengubah diri ? untuk apa perlu pandang hina pada mereka sedangkan mereka juga manusia yang mana seperti kau juga. jangan kata kau tak pernah lakukan kesilapan, sebab tiada manusia sempurna dalam dunia ini walaupun robot ciptaan saintis atau pun klon ciptaan saintis sekalipun. bantu membantu itu lebih mulia. mengajar kepada yang buta huruf itu pun agak mulia.

Well, aku bukan bagus sangat untuk bercerita tentang ini, diri sendiri pun tunggang langgang kot. cuma tetiba je terasa begini. takpa, meluahkan lebih baik dari memendamkan, tak begitu? tapi lebih baik aku berhenti sebelum aku mengarut benda yang mengundang kepanasan. haha.

*perubahan untuk kebaikan taksalah, apa salah sokong mereka, ye dak? 

Tuesday, January 18, 2011

skill yang hampir berkarat ..

Januari dah nak masuk hujung bulan aku baru nak menulis, bravo ! padahal banyak je yang terjadi kot? takpa, simpan sorang cukup lah.

Well, sejak aku kena kerja bahagian technical-technical ni, aku dah hampir lama tak buat sesuatu yang aku sangat suka, sesuatu yang aku masih rasa ragu-ragu untuk lakukan.  kalau nak kira pergi bercuti tu aku snap, tak sangat sebab cuaca tak begitu mengizinkan serta kemalasan aku membawa kesayangan yang satu itu keluar kerana cuaca yang kadangkala tak menentu. agak cuak jugak sebab kalau rosak, aku jugak yang menangis tak berlagu. sayang punya pasal la katakan. -__-" pernah terjadi okay, boleh tahan jiwa kacau jugak masa terjadi tuh.
Tapi, semuanya bakal berakhir nanti, insyaallah aku dapat buat sesuatu yang aku suka itu kembali dalam masa terdekat. semuanya masih dalam perbincangan, dan jika berjaya, alhamdulillah, syukur kepada-Nya atas segalanya. mintak-mintak segalanya berjalan lancar untuk satu kali ini. amin!  nanti dah boleh go on dengan misi yang lain terus lah jawabnya. yes! :D

At least bolehlah aku asah skill yang aku rasa dah berkarat gila kot sebab dok peram je. haihh. teruk betul, sepatutnya aku pergi asah, tapi nak buat macam mana, keadaan tak mengizinkan aku pi mengasah, asal nak mengasah je ada je halangan yang mendatang. haihhh. takpa takpa, nanti nak pergi kena pegi asah skill jugak, kang dibuatnya menggelabah, haru je hasilnya nanti. doakan aku ye! :D

Btw, cuaca masih lagi sejuk beku yang mana memaksa aku berselimut & bersweater. nampak sangat badn kecik habis tade lemak macam orang lain. -___-" takpa, janji tak sakit lagi. tapi bersyukur gila tak panas terik sebab kalau panas nanti, asyik nak pergi mandi je, takboleh jugak, mahal bil air nanti kan. tapi sejuk-sejuk buat aku lapar, rasa nak makan je tapi masih kecik dan tidak naik berat sangat. hihihihi~ syukur syukur.

Saturday, January 1, 2011

2011 is saying hello

everyone is hoping for happiness, luck and all those good thingy but i'm not going to hope for that, because it will just be another year to go and another lies to be heard. =) negative thinking? maybe, i cant pretend to be so happy because after all im not cheering for this coming new year.

btw happy new year.