hari ini langit menangis dengan sepuaspuas hatinya.
sehingga hampir menitiskan airmata
sang perempuan yang baru bergelar isteri kepada seorang lelaki.
menimbulkan risau di hati sang ibu.
tertangguh seketika majlis persandingan
tapi masih berlangsung meriah.
terbina sudah sebuah masjid.
tersimpul mati sudah satu ikatan.
Saturday, October 31, 2009
air mata langit malam
Thursday, October 29, 2009
berhenti bertanya kenapa
hidup ini penuh drama yang kau takkan jangka apa terjadi. bukan macam drama tv, yang sudah diolah jalan cerita. hidup ini bukan berkenaan hanya kita tapi orang sekeliling kita. sebab mana mungkin kita boleh hidup tanpa orang yang menceriakan harihari kita? tapi hidup ini penuh dengan keputusan yang tak dijangka, yang mana kadangkala membuat kau tertanya-tanya kenapa? kenapa? dan kenapa? tanpa henti.
tapi percayala, berhenti bertanya kenapa sebab kau takkan dapat jawapan yang setepatnya. mempersoalkan kenapa kenapa kenapa hanya akan membuatkan otak kau separa gila memikirkan jawapan yang bernas yang mungkin kau mahu jawapan yang memuaskan hati tapi tidak mampu menerima jawapan yang menyakitkan hati.
aku pernah bertanya dengan diri aku, dengan sekeliling aku kenapa kenapa kenapa tapi malangnya aku tak temui jawapan yang sebernasnya yang mampu membuat aku terasa lapang. belajar berhenti bertanya kenapa pada setiap perkara yang terjadi dalam hidup adalah antara apa yang aku pelajari secara perlahan dan sejujurnya aku masih belum mampu berhenti bertanya cuma aku sudah tidak terlalu bertanya.
percayalah, bertanya kenapa tidak akan memberikan kau jawapannya. kerana satu hari, dengan sendirinya soalan itu akan terjawab pada masa dan saat yang kau takpernah terfikir pun.
*finally sudah jumpa baju utk kenduri, tapi kaennya? ishhh
Tuesday, October 27, 2009
bad & good news in one day
apa perasaan kau?
mesti bercampur-campur kalau kena begini kan?
dapat dua berita dalam satu hari.
nak rasa happy takboleh banyak-banyak.
nak rasa sedih pun takboleh banyak-banyak.
takpa, berlaku adil, bagi dua! haha.
gila sudah agaknya aku ni.
*sabtu ni kenduri, mana aku nak cari baju pink pepel? mama mcm taksudi tolong. haihh
Sunday, October 25, 2009
g u d l u c k a l l
dengan bermulanya musim study week bagi kebanyakkan universiti, kolej dan sebagainya aku nk wish gudluck dekat semua kawan-kawan yang bakal bertarung dalam dewan yang sejuk beku mahupun panas.
sediakanlah senjata korang yeh?
asah tajamtajam pisau belati masing-masing. HAHA.
bagi yang final year, all the best & semoga korang graded dengan jayanya.
bagi yang 1st year, sila kumpul pointer dengan banyak demi masa depan anda.
bagi yang tetengah year, ape lagi, chaiyok-chaiyok! :D
gud luck untuk mereka yang berada di Penang, Bangi, Shah Alam, KL,Johor, Perak, Kedah, Sabah & Sarawak.
ahhh! satu MALAYSIA la senang.
hari macam macam hal
ya hari mcm mcm hal.
hari 3 kali terhantuk dekat kepala.
hari melawat kawasan.
hari menjadi jakun.
hari melompat-lompat di tengah jalan raya.
hari makan sampai muntah.
tehehe
sangat seronok.
thanks moo², ema & capik :D
