ya, mungkin lebih afdal dikatakan bulan perkahwinan memandangkan cuti sekolah sudah bermula.
hampir setiap hari sabtu / ahad bulan ini aku ada jemputan kenduri kawen kawan-kawan :)
terbaru, salah seorang team gigmate 12org yg bercuti ke PD hampir 3tahun lalu sudah sah bergelar suami org.
dan berjumpa dgn mereka yg dirindui secara serentak walaupun tidak cukup lengkap agak menyeronokkan :)
tapi, mungkin lebih indah kalo cukup, apakan daya masing2 punya komitmen sekrg. lama rasanya kami tak lepak serentak tp ala diorg semua kat kuala lumpur, bole la ;p
seperti biasa, soalan cepumas diajukan kpd aku. haih, salah org betul. korang patut tanya yg dah ada gf / bf tu tau. aku ni, tak ketahuan mana tulang rusuk aku pergi. hahaha ;p
kepada mereka yg sudah selamat bergelar suami / isteri orang, tahniah. moga berkekalan hingga ke syurga :)
Monday, December 5, 2011
december - bulan kenduri kawen
Wednesday, November 23, 2011
monolog dengan diri 2
terjaga 3 pagi, langsung mata tidak mahu kembali lelap...
dalam dingin, aku masih mahu sebenarnya..
dalam dingin, aku masih ketakutan sebenarnya..
dalam dingin, aku simpan sedalam yang mungkin..
tertanya-tanya sendiri, wajarkah?
ada suara sinis berbisik, "mampukah kau?"
kalau sebelumnya aku mampu bertahan,
pastinya aku masih mampu kini.
ya, aku pasti boleh..
mungkin, ini yang terbaik.
mungkin, ini yang seharusnya.
mungkin, wajarlah ianya kekal disitu.
tersimpan paling dalam, buat selamanya.
dan mungkin suatu masa nanti, akan aku temui jawapannya.
Sunday, November 6, 2011
November 6 - aidiladha ;)
salam aidiladha untuk semua.
tanpa sedar, sudah masuk november, sudah berlalu juga hari kelahiran.
kata farid, november - november curse akan jadi double. benarkah? aku sendiri sudah kurang pasti.
hari raya aidiladha, aku tertanya diri sendiri, apa yang aku korbankan ?
dan kalian, apa yang jadi pengorbanan untuk hari ini ?
ingin bercerita, tapi kesihatan tidak mengizinkan. nantilah aku bercerita.
selamat hari raya sekali lagi ;)
dan, selamat hari jadi pada mereka yang lahir pada bulan november :)
Sunday, October 30, 2011
misunderstood leads to hatred
ada sebabnya kenapa orang kata, tak suka jangan ambil tahu atau follow.
ada sebabnya kenapa orang kata, tanya dulu jangan main serkap jarang.
ada sebabnya kenapa orang kata, jangan campur kalau taktahu hujung pangkal cerita.
ada sebabnya kenapa orang kata, tak kenal jangan sibuk nak bercerita tentang orang berkenaan.
ada sebabnya kenapa aku kata, misunderstood leads to hatred.
kau tahu? salah faham boleh menghancurkan satu relationship, satu hubungan persahabatan atau mungkin juga satu hubungan kekeluargaan. pastinya kau tak tahu, sebab itu kau buat kan? takpa. :)
dan kerana penat yang amat sangat, aku kini memilih utk berdiam diri, lantak kau lah nak kata apa tentang aku. menjaga hati sendiri pun tak mampu, apatah lagi nak menjaga hati & mulut orang - orang berkenaan.
hidup ini penuh duri, aku pasti mampu lepasi duri ini, kerana aku telah lepasi duri yang agak tajam dulu.
senyum, takperlu kata apa-apa. :)
Saturday, October 29, 2011
damage ..
“We’re all damaged in our own way. Nobody’s perfect. I think we are all somewhat screwy, every single one of us.” - Johnny Depp
maafkanlah bila ku tak sempurna :)
