satu nikmat tak terhingga rasanya. kenapa?
kerana aku suka & cinta sangat dengan air mata langit.
kerana aku sang gila yang riang ria dalam deras air yang turun dari langit.
kerana aku takkan peduli sakit yang akan datang bila bermain air dari langit.
kerana aku akan ingkar dengan mereka yang melarang aku berpesta dalam tangisan langit.
kerana aku boleh menghapuskan duka dengan air yang turun dari langit.
orang kata, "hujan itu rahmat"
dan aku cuma mengiyakan saja.
orang kata, "jangan main hujan, demam nanti"
dan aku cuma senyum.
oh dunia ini terasa indah dengan kehadiran hujan.
indah lagi bila mata kau terasa mamai dalam kesejukan sampai kerja pun terabai.

3 comments:
hujan buat aku malas pergi kelas.
hehe...
aku pon sntiasa mamai dikala hujan..haha..
bez2 mandi ujan..
nnti kte men ujan sama2 ek..=)
hehe
apit : hujan time nk g kelas buat aku redah je.
moja : hahahahha~ aah best tp aku salu dilarang main hujan skang.
jom2
Post a Comment