seorang kawan bertanya siang tadi. mcm mana aku tetiba menjadi tabah.
ya, aku pernah jatuh, jatuh yang buat aku tak mampu berdiri ..
ya, aku sesat dalam mimpi, mimpi yang buat aku tak mampu terjaga lagi ..
tapi lewat beberapa hari yang lalu, aku semakin cekal.
mahu tahu rahsianya? inilah dia. rahsia kebangkitan aku. *cam poyo plak*
1 - hidup ini terlalu singkat untuk kau biarkan hidup penuh kesedihan sedangkan ada banyak benda indah terjadi setiap hari di sesekeliling kau yang sepatut kau perhatikan. rugi la. banyak lagi benda menarik bole aku dalami & pelajari.
2 - hidup aku atau kau pasti penuh dengan kawan² yang tak jemu² berikan semangat. ada kesayangan kawan selain family, ape lagi aku perlukan ? tanpa kawan, aku hidup bagaikan tanpa matahari.
3 - impian aku hampir hilang angkara mimpi yang menyesatkan aku. mana boleh. aku mesti capai impian tu. cuba fikir, untuk apa lupakan impian yg kau impikan demi orang lain? lebih baik tak perlu ada impian. btol?
4 - takdir tertulis ini ceritanya. sebahagian dari perjalanan hidup, jadi untuk apa kau berhenti kala ini? pasti ada yang lebih hebat tertulis untuk kau. bak kata orang, yang di atas sana pasti telah aturkan perkara yang lebih baik utk kita. ini cuma dugaanNya.
5 - sebab aku tabah :) sila tanamkan ini dalam diri setiap dari engkau ye.
inilah antara perkara yang aku fikirkan bila aku duduk sendirian berjam-jam lamanya sebelum ini. rahsia untuk kau bangkit semula kawan. mari melawan.
lupakan air mata, tampilkan senyuman ceria. kau berhak untuk bergembira untuk diri kau sendiri sbb ini hidup kau.
cube kau layan lagu dewa - hadapi dengan senyuman takpun lagu menghapus jejak by peterpan atau fix you by coldplay :D
atau, mari sini aku peluk. :p

6 comments:
hidup terlalu singkat.
bungakan lah hidup anda sebelum ia layu.
tau xpa :)
btol2...hehe..
nk plok bleh kah??
haha..=p
mood:nakal gedik
moja : hahah ololo meh la nk pelok. hehe
*mood : miang*
kisah semua orang pasti beda kan.
yang kisah kau macam ni
yang orang lain punya?
pasti lain
takpa lah
pengalaman buat kau tabah
pengalaman juga buat kau matang
paling penting, pengalaman buat kau lebih menghargai semuanya
:)
yep ada setgh kisah laen tp ada setgh kisah lebih kurang
haha yg penting hati mesti tabah
hehe
mekaseh nabil
Post a Comment