seminggu, ya seminggu dikelilingi pelbagai ragam pesakit, nurse, doc dan ubat-ubatan serta jarum-jarum suntikan yang buat aku fobia serta bilik yang selesa tanpa bau ubat seperti dulu-dulu. kawan-kawan tak tahu, malah kata aku bergurau lawak sengal, haha. yang tahu pun hanya sikit, terima kasih untuk segala sms n call itu ya. mujur dah keluar sebelum ada yang nak datang melawat.
seminggu cukup lama untuk aku sedar tentang banyak perkara. tentang kesukaran hidup, tentang kekosongan yang wujud dalam hati setiap orang yang bernyawa, tentang keazaman yang kuat & kesabaran yang tinggi. aku juga belajar bahawa kematian itu sebenarnya terlalu hampir dengan kita. aku sedar mati itu pasti, cukup sedar. malah aku kira beruntung sekurang-kurangnya aku tidak kekurangan apa-apa dalam kehidupan.
berada dalam keliling yang rata-rata pesakit yang kronik yang adakalanya amat degil kadang-kadang buat aku terfikir tentang kesabaran tinggi yang ada pada doktor-doktor serta nurse yang merawat. macam-macam ragam ada. kau takkan jumpa dekat mana-mana. ada yang tengah-tengah malam buat bising, ada yang tengah-tengah malam mulut menyeru "cucu, cucu".. sayu je hati aku, tapi aku nak tolong apa. kesian tengok, tapi berat lagi bahu dia.
perkara paling fobia yang buat aku mengigil sampai menangis diam-diam bila seorang pesakit yang baru dua hari masuk akhirnya meninggal .. aku tak nafikan aku si penakut dengan mayat apa lagi dengan blok kau yang hanya 3,4 tingkat dari bilik mayat, dengan malam-malam kadang-kadang ada bunyi2 yang dibuat oleh pesakit lain yang meragam tak tahan sakit atau saja mengada-ngada. kau jugak takkan mengetahui berapa banyak pesakit yang terlantar dan menghembus nafas terakhir di katil yang kau terbaring kan? itu semua aku bawak jauh dari minda supaya malam aku lena seperti yang sepatutnya.
duduk hospital bermakna dalam 4,5 pagi kau akan dikejutkan untuk tekanan darah ataupun suhu badan yang mana pukul 7 sekali lagi kau akan dikejutkan. bila meja kecil itu lalu sama ada kau kena suntik atau dapat ubat. mujur aku tak dapat ubat sebanyak makcik seorang tu, sampai 13bijik kena. -__-" dalam tak suka lauk hospital, aku makan jugak nasik sampai habis tapi lauk tak habis mana. nk buat macam mana tak makan nanti kena suntik nak amek darah lagi kang takde tenaga pulak. kiri kanan ada kesan suntik. ada nurse pesan, hati-hati jangan sampai jatuh dekat toilet. haha.
tapi, berada di hospital walaupun sorang-sorang, aku tak sunyi sebab ada makcik-makcik peramah yang baik serta si kecik yang 3hari aku kawan termasuk nurse-nurse yang comei lote baik hati yang selalu aku kacau.
aku takkan lupa hari pertama kena mengadap berpuluh-puluh doc termasuk doc pelatih yang cun hensem semua tapi dok tanya soalan sampai jenuh den nak menjawabnya.
ada banyak perkara tapi tak terluah di sini. tangan masih sakit dengan jarum-jarum. apa pun, semoga makcik-macik di bilik aku cepat sembuh & sihat hendaknya. amin.
RM 0.99, Cukupkah Untuk Membeli Kesihatan?
2 months ago


1 comment:
boleh tau,kau sakit ape?
Post a Comment