sekarang sedang hujan lebat, hati aku tiada perasaan apa.
ya, kita semua kadangkala cuba menjaga hati semua orang agar tiada siapa terasa atau terkecil hati atau apa saja lah labu.
tapi pernah kau fikir yang menjaga hati ini penat ?
sebaik mungkin aku cuba menjaga hati semua orang agar tiada yang terasa atau terkecil hati, tapi kamon lah, aku pun manusia, punya hati jiwa dan perasaan cuma tiada perasaan kejam tahap hell macam setengah orang.
bukan setiap masa aku boleh memuaskan hati semua orang, pasti ada sikit yang terasa.
bukan setiap saat aku boleh memberikan semua orang kesenangan hati.
bukan setiap saat apa saja aku buat atau katakan akan menyenangkan hati semua orang.
sorry to say it again, aku juga manusia biasa, bukan malaikat atau bidadari.
aku juga seperti kalian, tidak sempurna.
maka, maafkan aku andaikan ada masanya aku lebih mementingkan hati aku sendiri kerana aku kira, diri sendiri lebih penting sebab tiada siapa yang akan sentiasa berdiri bersama kau setiap masa melainkan diri kau sendiri.
so, fight for your yourself.
RM 0.99, Cukupkah Untuk Membeli Kesihatan?
2 months ago

1 comment:
betul..sokong!!!
Post a Comment