ya benar, sgt sgt komplikated.
senang untuk kita nasihat orang tapi bila terjadi pada diri sendiri sumpah kau sendiri akan kusut masai walaupun mencuba untuk tidak kusut masai. -__-"
antara perasaan dan kelogikan akal fikiran yang berlandas kan kesedaran terhadap realiti kadang kala agak merimaskan. ya,orang boleh kata, jgn ikot hati tp be realistik tapi tahu kah kau yang even kau cuba berfikiran begitu pon, akan ada bahagian2 kecil dalam hati dan diri kau tidak mahu melakukannya ? ya mmg mudah dan orang yang jadikan ia komplikated tapi ia tak semudah yang kau fikirkan =)
menasihati memang mudah tapi untuk kita sendiri melakukan, perlu kuat dan tidak mudah mengubah apa saja yang kita dah pilih. sbb setiap pilihan yang kita buat, taktahu sama ada ianya betul atau tidak tapi untuk menyesali keputusan yang kita buat,pastinya bodoh :)
dan bila ketakutan lampau mengatasi perasaan, kau lebih mudah pendamkan semua dan biarkan ego menguasai,tapi ianya hanya merimaskan kepala otak kau sendiri. benar, sukar untuk lepaskan yang lalu tapi untuk apa masih memegang pada yang lepas bila kau punya seseorang yang lebih menghargai? mudah kan aku ckp? tapi hakikatnya, rasa itu yang mengikat. ianya terpulang pada masa dan cara seseorang itu sendiri jika benar die mahu sesuatu yang menggembirakan dan tidak lagi menyakitkan seperti yang lalu. tapi kadangkala, ketakutan terhadap berulangnya kejadian itu akan mengakibatkan die cuba menyangkal segala apa yang orang cuba yakinkan :)
permainan perasaan menjadi lebih komplikated bila berkaitan dengan itu ini =)
aku nk jauh dari semua benda komplikated ini boleh? =)
RM 0.99, Cukupkah Untuk Membeli Kesihatan?
4 months ago

1 comment:
kita berkongsi masalah yang sama nampak nya..
Post a Comment