semua orang pernah jadi stranger dalam hidup kau aku atau dia. itu lumrah.
aku terkadang tertanya, apakah kau tak penat ? mengenali seseorang, akrab dengan dia dan hanya kerana sesuatu, yang mungkin salah faham atau sesuatu yang berkaitan dengan perasaan yang pernah hadir, kau dan dia bagaikan stranger yang tak pernah saling mengenali. seolah takpernah saling menyokong, melawak, melepak bersama ? seolah takpernah saling mengenali ?
kekok, yang agak kekok untuk rapat dengan orang lepas beberapa perkara terjadi, tapi biasalah lumrah hidup.
aku sebenarnya sudah penat untuk semua ini, sangat amat penat. kalau nak pergi, pergilah. kalau nak anggap takpernah kenal atau luang masa bersama aku buatlah, dan bila aku ketemu kau di lain masa di masa hadapan, jangan tanya kenapa aku lain, tepuk dada tanya hati sendiri. mungkin aku juga ada mengabaikan orang di masa lalu, ya mungkin, tapi aku cuba sebaik mungkin untuk bersikap adil dengan semua.
benar kata orang, orang datang dan pergi dalam hidup kita, memberi seribu kenangan manis & pahit. tapi yang kekal bukan semua :)
takpa, kita semua pasti berubah, itu lumrah alam realiti ini =) semoga kau bahagia dengan apa saja kau buat di sana. tiada dendam sedikit pun kerana aku ini manusia yang tak reti langsung untuk membenci walaupun macam mana aku kena =)
RM 0.99, Cukupkah Untuk Membeli Kesihatan?
4 months ago

1 comment:
sedang melalui fasa ini sekarang. sabar jelah.
Post a Comment