Tuesday, June 28, 2011

kematangan

ya kematangan, yang mana definisi nya berbeza dari pelbagai aspek aku kira.

orang selalu kaitkan umur yang semakin bertambah dengan kematangan. ya benar, itu penting, kau tak boleh bersikap terlalu keanak-anakkan sebab itu tak menggambarkan umur kau. tapi aku kira, setiap orang membesar jadi matang dengan cara yang berbeza.

ada orang yang membesar menjadi lebih matang dari umurnya kerana cara hidup dia. aku kenal seseorang bertahun lalu, muda dari aku tapi pemikiran dia matang. mungkin cara hidup dia yang agak bersusah payah sejak dari kecil & juga dia perlu menjadi abang kepada adik-adik yang membesar di zaman penuh teknologi ini. aku cukup respect cara dia. dia ajar aku untuk usaha sendiri dalam apa jua yang aku buat, dan cuba cari pelbagai cara yang berlainan jika tak memahami sesuatu itu. jangan harapkan orang untuk lakukan itu untuk kita. sebabnya dulu, bila aku putus asa tentang sesuatu, aku giveup untuk lakukannya, lalu aku minta pertolongan dia, tapi dia akan marah dan biarkan aku mencuba hingga aku berjaya.

ada orang yang matang kerana pergaulannya dengan mereka yang lebih tua atau hidupnya lebih banyak dikelilingi kakak atau abang serta pakcik makcik yang lebih kurang sebaya kakak abang mereka. mereka belajar dari pemerhatian terhadap kehidupan seharian. pendengaran serta pemerhatian buat mereka berfikir di luar konteks pemikiran yang selari dengan umur mereka. benar bukan ? :)

ada yang matang selari dengan umur serta cara mereka berdikari menjalani hidup, ada pula yang matang perlahan-lahan walaupun agak lambat berdasar pengalaman kehidupan dia sendiri.

aku? aku tak kata aku sudah matang, aku masih belajar mengawal diri yang adakala agak terbabas. sikap aku yang happy go lucky dengan kawan-kawan agak susah untuk diubah walaupun adakalanya macam budak-budak -__-" ada seorang kawan katakan pada aku, kau ni dalam setengah hal boleh kata agak matang ya? aku cuma tergelak sebab aku sedar aku ini masih seperti budak budak. haha mungkin benar, aku takpernah betul-betul hidup susah payah macam setengah orang tapi aku masih ada saat-saat yang aku kira agak meninggalkan kesan dalam hidup & cara pemikiran aku.

definisi kematangan itu berbeza pada penilaian setiap orang, tapi satu yang pasti, pembesaran serta pengalaman tentang sesuatu perkara atau apa saja dalam hidup akan membantu kau di masa hadapan. dan juga, tak semestinya kau lebih berusia kau sudah matang sepenuhnya.

No comments: