dia bagai si bodoh
yang tidak tahu macam mana mahu bercinta
terlalu lama dunia itu dia tinggalkan
dia kekok
berusaha menjadi yang terbaik
tapi acapkali berakhir dengan kesilapan
dia bagai si bodoh
yang naif tentang cinta & perhubungan
terlalu lama menjauhi dunia itu
dia buntu bagaimana lagi harus dia katakan atau tunjukkan
dia bagai si bodoh
cuba memulakan semula
tapi hakikatnya dia melukai sang arjuna itu
penyesalan tak bermakna
kemaafan tak merungkaikan semua
dia bagai si bodoh
yang masih perlukan sang arjuna membimbingnya
agar tidak terlepas dari landasan benar
tapi, masih ada kah masa untuk itu?
wahai arjuna, dia yang kau sayang,
si bodoh yang terlalu lama meninggalkan dunia cinta,
langkah dia sumbang, tarian dia pelik,
kerna dia hilang, hilang terus dalam arus musik cinta itu.
dia masih membiasakan diri, mencari disebalik nada,
berikan lah sedikit masa, bimbinglah si bodoh ini.
nantikan dia di akhir sana dengan senyuman dan kesabaran.
minta hanya satu, jangan hilang kepercayaan pada si bodoh ini..
untuk sang pejenayah si pencuri hati .
RM 0.99, Cukupkah Untuk Membeli Kesihatan?
2 months ago

No comments:
Post a Comment