Assalammualaikum, hai :) Lama rasanya tak menulis walau hakikatnya banyak ingin aku luahkan. Entah kenapa, baru kini aku punya rasa ingin menulis itu datang. haihh. err belum terlambat untuk ucapan selamat datang tahun baru 2012 kan? hihih :)
Well, awal Januari aku menghadiri majlis perkahwinan seorang kawan yang aku kenal dari zaman myspace sampai la ke blog sampai la ke FB. Terharu dengan jemputan dia.Dia sangat cantik disamping teman hidup sematinya haritu :) Congratulations Amy. Majlis itu juga ketemukan aku dengan beberapa teman yang aku kenali dari Amy, berborak macam sudah lama kenal. hehe. Thanks wanie sebab sudi teman ke sana :)
Kemalangan itu sinonim dengan kehidupan bukan? Seminggu dua yang lepas, aku dikejutkan berita kakak senior & tunangnya kemalangan. Langgar lori treler. Tapi aku bersyukur mereka tidak la parah tahap kritikal. Syukur kepada Nya. Kawan aku patah tulang antara bahu n siku. Tunang dia pulak kaki, tapi tak patah. Kalau lihat keadaan kereta dia, hancur remuk bahagian enjin, serius sangat bersyukur. Menjaga dia untuk sehari dua dekat hospital buat aku teringat macam-mcam, tapi aku simpan saja dalam hati. Bila dengar cerita dia tentang bagaimana tunang dia selamatkan dia dulu, aku bersyukur, kerana aku tahu, di masa hadapan, dia pasti bahagia. Majlis mereka bulan tiga, tak ditangguhkan rasanya. Takpa, kami ada untuk membantu mana yang patut. Kini mreka dalam proses pemulihan, semoga cepat sembuh ya :)
Raya Cina datang lagi, dan seperti biasa limau mandarin macam aku seorang yang pulun. Dulu, adik aku yang kedua paling suka makan limau mandarin, dia boleh habiskan semua. Apa yang best tentang raya cina setakat ini, aku dpat tengok bunga api berwarna warni dari tingkap bilik sendiri. Takperlu bersesak-sesak. Berbaring lah kau renung langit tengok bintang berwarna warni, eh bunga api warna warni. hehe :)
Banyak sebenarnya yang terjadi, tapi takpa. Kalau berkesempatan, berpeluang lagi, aku cerita :) Moga kalian semua sihat, bahagia, walau di mana mana saja :) Tolong, berhati - hati ketika memandu / menunggang ya.
*maafkan tajuk di atas, agak blank nak letak tajuk apa -__-
Wednesday, January 25, 2012
rojak buah januari
Thursday, December 29, 2011
dalam sekelip mata
hari ini kau lihat dia bergelak tawa gembira,
esok mungkin kau menangis lara melihat dia
hari ini kau lihat dia dihadapan mata,
esok mungkin kau lihat sekujur tubuh terbaring
hari ini kau lihat dia,
esok mungkin kau tak dapat melihat dirinya lagi ..
bahawa kehilangan itu pasti, untuk pemergian yang abadi ..
segalanya dalam sekelip mata ..
hargailah, walau sesiapapun yang kau sayangi, selain dari keluarga tercinta.
hargailah kehadirannya. yang ada, semuanya pinjaman sementara ..
alfatihah untuk mereka yang telah pergi ..
Tuesday, December 27, 2011
bagaikan pusingan roda
ada perpisahan di pengakhiran pertemuan ..
kata dia, " roda kehidupan itu akan berpusing dgn rutin yang sama. akan berterusan .."
kata aku, " macam mana mahu percaya tentang ini? "
kata dia, " susah nak cakap, you kena bagi i peluang, biar masa tentukan.."
kata aku, " i takut .. untuk cuba, takut terluka "
kata dia, " you, ini proses dalam hidup, you takboleh lari darinya, i will help you .."
bermula dengan perkenalan, mencari keserasian ..
dan akhirannya antara dua,
sama ada kawan atau kembali saling tak mengenali ..
dan ianya akan terus pusing & terus berpusing hingga ketemu yang satu itu ..
roda itu, tetap berpusing sama ada kau suka atau tidak ..
sama ada kau cuba lari darinya, ianya tetap wujud ..
sama ada kau percaya atau tidak, harus belajar menerima ..
tapi, hati akan penat bukan? ya pasti, hampir ..
takpa, perlahan-lahan .. belajar
takpa, bak kata seseorang .."have faith"
luka atau tidak, jangan pernah berhenti mempercayai kewujudan rasa itu ..
Saturday, December 10, 2011
dipulangkan hati ..
lewat petang itu, dia datang bersama kotak kecil ..
tertanya sendiri, apakah isinya ..
bagai memahami, tanpa menunggu lama ..
kotak itu dia buka lantas dikeluarkan isinya
"telah aku cuba letakkan ia bersama, tapi takmampu.."
"telah aku cuba pastikan ianya senadi denganku, tapi tak menjadi.."
"telah aku cuba untuk menjadi satu dgn hati ini, tapi rasanya tempatnya bukan bersamaku"
"maafkan aku, telah aku temui hati yang sesuai, maka aku pulangkan ia padamu .."
rupanya, kotak itu terisi dengan hati,
sekeping hati yang hampir mati ..
sekeping hati yang dulunya sihat tapi kini penuh tampalan ..
sekeping hati yang masih kuat mencuba untuk terus berdenyut ..
dipulangkan hati, katanya tak serasi .. untuk menjadi satu yang hakiki ..
Tuesday, December 6, 2011
kotak hati :)
Terang terang
Bersama rasa sayang
Ku biarkan kau terbang
dari dulu smp sekarang..
Monday, December 5, 2011
december - bulan kenduri kawen
ya, mungkin lebih afdal dikatakan bulan perkahwinan memandangkan cuti sekolah sudah bermula.
hampir setiap hari sabtu / ahad bulan ini aku ada jemputan kenduri kawen kawan-kawan :)
terbaru, salah seorang team gigmate 12org yg bercuti ke PD hampir 3tahun lalu sudah sah bergelar suami org.
dan berjumpa dgn mereka yg dirindui secara serentak walaupun tidak cukup lengkap agak menyeronokkan :)
tapi, mungkin lebih indah kalo cukup, apakan daya masing2 punya komitmen sekrg. lama rasanya kami tak lepak serentak tp ala diorg semua kat kuala lumpur, bole la ;p
seperti biasa, soalan cepumas diajukan kpd aku. haih, salah org betul. korang patut tanya yg dah ada gf / bf tu tau. aku ni, tak ketahuan mana tulang rusuk aku pergi. hahaha ;p
kepada mereka yg sudah selamat bergelar suami / isteri orang, tahniah. moga berkekalan hingga ke syurga :)
Wednesday, November 23, 2011
monolog dengan diri 2
terjaga 3 pagi, langsung mata tidak mahu kembali lelap...
dalam dingin, aku masih mahu sebenarnya..
dalam dingin, aku masih ketakutan sebenarnya..
dalam dingin, aku simpan sedalam yang mungkin..
tertanya-tanya sendiri, wajarkah?
ada suara sinis berbisik, "mampukah kau?"
kalau sebelumnya aku mampu bertahan,
pastinya aku masih mampu kini.
ya, aku pasti boleh..
mungkin, ini yang terbaik.
mungkin, ini yang seharusnya.
mungkin, wajarlah ianya kekal disitu.
tersimpan paling dalam, buat selamanya.
dan mungkin suatu masa nanti, akan aku temui jawapannya.
Sunday, November 6, 2011
November 6 - aidiladha ;)
salam aidiladha untuk semua.
tanpa sedar, sudah masuk november, sudah berlalu juga hari kelahiran.
kata farid, november - november curse akan jadi double. benarkah? aku sendiri sudah kurang pasti.
hari raya aidiladha, aku tertanya diri sendiri, apa yang aku korbankan ?
dan kalian, apa yang jadi pengorbanan untuk hari ini ?
ingin bercerita, tapi kesihatan tidak mengizinkan. nantilah aku bercerita.
selamat hari raya sekali lagi ;)
dan, selamat hari jadi pada mereka yang lahir pada bulan november :)
Sunday, October 30, 2011
misunderstood leads to hatred
ada sebabnya kenapa orang kata, tak suka jangan ambil tahu atau follow.
ada sebabnya kenapa orang kata, tanya dulu jangan main serkap jarang.
ada sebabnya kenapa orang kata, jangan campur kalau taktahu hujung pangkal cerita.
ada sebabnya kenapa orang kata, tak kenal jangan sibuk nak bercerita tentang orang berkenaan.
ada sebabnya kenapa aku kata, misunderstood leads to hatred.
kau tahu? salah faham boleh menghancurkan satu relationship, satu hubungan persahabatan atau mungkin juga satu hubungan kekeluargaan. pastinya kau tak tahu, sebab itu kau buat kan? takpa. :)
dan kerana penat yang amat sangat, aku kini memilih utk berdiam diri, lantak kau lah nak kata apa tentang aku. menjaga hati sendiri pun tak mampu, apatah lagi nak menjaga hati & mulut orang - orang berkenaan.
hidup ini penuh duri, aku pasti mampu lepasi duri ini, kerana aku telah lepasi duri yang agak tajam dulu.
senyum, takperlu kata apa-apa. :)
Saturday, October 29, 2011
damage ..
“We’re all damaged in our own way. Nobody’s perfect. I think we are all somewhat screwy, every single one of us.” - Johnny Depp
maafkanlah bila ku tak sempurna :)
Thursday, October 20, 2011
para-para-paradise, para-para-paradise, para-para-paradise
When she was just a girl
She expected the world
But it flew away from her reach so
She ran away in her sleep
And dreamed of
Para-para-paradise, Para-para-paradise, Para-para-paradise
Every time she closed her eyes
*semakin hari semakin melt dgn chris martin*
Wednesday, October 19, 2011
Stand by me, nobody knows the way it's gonna be
If you're leavin' will you take me with you?
I'm tired of talkin' on my phone
There is one thing I can never give you
My heart will never be your home
Monday, October 3, 2011
hello october
october,
anak ke 10 dari 12 adik beradik.
indah kah engkau untuk aku tahun ini ?
mungkin, siapa yang tahu? tiada..
october,
ada irama tentang tragedi kau
tapi siapa kita untuk menilai dalam nilaian yang sama setiap masa ?
perubahan itu ada pastinya bukan ?
october,
hari besar kamu.
boleh saya wish sekarang?
tunggu, hingga masa itu.
october,
maafkan aku mengabaikan kamu.
percayalah, aku sedang berusaha sebaik mungkin.
october,
saya sayang kamu.
selalu :)
Tuesday, September 27, 2011
Friday, September 16, 2011
hasil karya seorang kawan
suka membaca ? alert this.
Novel Awek bakal dikeluarkan tidak lama lagi. Tempahan awal sangatlah digalakkan untuk meramal bajet for first printing. InsyaAllah aku akan bagi hadiah misteri kepada yang menempah awal. Berminat? Boleh tempah dengan email maklumat seperti nama dan no telefon serta alamat ke superdorkyguy(at)gmail.com. Nanti aku akan contact korang semua harga dan cara pembelian. :) terima kasih. Berikut adalah Bab 1: untuk pengenalan kepada novel ini. with love, Dorky Guy
and korang patut singgah blog dia juga : http://dorkyguy.blogspot.com
Wednesday, August 24, 2011
bintang, saya rindu.
bintang, saya rindu awak.
dekat, tapi sebenarnya saya tetap rasa jauh.
bila renung langit, saya nampak bintang.
bila terasa angin di pipi, saya kirimkan kasih.
bintang, saya rindu awak.
hati, bergelut dengan diri sendiri.
bila pejam mata, alam mimpi hadirkan awak.
bila terjaga, saya tergamam.
bintang, saya rindu awak.
rasa ini, buat saya kalut.
bintang, jaga diri ya.
jangan basah kerana langit menangis ya.
awak tu, senang demam juga.
jangan terlalu paksa diri ya.
awak tu, perlukan tidur yang cukup.
bintang, saya rindu.
sungguh.
Sunday, August 14, 2011
if i fall, will you catch me ..?
Seems to me
I'm exactly where i dreamt
I would be
And the view from here is
Something to see
But i need a hand to hold on to
If i fall
Will you catch me?
*i wonder :')
Wednesday, August 10, 2011
strange relationship
pernah bersama seseorang tanpa rasa cinta dengan that so called " in a relationship" ? rasanya tak semua begitu kan ?
ada satu cerita, tentang seorang lelaki & perempuan. dedua kaki sakat, saling balasan membalas. single, young and dangerous. takde lah melampau sgt dangerous, biasa biasa je. dari sakat menyakat, tukar jadi, eh jom try couple? wat de heck? kalau orang cakap camtu kat setengah orang mesti dah kena pukul kan? ala tp dunia sekarang, semua pon boleh ;)
lelaki tu bukan jenis kaki perempuan, walaupun ramai admire dia. dia taklah kaya mahupun bergaji besar. perempuan yang dia try couple bukan hot macam model pun, hanya biasa-biasa tp orang kata comel sebab kecik. lalu melekat lah nama "kicik". dari dating tiada rasa cinta untuk 1st time, masing masing jadi rapat. semua kawan sang lelaki tu tahu siapa si kicik sbb dia tak pernah sorok.
perempuan itu student, bergelut dengan nota assignment & final project, masih luangkan masa bila senang. tak perlu pergi jauh jauh, cukup lah main game sampai gadoh gadoh. pon boleh ~. tak perlu pergi kedai makan 5bintang, layan megi luar 7e tengah malam buta pun boleh. perempuan itu jenis tak reti menjaga hati sangat, kepala batu, agak manja bila apa yang dia buat xmenjadi, mula la merengek minta tolong. lelaki itu jenis agak pemarah, sebelum tolong mesti dia marahkan dulu minta perempuan tu try buat sampai berjaya, if takboleh baru dia tolong. ayat dia mudah " google kan ada, i dulu blajar sendiri je semua okay" ya, jenis berdikari mungkin. tp lelaki itu akan selalu pastikan dia makan 3kali sehari. malah pernah buat kerja gila, berjalan di tengah malam dalam jarak yang agak jauh hanya untuk tengok pujaan mereka. -.-"
mana ada couple bahagia tiada ombak kan? (kejadah apa pepatah aku ni -.-) gaduh gaduh itu biasa. lelagi perempuan itu, awal-awal dulu skandal dia masih ada, smp si lelaki tak puas hati. yela apa guna kau dengan aku kalau kau ada laki lain, serupa takpayah. tapi lama - lama, dengan bantuan si lelaki, perempuan itu berjaya tinggalkan hampir semua yang tidak bagus spt skandal2 tu dengan rela hati. termasuk lah ketagihan internet. sebab apa, dia selalu tertido tengok lelaki tu main game. ha ha ha. lelaki itu lah pengkritik utama hasil kerja si perempuan. dia jujur kalau dia rasa tak okay, and perempuan itu akan baiki hingga okay. nampak tak macam mana sebahagian sikap dalam diri si perempuan berubah ? for her own sake. malah perempuan itu pernah kena marah sebab tak study & asyik dengan online dekat kolej. ha ha ha :)
tapi, biasalah. kebahagiaan kadangkala tak tahan lama. si perempuan buat mistake yang agak bodoh. nak buat macam mana, dia punya satu sikap peramah tu susah nak tukar. si lelaki dah penat nak bagi peluang, menangis air mata darah sekalipun minta peluang pun tak kan dapat. satu ayat = TAWAR HATI.
lelaki tu ada kata, " you tau tak kenapa orang zaman dulu kekal sampai ke tua? sbb kesabaran dia tinggi. tapi i tak "
ya, akuilah, kesabaran lelaki & perempuan zaman sekarang memang cukup singkat. benda yang remeh boleh buat jadi besar dan matikan terus perasaan yang ada. sebab semua orang tak tahan tekanan :)
perempuan itu, hidup dia tak sama dah macam before dia kenal lelaki itu. ada seseorang yang mengganti lepas tu, tp itu cerita lain :) satu yang pasti lelaki tu banyak ajar dia tentang hidup. dan sampai bila bila, even dia dibenci lelaki tu, dia masih berdoa agar lelaki itu jumpa kebahagiaan dia. :)
kadangkala tanpa cinta boleh bahagia juga .
rules no 1 : jangan uji kesabaran lelaki :)
*selamat berpuasa yaw.
Monday, August 1, 2011
that little girl
I am that kind of girl that get excited over small little things eventhou i only heard your voice for few seconds.
I am that kind of girl that still shed tear eventhou i get to talk to you because i do really missed you.
Thankyou for that little joy.
Friday, July 8, 2011
si bodoh yang baru hidup dalam dunia cinta
dia bagai si bodoh
yang tidak tahu macam mana mahu bercinta
terlalu lama dunia itu dia tinggalkan
dia kekok
berusaha menjadi yang terbaik
tapi acapkali berakhir dengan kesilapan
dia bagai si bodoh
yang naif tentang cinta & perhubungan
terlalu lama menjauhi dunia itu
dia buntu bagaimana lagi harus dia katakan atau tunjukkan
dia bagai si bodoh
cuba memulakan semula
tapi hakikatnya dia melukai sang arjuna itu
penyesalan tak bermakna
kemaafan tak merungkaikan semua
dia bagai si bodoh
yang masih perlukan sang arjuna membimbingnya
agar tidak terlepas dari landasan benar
tapi, masih ada kah masa untuk itu?
wahai arjuna, dia yang kau sayang,
si bodoh yang terlalu lama meninggalkan dunia cinta,
langkah dia sumbang, tarian dia pelik,
kerna dia hilang, hilang terus dalam arus musik cinta itu.
dia masih membiasakan diri, mencari disebalik nada,
berikan lah sedikit masa, bimbinglah si bodoh ini.
nantikan dia di akhir sana dengan senyuman dan kesabaran.
minta hanya satu, jangan hilang kepercayaan pada si bodoh ini..
untuk sang pejenayah si pencuri hati .

