Kadangkala dalam hidup ada saat di mana kau tak mampu bertahan langsung bila serangan demi serangan kau dapat angkara salah faham, fitnah mahupun cerita yang kurang jelas dari pelbagai orang. Sampaikan ada tahapnya kau rasakan mahu diam membisu tanpa berbiacara dengan sesiapa pun hinggakan setengah orang salah faham dan mula fikir benda negatif seolah macam kau hanya ignore dia tapi boleh layan orang lain apa semua. Jujur aku katakan sekarang, tak semua orang aku mampu berborak sekarang, mintak maaf kalau aku mengguris hati kau, tapi aku memang takpunyai niat langsung. Aku tak banyak berbicara dengan orang pun lately cuma seorang dua yang betul-betul memahami apa aku rasa saat ini. Hanya dengan mereka aku mampu berborak sebab mereka akan cuba sedaya upaya bawak aku jauh dari benda yang mengacau minda aku. Banyak benda terjadi lately, cukup membuatkan aku dalam keadaan messy tahap yang aku benci. Aku tak minta banyak cuma andai kata aku seolah menjaohi kau, tolong fahami yang aku mahukan ruang untuk sendirian. Aku da cukup longlai sekarang, tolong jangan salah faham lagi. Aku sayang kawan-kawan aku & aku tahu kau care. Aku penat untuk menangis lagi kerana ini semua, cukupla semalam bila aku menangis sampai pagi ini.
RM 0.99, Cukupkah Untuk Membeli Kesihatan?
2 months ago

3 comments:
ko tak tido?
aku tetedo kot. terjage 7pg.
entri yg ckup.....
hmmmm...
aaaa...
Post a Comment