Friday, May 8, 2009

mahukah kau jilat ludah kau sendiri ?

ada benda kita tak boleh paksa untuk terus berada dengan diri kita..
ada benda kita tak boleh simpan untuk terus berada dalam simpanan kita..
ada benda kita tak boleh biarkan untuk terus berada dalam fikiran kita..

kadangkala ada benda kita kena lepaskan sama ada kita suka atau tidak..
kadangkala ada benda kita kena buang sama ada kita mahu atau tidak..
kadangkala ada benda kita kena belajar menerima sama ada kita mahu ada tidak..

yang telah kita buang tak mungkin kita boleh ambil semula..
yang telah kita lepaskan tak mungkin kita miliki sekali lagi..
yang telah kita rasa jauh tak mungkin kita akan dekati lagi..

untuk hidup dengan lebih aman & tenang.
untuk hidup dengan lebih bahagia & gembira.
untuk hidup dengan lebih teratur & kemas.
untuk hidup dengan bebas dari genggaman yang tidak bagus.
untuk hidup dengan kepuasan sendiri.

jangan berpaling hanya kerana sandaran sejarah
jangan berpusing hanya kerana rasa kasihan
jangan menoleh hanya kerana diri tak terdaya

bila mana sesuatu itu telah kamu lepaskan, jangan berpaling hanya untuk memungut sesuatu itu kembali hanya kerana kamu rasa kamu seorang saja berhak ke atas sesuatu itu kerana mungkin sudah ada yang lain memungut sesuatu itu dari tepian, memberikan kehidupan baru pada sesuatu itu .. lalu untuk apa diganggu lagi kehidupan bahagia itu walaopon pada hakikat sesuatu itu pernah hadir dalam hidup kamu, biarkan saja jadi kenangan kerana kamu sudah pun memilih untuk melepaskannya dari hidup kamu pada saat kamu membuat keputusan. Maka, lepaskanlah dengan tulus ikhlas bukan dengan seksaan kerana semua itu tiada maknanya kepada sesiapa pun.


mahukah kau jilat ludah kau sendiri ?

aku sudah lepaskan sesuatu itu dari hidup aku lama dulu :)

*hidup untuk ke hadapan bkn untuk ke belakang

3 comments:

amy said...

wah..
terdiam membaca
tepat sekali
;)

penulis.sahaja said...

buang sahaja.

Anonymous said...

zuuPP!!
bedezup jantong den! :(