yes you are :)
Cikgu pada aku, insan yang sangat mulia, pekerjaan yang sangat suci walaupon ada setengah cikgu hanya menjadi cikgu kerana terpaksa bukan kerana minat. Pada aku, melihat mama bersusah payah demi anak murid dia sudah cukup menjelaskan keperitan menjadi seorang cikgu. Bukan semua orang mampu menggalas tugas seorang cikgu. Bila aku dipinta masuk maktab lepas SPM, hati aku cukup berat gila kerana pada aku, aku belom cukup punya kelayakan untuk jadi seorang cikgu. Dan bila mama usulkan kembali menjadi seorang cikgu kebelakangan ini, banyak membuat aku berfikir jauh. Mampu kah aku? Layak kah aku ? Ya, aku memang suka kanak-kanak tapi menjadi seorang cikgu bukan setakat kau sayang kanak-kanak pastu kau da boleh jadi cikgu. Sorry, but its not me then.
Aku admit, tanpa mama & cikgu² aku, aku mungkin bukan sesiapa. Aku mungkin budak yang masih terkial² menghafal sifir atau budak yang masih terkial² menyelesaikan masalah Matematik yang mudah sebenarnya. Aku ingat lagi betapa aku bersorak riang bila aku da dapat rentak aku dalam Matematik sampai aku jadi suka Matematik sekejap. Aku ingat lagi cikgu Engku Safiya [kalau x silap la] conteng² muka kitorang sebab gagal hafal sifir. Aku takkan lupa bagaimana aku kena marah dengan Puan Tan [btol kot name] angkara aku failed BI. Kali pertama aku failed BI. Mane tak kena marah, dia kenal siapa mama, dia tahu subject mama ajar. For sure, dia takkan terima aku gagal BI. Sekolah menengah minat aku berubah dengan subject Sejarah. Terima kasih kepada semua cikgu Sejarah aku walaupun aku suka tido dalam kelas. Bagaimana cikgu Ekonomi rajin mengajar aku yang lambat pikap sket ni & bagaimana cikgu Add Math serta cikgu Sains masa form 5 teruk kami buli. Mereka masih mengajar dan memberi pendapat dengan bersungguh. Tak lupa jugak, bagaimana cikgu kelas aku memberikan semangat supaya aku buat yang terbaik masa itu. Seharusnya, aku berterima kasih kepada semua cikgu atas segala tunjuk ajar mereka, atas kesungguhan mereka walaupun kami semua sangat nakal ketika itu. Kelas paling nakal & bising aku kira.
Semoga, murid² sekarang akan menghargai cikgu mereka. Percayalah, one fine day, korang akan sangat merindui cikgu korang.
Buat mama & semua cikgu di Malaysia, Selamat Hari Guru, terima kasih untuk segala ilmu. I love you so much :)
*rindu gile dengan exclasmate.

3 comments:
sweet.
ive always been missing my primary school teachers.
sara budak yg suka ponteng skola.
haha.
untuk bakal guru juga.
hehhehe
samat hari guru..
xlama lagi hukuman rotan akan dilaksanakan kembali..
mcmmana persepsi dan reaksi mereka golongan baru zaman skrg nih?..
saman cikgu..
Post a Comment