Monday, May 11, 2009

setiap satu ada harga, tak ada percuma

tak kira barang atau perkara yang kau mahu dalam hidup. tak ada yang percuma.

Ada orang pernah cakap dengan aku, kebahagiaan tu bukan datang secara percuma, ada harga aku perlu bayar. Ya, mungkin benar. Kebahagiaan takkan datang dengan percuma seolah macam kau petik jari je sudah ada depan mata. Kalaula semudah itu, aku yakin, semua orang di sekeliling aku & dalam dunia ini akan hidup bahagia tanpa ada derita. Macam Palestin, ada harga rakyat sana perlu bayar untuk merdekakan diri mereka. Ada harga juga kau perlu bayar untuk merasa bahagia dengan orang yang kau mahu & ada benda perlu kau lepaskan untuk itu. Kira bayaran untuk kegembiraan la kot. Apa eh orang kata, ada hikmah di setiap kejadian.

Pendek katalah, setiap perkara ada pengorbanan yang setimpal. Tak ada benda kau dapat macam itu saja. Hidup tak semudah itu kawan.


Kalau aku perlu bayar untuk lihat dia senyum gembira macam dulu, aku sanggup asalkan dia gembira & tenang tanpa sebarang kekusutan.

*sory kalau melalut. otak aku sedang kacau.

2 comments:

teka teki said...

les paul!

Moja [Bulan] said...

btol tu.. =)