Hari² berlalu, si burung semakin akrab dengan si gadis. Diam tak diam hampir sebulan lebih sang burung menyinari hari² si gadis dengan kicauannya. Semakin hari semakin petah berkicauan. Luka si burung juga semakin sembuh walaupun bukan sepenuhnya. Si gadis sangat menjaga sang burung, dipastikan secukupnya makan, dipastikan luka dibersihkan sepenuhnya. Setiap hari si gadis akan berbicara dengan si burung kecil itu, seolah ia memahami segalanya.
"Kau tau Comel, kehadiran kau buat aku tersenyum, kalau la kau ni milik aku kan."
Si burung bagaikan merenung si gadis seolah mengerti apa yang diperkatakan oleh si penjaganya itu. Si gadis tahu, bila² masa dari sekarang, si burung kecil akan terbang tak kembali & dia harus menerima hakikat itu seadanya. Enggan memikirkan, si gadis cuma menjalani hari² riang dengan kicauan si burung kecil itu. Akan dibawa si burung kecil bersiar-siar setiap hari di waktu petang. Walaupun hanya dibiarkan terbang seketika, si burung kecil seolah memahami.
"Comel, kalau la aku jumpa kau lebih awal, mungkin aku akan lebih gembira kot. Siapalah yang bertuah memiliki kau kan. Mahu saja aku rayu, berikan si comel ini pada aku, tapi pastinya tuan kau sayang kan kau bukan?"
Malam itu si gadis merenung si burung yang tidur nyenyak. Sayu hatinya tapi dia tahu, dia harus nekadkan hati. Si burung bukan miliknya, dia sedar itu.
Pagi itu, si gadis bicara lagi dengan si burung kecil. Si gadis tahu, tiba masanya dia lepaskan si burung. Tidak betah lagi untuk dia mengurung si burung yang sudah sembuh.
"Comel, kau da sembuh, sudah masanya aku lepaskan kau. Terbangla pulang. Pasti tuan kau dalam kesedihan."
Ada nada sayu di sebalik kata² itu. Perlahan si gadis membuka sangkar itu, membelai si burung kecil. Diciumnya si burung itu seperti selalu. Setitik air mata jatuh di atas si burung kecil itu. Si burung kecil berkicau sayu, seolah meminta si gadis jangan menangis.
Dengan perlahan si gadis mendekati tingkap, melepaskan si burung kecil.
"Terbangla sayang, terbangla pulang pada yang memiliki kau"
Si burung kecil itu berlegar-legar di depan taman rumah si gadis. Berterbangan beberapa pusingan sambil berkicau kecil ke arah si gadis yang masih di tingkap itu. Seolah ia enggan pergi meninggalkan si gadis yang telah menjaga ia sebaik mungkin.
"Pergila comel. Singgah la di sini bila masa kau mahu. Sangkar biru ini akan sentiasa terbuka untuk kau"
Seolah mengerti permintaan si gadis, si burung kecil itu terbang entah ke mana, ke arah rumah sang pemilik pastinya. Air mata si gadis gugur lagi. Semuanya hanya kerana kehadiran si burung kecil comel yang membawakan dia sedikit kebahagiaan. Terkedu dia di situ untuk sementara.
"Kalaulah kau tahu, yang aku sayang kau, yang aku berat untuk lepaskan kau"
Hati kecil si gadis berdetik sebegitu.
Hari² berlalu suram sejak ketiadaan si burung kecil. Ya, rindu pastinya. Sangkar biru itu masih di situ, terbuka & tak pernah dikunci. Si gadis akan menjengah sangkar itu bila tiba di rumah setiap petang. Si gadis masih mengharap si burung itu akan singgah. Acapkali dia menoleh ke tingkap andai terdengar bunyi kicauan burung. Tapi, hampa. Bukan si comel yang dia rindu. Si gadis merenung sangkar itu. Mujur ada sekeping gambar dia bersama si burung comel yang dirakam secara spontan oleh seorang rakan. Hanya itu la kenangan.
"Semoga kau bahagia comel"
The END.
burung kecil itu kesayangan
burung kecil itu keriangan
buring kecil itu kebahagiaan
burung kecil itu senyuman jiwa raga
mungkin nanti
si burung kecil kembali ke sisi ini

5 comments:
semuga dapat burung yg lebih cumel.
:P
jeju,part 4 dah abeh?
alar!!!!!!!!!!!!
nk byk2!
huhuhuhu..wanie je ke yg rajin bace kisah burung ni?
buat citer lain plak!
hahhahaa
pika : burung itu tiada gantinye
wanie : org len bace ngak tp dorg malas koment kot.
sory tp inila ending die.
lame gile nk tggu part 4 neh..tp tgok2 part 4 adalah ending dye..huhu..sdey2.. ='( ..wt r happy ending..bru bez..hehe.. =)
moja: hahahahha! tu la aku buat pjng sgt kot smp terbahagi kpd 4 je. hehe.
da ending camtu moja.
Post a Comment